Kata Aluan 
Guru Besar SRB Chung Hua Debak  
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
     Selamat mengunjungi ke "Home Page SRB Chung Hua Debak".  Pelancaran Home Page ini merupakan titik permulaan SRB Chung Hua Debak melangkah ke Alam Informasi Teknologi Maklumat (IT). Dengan wujudnya Home Page ini, SRB Chung Hua Debak mulai dikenali di seluruh Malaysia khasnya dan di serata dunia amnya melalui jaringan Internet. 

     Dengan pelancaran ini juga, pihak sekolah dan Lemgaga Pengurus berhasrat untuk menarik minat para pelajar mendalami pengetahuan berhubung dengan teknologi pendidikan lain kemudiannya dapat digunakan untuk melaksanakan proses Pengajaran  
dan Pembelajaran di kalangan semua guru dan pelajar sekolah ini. 

     Bagi menjayakan hasrat ini, pihak sekolah dan Lembaga pengurus sangat mengalu-alukan sumbangan kepakaran, perkakasan, perisisan serta kewangan daripada ibu bapa, para dermawan, tokoh-tokoh korporat malahan agensi-agensi kerajaan dan swasta.  
Kepada bekas-bekas pelajar SRB Chung Hua Debak yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, derma dan sumbangan ikhlas anda kepada sekolah sangat-sangat diharapkan dan dihargai. 

     Akhir kata, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan "Home Page SRB Chung Hua Debak" ini saya berdoa agar SRB Chung Hua Debak akan terus maju dan berjaya dalam segala bidang yang diceburi pada masa akan datang. 

Sekian, terima kasih. 

'BERHIDMAT UNTUK NEGARA' 

Saya yang menurut perintah, 
 
 (Oh Boon Kheng ) 
Guru Besar 
SRB Chung Hua Debak


Cool Site of the Day
 
 
Wawasan Sekolah
Pendidikan di SRB Chung Hua Debak adalah satu usaha berterkusan untuk mendidik pelajar yang berpengetahuan, berdisiplin,   
bertanggungjawab dan berkebolehan memimpin serta berkomunikasi melalui penguasaan kemahiran membaca, menulis, mengira serta perkembangan bakat individu dan penyerapan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan  kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
 
Make Cash on the
                 Net

                                                                                                 CLICK TERUSKAN
 
[MENU] [MUKA DEPAN]
E-MAIL KAMI JIKA ANDA ADA SEBARANG CADANGAN
[email protected]
Halaman ini ditaja oleh 
Foto Album 1998 akan diterbitkan kemudian
Halaman ini telah disediakan pada 17.01.98 dan dikemaskini pada 24.01.98
 
Hosted by www.Geocities.ws

1