TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN MORAL

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

SOALAN-SOALAN OBJEKTIF, STRUKTUR, ESEI


Langkah-langkah yang perlu diambil supaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM adalah seperti berikut:

1. Membaca, memahami, menghayati, menghafal dan mengamalkan 80 Nilai Moral.

Calon-calon perlu betul-betul memahami definisi nilai bagi 80 nilai tersebut. Ini termasuklah ciri-ciri bagi setiap nilai tersebut. Selain itu, pelajar juga perlu pandai membezakan antara satu nilai dengan nilai yang lain.

2. Berupaya mengaitkan nilai dengan isu semasa.

Calon-calon perlu melakukan penyelidikan secara mendalam mengenai sesuatu isu semasa. Selepas itu mengemukakan pendapat sendiri berdasarkan kepada nilai-nilai moral yang sesuai. Maksudnya calon-calon perlu melihat isu-isu tersebut dari segi nilai moral dahulu. Selepas itu, menganalisis dan membuat keputusan mungkin diperlukan bergantung kepada kehendak soalan. Soalan yang dikemukakan mungkin berkaitan dengan bahagian tertentu sahaja daripada 3 bahagain berikut: punca-punca masalah, kesan-kesan masalah dan langkah-langkah mengatasi masalah.

3. Untuk meningkatkan kualiti esei dan keupayaan menjawab soalan esei peribahasa, pemahaman mengenai maksudnya sesuatu peribahasa serta nilai-nilai yang tersirat di dalamnya amat diperlukan.

4. Seterusnya, calon-calon perlu memahami bentuk-bentuk soalan yang akan dikemukan dalam SPM. Berikut adalah ringkasan perubahan kertas soalan SPM 1225 Pengetahuan Moral mulai 1997 seperti yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tahun

Bahagian

Format

1993 - 1996

Format

mulai 1997

A(I) • 20 Soalan Objektif Aneka Pilihan (MCQ)

(Bahagian ini adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, keupayaan menganalisis, menghurai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah)

• 20 Soalan Objektif

Pelbagai Bentuk seperti padanan, betul/salah, isi tempat kosong dll.

(Bahagian ini adalah untuk menguji pengetahuan dan kefahaman)

A(II) • 10 soalan struktur

(Bahagian ini adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, keupayaan menganalisis, menghurai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah)

• 8 soalan struktur

(Bahagian ini adalah untuk menguji keupayaan menghurai dan menganalisis)

B • 3 soalan esei

(Bahagian ini adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, keupayaan menganalisis, menghurai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah)

• 2 soalan esei

(Bahagian ini adalah untuk menguji keupayaan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan)

Peruntukan masa untuk kertas ini (1225) adalah tidak berubah (2½ jam).

Penerangan/Huraian yang diberikan oleh calon mesti dikaitkan dengan nilai yang tepat untuk mendapat markah.

 

5. Berikut adalah contoh-contoh soalan yang dikemukan oleh Lembaga Peperiksaan:

(A) CONTOH SOALAN OBJEKTIF

1. Item langsung

Apakah ciri yang paling penting dalam nilai berdikari?

A. tidak takut akan cabaran

B. melakukan sesuatu sendiri

C. percaya kepada kebolehan sendiri

D. tidak bergantung kepada orang lain

2. Item melengkapkan

Ali berminat dalam permainan bola sepak. Dia sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi kepentingan permainan tersebut. Ali boleh digolongkan dalam nilai _________________

A. cekal

B. gigih

C. dedikasi

D. daya usaha

3. Item benar salah

Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan.

i. Persaudaraan bermaksud suasana persefahaman dan kerjasama di peringkat keluarga, komuniti,

masyarakat, negara dan antara bangsa. Betul ( ) Salah ( )

ii. Kebaikan bersama adalah kewajipan yang perlu dipikul oleh semua ahli kumpulan demi kepentingan dan kebaikan bersama.

Betul ( ) Salah ( )

iii. Gotong-royong dapat didefinisikan sebagai turut serta dan membantu dalam melaksanakan sesuatu tugas secara beramai-ramai tanpa upah. Betul ( ) Salah ( )

4. Item jenis cantuman

Pernyataan manakah yang menerangkan nilai toleransi?

I sabar

II bekerjasama

III bertolak ansur

IV faham memahami

A. I dan III sahaja

B. I dan IV sahaja

C. II dan III sahaja

D. II dan IV sahaja

5. Item padanan

X = Teliti dalam menimbangkan maklumat + Selidik fakta yang diperoleh + Boleh kemukakan pendapat

Apakah X?

A. berupaya bertindak sendiri

B. boleh membuat penaakulan

C. berfikiran logik dan terbuka

D. boleh membuat pertimbangan

(B)CONTOH SOALAN STRUKTUR

Contoh 1:

Wati telah dijaga oleh neneknya sejak kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Nenek membuat pelbagai jenis pekerjaan antaranya menjual kuih, mengambil upah membasuh baju dan mencari kayu api dengan tujuan untuk membiayai persekolahan Wati. Walaupun kadang-kadang nenek jatuh sakit, namun nenak tidak pernah merungut malah nenek meneruskan pekerjaannya seperti biasa. Semua ini dilakukan oleh nenek dengan rela hati kerana nenek ingin Wati menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Akan tetapi, selepas Wati mendapat ijazah dan bekerja sebagai akauntan, dia berasa malu utnuk berjalan bersama neneknya. Malah dia jarang lagi mahu mendengar nasihat neneknya kerana beranggapan neneknya sudah ketinggalan zaman.

a. Terangkan DUA nilai yang ada pada nenek Wati. (6 markah)

b. Berdasarkan DUA nilai murni, berikan pendapat anda tentang sikap Wati selepas tamat pengajian? (4 markah)

Contoh 2:

