
Tajuk :Kadar Transpirasi Tumbuhan.
Elemen KB02 (Kemahiran Merekabentuk
Eksperimen)
KB0201 Mengenalpasti masalah berdasarkan
situasi biasa atau situasi dalam kehidupan harian.
Masalah
Transpirasi ialah satu proses kehilangan air
dari tumbuh-tumbuhan ke atmosfera dalam bentuk wap air. Air
diserap dari akar rerambut tumbuhan dan air itu kemudian diangkut
melalui xilem ke semua bahagian tumbuhan khususnya daun. Bukan
semua air digunakan dalam proses fotosintesis. Air yang
berlebihan akan disingkirkan melalui proses transpirasi. Jika
kadar kehilangan air melalui transpirasi melebihi kadar
pengambilan air tumbuhan tersebut, pertumbuhan pokok akan
terhalang. Tumbuhan itu akan menjadi layu dan akhirnya tumbuhan
itu akan mati. Akibat itu, mereka yang mengusahakan pernanaman
secara besar besaran mungkin mengalami kerugian yang
tinggi sekira mengabaikan faktor kadar transpirasi tumbuh
tumbuhan. Misalnya menanam tumbuhan jenis herba di tanah yang
kering tanpa penyiraman yang banyak atau menanam kaktus di tanah
yang lembap.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar
transpirasi terbahagi kepada faktor dalaman dan faktor luaran.
Faktor dalaman seperti bilangan stoma yang ada dalam sehelai daun
hijau, stoma yang terbenam, penempalan stoma, ketebalan kutikel
pada daun, serta keadaan daun. Faktor luaran pula ialah faktor
cahaya, faktor keamatan cahaya, faktor suhu persekitaran, faktor
kelembapan relatif udara sekeliling, faktor angin serta bekalan
air kepada daun. Faktor faktor ini perlu dikaji secara
terperinci supaya kami dapat mengenalpasti makanisme transpirasi
dan menetapkan keadaan yang terbaik untuk tumbuhan supaya kadar
transpirasinya adalah terkawal. Dengan ini kadar transpirasi yang
terlalu tinggi atau yang terlalu rendah tidak akan berlaku.
Tumbuh-tumbuhan di negara kita menerima
pancaran matahari yang terik yang secara berteruskan sepanjang
tahun. Ini kerana negara kita terletak di kawasaan yang beriklim
Khatulistiwa. Oleh itu transpirasi yang dijalankan oleh tumbuh -
tumbuhan mempunyai kadar yang lebih tinggi daripada tumbuh
tumbuhan di kawasan iklim lain. Lantaran itu air perlu diserap
dengan kadar yang tinggi juga untuk mengimbangi kehilangan air.
Oleh itu tumbuh tumbuhan di negara ini perlu disiram
dengan lebih kerap. Jika tidak, tumbuh-tumbuhan akan layu dan
mati. Dengan memahami keadaan cuaca yang akan bertindak ke atas
tumbuhan, cara cara penjagaan tumbuh tumbuhan akan
diubahsuaikan supaya tumbuh tumbuhan dapat menyesuaikan
diri dengan keadaan iklim tempatan dan tidak layu dengan mudah.
Objektif Kajian
Objektif eksperimen ini adalah untuk mengkaji
kadar transpirasi tumbuh - tumbuhan di bawah pengaruh faktor
cahaya.
Hipotesis
Apabila tumbuh - tumbuhan didedahkan kepada
cahaya yang malar, kadar transpirasi adalah lebih tinggi
sekiranya dibandingkan dengan tumbuh - tumbuhan yang tidak
didedahkan kepada cahaya.
KB0202 Menrancang untuk melaksanakan
penyiasatan
Pembolehubah
Pembolehubah tak bersandar -- Keadaan
persekitaran samada keadaan
bercahaya atau keadaan gelap.
Pembolehubah bersandar -- Kehilangan jisim
air/kadar transpirasi
Pembolehubah yang dimalarkan Faktor
keamatan cahaya,faktor haba,
faktor
angin, faktor kelembapan
udara, faktor
faktor dalam tumbuhan dan
jumlah jisim air.
Kajian Rintis
Diketahui bahawa semua tumbuh tumbuhan
boleh menjalankan transpirasi tetapi pada kadar yang berbeza.
Pokok sawi dipilih kerana pokok sawi bersaiz kecil, perubahan
transpirasi senang diperhatikan, mudah diperolehi (didapatikan di
belakang rumah saya), harganya tidak mahal dan boleh dimakan
selepas kajian ( tidak membazirkan sumber).
