
Sejarah Sekolah
Pengasas Sekolah
Sekolah Rendah Bantuan Chung Hua Debak ditubuhkan pada bulan April
1933 oleh tiga orang pengasas, iaitu Encik Kho Yaw Bak, Tan Hock Chai dan
Teo Ang Owe. Pada mulanya, sekolah ini didirikan di tebing sungai dan diberi
nama Sekolah Rendah Ming Zhi. Bilangan murid hanya dua belas orang
sahaja dan sebilangan daripada mereka telah berumur dua belas tahun baru
masuk ke Tahun Satu. Selepas tamatnya penjajahan Jepun pada tahun
1945, maka nama sekolah pula menjadi Sekolah Rendah Bantuan
Chung Hua Debak.
Bilangan Guru dan Pelajar
| Tahun | Guru Besar | Bilangan Guru | Bilangan Pelajar |
| 1960-1961 | Ting Chuan Bao | 4 | Tiada Maklumat |
| 1962-1976 | Ting Chuan Bao | 7 | Tiada Maklumat |
| 1977 | Yong Chin Jing | 3 | 107 |
| 1978 | Yong Chin Jing | 3 | 91 |
| 1979 | Yong Chin Jing | 3 | 103 |
| 1980 | Yong Chin Jing | 3 | 90 |
| 1981 | Yong Chin Jing | 4 | 99 |
| 1982 | Yong Chin Jing | 4 | 90 |
| 1983 | Yong Chin Jing | 3 | 62 |
| 1984 | Yong Chin Jing | 4 | 61 |
| 1985 | Yong Chin Jing | 4 | 67 |
| 1986 | Yong Chin Jing | 6 | 80 |
| 1987 | Yong Chin Jing | 5 | 74 |
| 1988 | Yong Chin Jing | 6 | 90 |
| 1989 | Fang Xiao Xun | 7 | 76 |
| 1990 | Fang Xiao Xun | 8 | 95 |
| 1991 | Oh Boon Kheng | 10 | 91 |
| 1992 | Oh Boon Kheng | 10 | 90 |
| 1993 | Oh Boon Kheng | 11 | 103 |
| 1994 | Oh Boon Kheng | 11 | 110 |
| 1995 | Oh Boon Kheng | 11 | 116 |
| 1996 | Oh Boon Kheng | 11 | 125 |
| 1997 | Oh Boon Kheng | 11 | 130 |
| 1998 | Oh Boon Kheng | 11 | 152 |
Senarai Nama Kakitangan Sekolah 1996-1998
| Tahun | Nama Guru | Kaktitangam Am |
| 1996 | Oh Boon Kheng (Guru Besar)
Wong Siew Chai Wong Kuong Mee Sim Pei Sin Amy Ling Mee Ngo Goh Chiew Yan Li Siaw Foong Juliana Teo Inn Inn Ong Ya Fang Thian Nge Kin Ong Pei Hwei |
Roslan Bin Rosli (PRA AM) |
| 1997 | Oh Boon Kheng
Wong Siew Chai Wong Kuong Mee Sim Pei Sin Amy Ling Mee Ngo Goh Chiew Yan Li Siaw Foong Fong Chiew Ying Liew Yiew Ching Ong Ya Fang Ong Pei Hwei |
Roslan Bin Rosli (PRA AM) |
| 1998 | Oh Boon Kheng
Wong Siew Chai Wong Kuong Mee Amy Ling Mee Ngo Goh Chiew Yan Liew Yiew Ching Thien Nge Kin Tay Joon Kie Ng Mui Kee Fong Chiew Ying Liew Joon Fang |
Roslan Bin Rosli (PRA AM)
Arpah (Kerani) |
Pelajar Bumiputera
Pada zaman gilang-gemilang
ini, Bahasa Cina memainkan peranan yang penting dalam ekonomi dan politik
dunia. Oleh kerana itu, kebanyakan pelajar Bumiputera dihantar ke sekolah
ini untuk menguasai Bahasa Cina.
Pada 10 tahun yang lalu,
bilangan murid Cina masuk ke sekolah ini begitu kecil sekali, sehingga
hampir-hampir tutup sekolah. Memandangkan perkara tersebut, ahli
lembaga sekolah telah berusaha membuat 'promosi' di kalangan bumiputera
untuk mendapat murid yang secukupnya.
Sejak beberapa tahun ini,
ramai bekas pelajar bumiputera dari sekolah kami mendapat keputusan yang
cemerlang di sekolah menengah. Ini membolehkan ibu bapa mereka lebih
yakin dan percaya kepada pendidikan sekolah ini. Justeru itu, ramai
penduduk kampung dan para pendidik menghantar anak mereka ke sekolah ini.
Pada tahun 1997, bilangan
bumiputera seramai 64 orang, iaitu 49.23% daripada sekeluruhannya.
Tahun 1998, dijangka peratusan bilangan pelajar bumiputera akan melebihi
bilangan kaum Cina.
E-MAIL
KAMI JIKA ANDA ADA SEBARANG CADANGAN