Emmy dan Dora menyaksikan konsert penyanyi terkenal di stadium negara. Penonton sangat ramai dan mereka bersesak-sesak di hadapan pentas. Tiba-tiba muzik berhenti kerana kerosakan teknikal. Seorang penonton menjadi marah lalu membaling tin minuman ke arah pentas. Malangnya, tin minuman itu terkena akan kepala Dora lalu luka. Dora naik berang lalu mencapai tin minuman yang dibelinya tadi lalu membaling ke arah penonton yang duduk di belakangnya. Emmy yang berada di situ mententeramkan Dora dan menasihati Dora supaya jangan berbuat demikian.

a. Jelaskan Dua sikap yang SAMA yang ada pada penonton itu dan Dora. (6 markah)

b. Berdasarkan SATU nilai murni, apakah yang dapat anda katakan tentang tindakan Emmy? (4 markah)

Contoh 3:

Vivian ingin menghubungi Munir dengan menggunakan telefon awam. Ketika dia sampai di pondok telefon, ada seorang lelaki sedang menggunakan telefon tersebut. Vivian menunggu terlalu lama. Keadaan ini menyebabkan Vivian tersinggung dan mula berasa cemas kerana dia sebenarnya membuat temu janji dengan Munir.

a. Huraikan DUA sikap yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut. (6 markah)

b. Andaikan anda Munir. Vivian telah lambat menemui anda. Walau bagaimanapun, anda yakin bahawa Vivian mempunyai alasan kukuh atas kelewatannya. Terangkan SATU nilai yang ada pada anda. (4 markah)

(C) CONTOH SOALAN ESEI

Contoh 1:

Anda menghantar sepinggan lauk kari daging ke rumah jiran anda Pn. Lai Heng. Pn. Lai Heng Memulangkan lauk kari itu kepada anda dengan alasan bahawa Pn. Lai Heng tidak boleh makan daging kerana ada alahan. Apakah tindakan anda? Jelaskan tindakan anda berpandukan nilai-nilai murni.

Contoh 2:

Remy perlu menghadiri temuduga yang menjanjikan pendapatan yang lumayan dan peluang mendapat pekerjaan itu cerah. Dia telah berjumpa Dr. Joko untuk mendapat sijil cuti sakit bagi membolehkannya menghadiri temuduga yang penting itu. Remy menjelaskan mengapa dia begitu memerlukan sujil tersebut dan sanggup membayar sejumlah wang. Dr. Joko menolak permintaan Remy. Adakah anda bersetuju dengan tindakan Dr. Joko? Huraikan nilai-nilai yang ada pada DR. Joko.

6. Berikut adalah contoh jawapan kepada soalan-soalan di atas.

(A) JAWAPAN UNTUK SOALAN OBJEKTIF

1. D

2. C

3. Salah, Salah, Betul

4. A

5. B

(B) SKEMA JAWAPAN UNTUK SOALAN STRUKTUR

Contoh 1a:

Nilai Penerangan
kasih sayang • rela melakukan segala kerja demi membiayai persekolahan Wati.
Kerajinan atau cekal • membuat pelbagai jenis pekerjaan

• tetap melakukan kerja walaupun jatuh sakit.

Contoh 1b:

Nilai Penerangan
tidak mengenang budi • nenek Wati telah bersusah payah membesarkan/membiayai persekolahannya.
tidak kesopanan • sombong/angkuh kerana sudah berhawatan tinggi/berpendidikan tinggi.
tidak hormat kepada orang yang lebih tua • tidak melayan neneknya dengan baik.

Contoh 2a:

Nilai Penerangan
tidak sederhana / keterlaluan dalam tingkah laku • penonton itu membaling tin minuman ke arah pentas/Dora.

• Dora membaling tin minuman ke arah penonton di belakang.

tidak toleransi • penonton itu tidak sabar/kawal diri menunggu kerosakan teknikal itu diperbaiki - marah.

• Dora tidak dapat kawal diri - naik berang.

Contoh 2b:

Nilai Penerangan
berhemah tinggi • mententeramkan Dora.

• menasihati Dora.

Contoh 3a:

Nilai Penerangan
tidak bertimbang rasa • tidak mengambil kira keperluan Vivian yang ingin menggunakan telefon.

• tidak mengambil kira perasaan Vivian yang sudah lama menunggu.

keterlaluan dalam tingkah laku / tidak sederhana • membiarkan Vivian menunggu.

• menyinggung perasaan Vivian.

tidak saling memahami • tidak faham Vivian juga ingin menggunakan telefon itu.

Contoh 3b:

Nilai Penerangan
kebersihan mental • berbaik sangka terhadap kawan.

 

(C) SKEMA JAWAPAN CONTOH SOALAN ESEI

Soalan 1:

Tindakan :

Terima balik lauk itu / terima penjelasan Pn. Lai Heng.

Nilai Penerangan
Hormat kepada jiran • terima balik lauk dengan baik.

• terima penjelasan Pn. Lai Heng.

Kejiranan • layanan yang baik.

• hidup berbaik-baik.

Bertimbang rasa • mengambil kira keadaan Pn. Lai Heng tidak boleh makan daging.

• mengambil kira alahannya.

Saling memahami • faham Pn. Lai Heng tidak boleh makan daging.

• faham Pn. Lai Heng ada alahan.

Soalan 2:

Setuju dengan tindakan Dr. Joko

Nilai Penerangan
Amanah • tidak boleh menyeleweng dari tugas.

• tidak boleh beri cuti sakit sewenang-wenangnya.

Patuh kepada undang-undang • salah di sisi undang-undang

• melanggar etika kedoktoran.

Berani kerana benar • remy tidak sakit.

• tiada sebab lain untuk memberi cuti sakit.

Hosted by www.Geocities.ws

1