Bahan bahan atau radas - radas yang
digunakan dalam eksperimen ini ialah
-
- Neraca Tuas.
-
- 2 helai beg plastik.
-
- 2 pohon sayur yang lebih kurang sama
saiznya.
-
- Lampu meja.
-
- Kadbod besar.
Kos Pembelanjaan
| Bahan |
Kos (RM) |
| Neraca
Tuas |
Disediakan
oleh pihak sekolah |
| 2
pohon sayur sawi yang sama saiz |
Disediakan
sendiri |
| Beg
Plastik |
Disediakan
sendiri |
| Lampu
Meja |
Disediakan
sendiri |
| Kadbod
Besar |
Disediakan
sendiri |
| Kertas
|
RM
0.50 |
| Dakwat
pencetak (secukupnya) |
RM
0.50 |
| JUMLAH |
RM1.00 |
Perancangan
-
- Tarikh untuk menjalankan eksperimen
ditetapkan.
-
- Rujukan mengenai eksperimen yang akan
dijalankan dilakukan.
-
- Perbincangan antara ahli kumpulan diadakan
untuk memahami prosedur yang sepatutnya dijalankan dalam
eksperimen ini.
-
- Kajian kadar transpirasi akan dikaji dari
segi kehilangan jisim air dengan kaedah Kajian dengan
Potometer Berat.
-
- 2 pohon sayur sawi yang serupa akan
diperoleh.
-
- Setiap pohon sayur akan direndamkan
akarnya dalam larutan kultur air yang mengandungi semua
nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan pada kepekatan yang
sama.
-
- Sayur sayur itu akan dibiarkan
sehari supaya menyesuaikan diri dengan keadaan air yang
bernutrien tersebut.
-
- Pada hari kedua, dua pohon pokok itu akan
dibawakan ke dalam sebuah bilik yang gelap. Salah satu
pohon sayur, iaitu sayur A akan diletakkan ke dalam satu
sudut bilik yang dilengkapi dengan lampu meja yang
mengeluarkan cahaya. Sayur A akan diletakkan sejauh 1
meter dari lampu tersebut. Sayur B pula akan diletakkan
ke sudut yang lain di dalam bilik yang sama. Sudut itu
akan dipastikan dalam keadaan gelap. Satu keping kadbod
yang tebal dan besar akan diletakkan di hadapan sayur itu
supaya tumbuhan itu tidak terdedah kepada cahaya yang
dikeluarkan daripada lampu meja tadi.
-
- Setelah radas radas telah
disediakan, bacaan jisim awal sayur dan air akan
dicatatkan. Kemudian bacaan seterusnya akan diambil pada
selang masa setengah jam dan kajian ini dijalan selama 3
jam iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.30 tengah
hari. Bacaan akan dikumpul dalam jadual.
-
- Kadar transpirasi bagi kajian tersebut
boleh ditentukan dengan rumus seperti yang ditunjukan
dibawah,
- Kadar transpirasi = Jisim awal - Jisim
akhir
Jumlah Masa yang
diambil
- Data data yang dikumpul semasa
ujian dijalankan dicatatkan dalam jadual seperti di
bawah:-
| Keadaan Masa(minit)
|
Jisim radas dalam gram (g) |
Keadaan bercahaya
(Sayur sawi A)
|
Keadaan gelap
(Sayur sawi B)
|
0 (Jisim
awal)
|
|
|
30
|
|
|
60
|
|
|
90
|
|
|
120
|
|
|
150
|
|
|
180
|
|
|
Masa
(minit)
|
Kehilangan air
dalam gram (g)
|
| Sayur sawi
A |
Sayur sawi
B |
0
|
|
|
30
|
|
|
60
|
|
|
90
|
|
|
120
|
|
|
150
|
|
|
180
|
|
|
KB0203 Memilih teknik, radas
dan bahan yang sesuai dengan kajian
Teknik yang akan digunakan untuk pengujian
ialah teknik mengkaji kadar transpirasi dengan potometer berat.
Radas dan bahan yang digunakan dalam
pengujian ialah
-
- Neraca Tuas
-
- 2 helai bag plastik
-
- 2 pohon sayur yang sama saiznya
-
- Lampu meja
-
- Kadbod besar
-
- Kaedah Penyediaan Pohon Sayur
Sawi untuk Kajian
- 2 pohon sayur sawi yang serupa diperolehi.
