Anda Pelawat yang ke Counter



Maklumat Taman Periuk Kera dan Orkid Liar
Majlis Perbandaran Padawan

   
Pintu masuk utama ke taman
Pintu Utama Taman
   
   

   Taman Periuk Kera dan Orkid Liar Majlis Perbandaran Padawan telah dirasmikan pada 24 Jun 2004 oleh YB Datuk William Mawan, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak. Taman ini yang seluas kira-kira 1 ekar terletak di Pekan Kota Padawan (16km dari Bandaraya Kuching) dan menempatkan kira-kira 36 jenis periuk kera dan kira-kira 31 jenis orkid liar dari seluruh Asia Tenggara.

Lokasi Kota Padawan
Peta Lokasi Kota Padawan
 

   Setelah anda memasuki taman ini terdapat sebuah bangunan di sebelah kiri anda yang merupakan kaunter pertanyaan dan bilik konfrens. Jika anda menghadapi masalah atau mempunyai pertanyaan, anda bolehlah merujuk ke kaunter pertanyaan ini. Untuk pengtahuan anda, tandas awam juga terletak di bahagian tepi bangunan ini.

Kounter Pertanyaan dan Bilik Konfrens

 
       
  Waktu Operasi Taman:  
    Selasa - Ahad   9.00a.m. - 4.00p.m.    
  *Taman ditutup pada hari Isnin    
       
Pandangan luar muzium barangan antik
Muzium Barangan Antik

   Di dalam taman ini terdapat sebuah pondok moden yang merupakan muzium matawang lama. Muzium ini menempatkan koleksi matawang lama dari sekitar Asia Tenggara dan China. Terdapat buku rujukan tentang mata wang bagi mereka yang berminat untuk mengetahui atau mengkaji sejarah matawang. Bagi pengumpul matawang lama, anda juga boleh membeli sebahagian daripada koleksi matawang lama yang ada dijual di sini. Muzium matawang lama ini juga menyimpan koleksi barangan antik yang amat bersejarah. Selain itu, anda juga boleh membeli sedikit hasil tempatan dan cenderamata di muzium ini.

 
         
 

   Bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri untuk ke taman ini, anda tidak perlu risau tentang tempat meletak kereta kerana di hadapan taman adalah sebuah tempat meletak kereta yang dapat meletak kira-kira 30 kereta. Bagi pengunjung yang datang dengan kenderaan awam, perhentian bas juga terletak di hadapan taman.

Tempat meletak kereta serta perhentian bas di hadapannya
Tempat meletak kereta
 
         





Hakcipta Terpelihara © 2004 Lai Chen Haw

Hosted by www.Geocities.ws

1