Setiap pohon sayur direndamkan akarnya dalam larutan
kultur air yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan
tumbuhan pada kepekatan yang sama. Sayur sayur itu
dibiarkan sehari supaya dapat menyesuaikan diri dengan
keadaan air yang bernutrien.
- Kaedah Kajian Kadar
Transpirasi Seperti yang telah dirancangkan
Pada hari kedua, dua pohon pokok itu
dibawakan ke dalam sebuah bilik yang gelap. Salah satu
pohon sayur, iaitu sayur A diletakkan ke dalam satu sudut
bilik yang dilengkapi dengan lampu meja yang mengeluarkan
cahaya yang malar. Sayur A diletakkan sejauh 1 meter dari
lampu tersebut. Sayur B pula diletakkan ke sudut yang
lain dalam bilik. Sudut itu adalah gelap. Satu keping
kadbod yang tebal dan besar diletakkan di hadapan sayur
itu supaya tumbuhan itu tidak terdedah kepada cahaya yang
dikeluarkan daripada lampu meja tadi. Setelah radas
radas siap disediakan, bacaan akan diambil pada
selang masa setengah jam dan kajian ini dijalan selama 3
jam iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.30 tengah
hari. Bacaan akan dikumpul dalam jadual. Kadar
transpirasi dalam masa satu jam ini boleh ditentukan
seperti berikut,
Kadar transpirasi
= Jisim awal - Jisim akhir
Jumlah Masa yang diambil
Langkah Berjaga jaga
-
- Semasa sayur sawi digunakan untuk kajian,
pastikan tumbuhan tersebut sudah menyesuaikan diri dengan
air berkultur tersebut supaya kadar penyerapan air dapat
dijalankan seperti biasa.
-
- Lampu yang digunakan dipastikan tidak
terlalu dekat dengan tumbuhan kerana mentol membebaskan
haba yang mungkin mempengaruhi keputusan kajian.
-
- Ralat sifar pada neraca tuas dipastikan
dibetulkan sebelum kajian dijalankan agar nilai yang
diperolehi adalah lebih tepat.
KB0205 Mengumpul dan merekod pemerhatian
Pemerhatian
Apabila kajian dijalankan, didapati bahawa
jisim air setiap pohon sayur sawi kurang pada kadar tertentu.
Pohon yang didedahkan kepada cahaya mempunyai penurunan jisim air
yang lebih cepat berbanding dengan pohon sayur sawi yang tidak
didedahkan kepada cahaya.
Keputusan
Masa
(minit)
|
Kehilangan air
dalam gram (g)
|
Sayur sawi A
|
Sayur sawi B
|
0
|
0
|
0
|
30
|
0.5
|
0.5
|
60
|
1.1
|
0.6
|
90
|
1.3
|
0.9
|
120
|
1.8
|
1.1
|
150
|
2.0
|
1.6
|
180
|
2.4
|
2.1
|
| Pohon Sayur Sawi |
Jisim Awal (g) |
Jisim Akhir (g) |
Kadar Transpirasi |
| A |
417.2 |
414.8 |
0.8 g/jam |
| B |
407.5 |
405.4 |
0.7 g/jam |
PENGIRAAN
Pohon sayur sawi A Kadar transpirasi = Jisim
awal - Jisim akhir
Jumlah Masa yang diambil
= o.8 g/jam
Pohon sayur sawi B Kadar transpirasi = Jisim
awal - Jisim akhir
Jumlah Masa yang diambil
= 0.7 g/jam
Perbincangan
-
- Sayur sawi diletakkan sekurang
kurangnya 1 meter daripada lampu meja agar keputusan
tidak akan dipengaruhi oleh haba yang dibebaskan oleh
mentol.
-
- Kadar transpirasi sayur sawi yang
didedahkan kepada cahaya adalah lebih tinggi kerana air
diserap oleh tumbuhan untuk melakukan fotosintesis.
Apabila terdapat fotosintesis, air yang tidak digunakan
pun bertambah. Oleh itu kadar transpirasinya juga
bertambah berbanding dengan tumbuhan yang tidak
didedahkan kepada cahaya(tiada aktiviti fotosintesis
berlaku).
- Eksperimen dijalankan selama 3 jam
bertujuan untuk memperolehi pola kadar transpirasi yang
sebenarnya. Dengan menjalankan eksperimen dengan lebih
lama, kadar transpirasi tumbuhan akan menjadi lebih
konsisten dan bacaan lebih tepat.
-
- Penambahan cahaya yang tinggi menggalakkan
pembukaan liang-liang stoma dengan lebih besar supaya gas
karbon dioksida boleh meresap melalui daun.
KB0208 Membuat kesimpulan
Kesimpulan
Melalui kajian ini kadar tranpirasi tumbuh
tumbuhan dapat ditentukan. Didapati bahawa kadar
transpirasi tumbuh tumbuhan yang didedahkan kepada cahaya
mempunyai kadar transpirasi yang lebih tinggi berbanding dengan
tumbuh tumbuhan yang tidak didedahkan kepada cahaya.
Terbuktilah bahawa hipotesis adalah benar.
KB0209 Menilai kaedah/teknik dan cadangkan
cara untuk membaiki kaedah/teknik
Penilaian Teknik:
Kekuatan teknik:
-
- Air kultur digunakan bertujuan sayur sawi
masih boleh menjalankan aktiviti asalnya tanpa diganggu
oleh perubahan medium. Dengan menggunakan hanya air
bernutrien sebagai medium ketika menjalankan eksperimen
membolehkan kepekatan air ditetapkan. Hal ini menyebabkan
kadar penyerapan air tidak dipengaruhi oleh kepekatan
air. Jisim air yang hilang melalui transpirasi juga mudah
diukur.
-
- Neraca tuas digunakan kerana neraca
mempunyai kepekaan tinggi untuk mengesan perubahan jisim
air, bacaan yang lebih jitu dan mudah didapati (boleh
dipinjam daripada pihak sekolah.).
-
- Lampu meja digunakan agar bekalan cahaya
yang diberikan kepada sayur sawi A dapat dimalarkan.
Dengan menggunakan lampu meja sebagai ganti cahaya
matahari membolehkan cahaya dimalarkan supaya keputusan
tidak dipengaruhi oleh perubahan keamatan cahaya.
-
- Kajian dilakukan di dalam sebuah bilik
agar semua faktor persekitaran dapat dimalarkan, iaitu
dapat mengelakkan angin, kelembapan relatif bilik yang
sentiasa tetap dan sumber cahaya dapat dikawal.
-
- Bekas untuk meletakkan sayur sawi ditutup
dengan beg plastik hitam supaya dapat mengelakkan air
daripada tersejat kerana kajian ini hanya mengkaji
kehilangan air melalui transpirasi dan bukan penyejatan
air.
Kelemahan Teknik / Alternatif
-
- Eksperimen ini dijalankan selama tiga jam,
maka berkemungkinan dalam tempoh masa itu, tekanan udara
adalah berbeza dan sentiasa berubah, suhu bilik tidak
dapat dimalarkan sepanjang eksperimen. Ini dapat dibaiki
dengan melakukan eksperimen di bilik tertutup di mana
semua keadaan persekitaran dapat ditentukan dan dikawal
supaya keadaan persekitaran dapat dimalarkan.
-
- Di samping itu, lampu meja yang digunakan
dalam eksperimen mungkin masih membebaskan haba yang
cukup untuk mengubah suhu bilik. Masalah ini boleh
dibaiki dengan menggunakan lampu berpendaflour yang
membebaskan kurang haba pada keterangan dan keamatan
cahaya yang sama.
-
- Tambahan pula, faktor dalaman juga boleh
mempengaruhi eksperimen. Oleh kerana kami menggunakan dua
pohon sayur sawi yang serupa, ini tidak menunjukkan
bahawa faktor dalamannya juga sama. Oleh itu bacaan yang
diperolehi adalah kurang tepat. Ini boleh diperbaiki
dengan menggunakan satu pohon sayur sawi sahaja di mana
kajian tentang kadar transpirasi dijalankan pada masa
yang berbeza di bilik yang terkawal.
-
- Neraca yang terlalu peka yang digunakan
semasa pengukuran dilakukan juga akan mempengaruhi
keputusan. Oleh itu bacaan perlu diambil di tempat yang
tenang dan bacaan itu diambil beberapa kali untuk
memperolehi bacaan yang paling tepat. Eksperimen juga
perlu dijalankan beberapa kali supaya keputusan yang
diperoleh setiap kali adalah konsisten agar kesimpulan
dapat dibuat.
Kekangan:
-
- Semasa mengkaji kadar transpirasi
tumbuhan, pohon yang berlainan mempunyai struktur dalaman
yang berbeza kecuali kami menggunakan pohon yang sama
atau yang diklonkan.
-
- Mentol yang digunakan akan membebaskan
haba yang tidak diperlukan yang akan mempengaruhi
keputusan.