SOALAN 1

a. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan agraria ?

Kerajaan agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang

di lembah sungai. Perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil

pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian.

b. Huraikan ciri-ciri kerajaan agraria?

Ciri-ciri kerajaan agraria dapat dilihat dari aspek lokasi, aktiviti masyarakat,

teknologi dan perdagangan.

Lokasi

Dari segi lokasi ia terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai

dan di kawasan pedalaman.

Aktiviti masyarakat

Dilihat dari segi aktiviti masyarakat, mereka memperolehi makanan

secara berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada

peringkat awal.

Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri

dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan

menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi

huma, ubi, dan keladi.

Teknologi

Mereka juga mempunyai teknologi pengairan. Dalam kerajaan Angkor

sistem pengairan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan.

Perdagangan/Penyalur

Kerajaan agraria mempunyai hubungan perdagangan dengan kerajaan

maritim. Kerajaan agraria membekalkan hasil hutan, rempah-ratus,

ubat-ubatan dan damar kepada kerajaan maritim untuk

diperdagangkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan maritim?

Kerajaan maritim ialah kerajaan yang terletak di pesisiran pantai. Kerajaan

ini memberikan tumpuan kepada perdagangan dan kegiatan berkenaan

dengan laut.

 

SOALAN 2 Huraikan faktor-faktor kebangkitan kerajaan maritim?

Faktor-faktor kebangkitan ialah penduduknya sangat mahir dalam pelayaran.

Malah mereka juga mahir membuat kapal-kapal besar.

Faktor yang kedua ialah penduduknya terlibat dalam kegiatan perdagangan,

dengan ini cukai telah memberikan sumber pendapatan yang utama.

Kerajaan maritim juga terletak di tengah perjalanan Timur dan Barat. Tiupan

angin monsun menyebabkan para pedagang terpaksa singgah sementara

menunggu pertukaran angin monsun. Boleh dikatakan ia terletak di kawasan

yang strategik.

Faktor terletak di pelabuhan yang strategik juga menyebabkan kemunculan

kerajaan maritim. Dengan itu pelbagai kemudahan disediakan kepada

pedagang yang singgah di situ. Misalnya air, tempat penyimpanan barangan

dan sebagainya.

Kerajaan maritim juga merupakan penyalur barangan kepada kerajaan

agraria. Dengan itu segala keperluan pedagang luar dari kerajaan agraria

dipasarkan oleh kerajaan maritim.

Gunung Jerai merupakan penanda utama kepada para pedagang yang akan

bersinggah di kerajaan maritim. Gunung Jerai seolah-olah isyarat untuk

sampai berdagang di kerajaan maritim di Asia Tenggara.

SOALAN 3 Mengapakah perkembangan kerajaan agraria bermula di lembah sungai ?

Kerajaan agraria bermula di lembah sungai kerana tanah yang subur, ini

sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian.

Di tepi sungai juga memungkinkan teknologi pengairan, keperluan domestik

contohnya mandi, memasak dan minum.

Perkembangan kerajaan agraria di tepi sungai juga telah memungkinkan

sistem jalan perhubungan antara sesuatu tempat.

Di tepi sungai juga telah memungkinkan kepada sumber protein, seperti ikan.

Bagaimanakah kerajaan agraria dikatakan saling berhubungan dengan

kerajaan maritim?

Kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling berhubungan dapat di lihat

dari aspek perdagangan. Kerajaan agraria membekalkan hasil-hasil

pertanian dan hasil hutan kepada kerajaan maritim.

Kerajaan maritim berperanan sebagai orang tengah mengumpul barangan

agraria untuk ke pasaran antarabangsa.

Kerajaan agraria membekalkan keperluan makanan asasi kepada kerajaan

maritim.

SOALAN 4.

Huraikan peranan raja di dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?

Raja menjadi ketua kerajaan dan berkuasa mutlak di dalam pemerintahan.

Baginda berkuasa membuat undang-undang. Semua undang-undang yang

dibuat bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya.

Baginda memainkan peranan cergas di dalam bidang ekonomi . Ibu kota

menjadi pusat kegiatan ekonomi. Baginda menjalin hubungan erat dengan

kawasan pengeluaran barangan.

Baginda menjamin keamanan dan kemakmuran kerajaan dan keamanan

rakyat. Raja menggunakan golongan brahmin bagi menonjolkan kesaktian dan

kekuatannya, untuk menanam keyakinan dan taat setia rakyat.

Baginda menjadi ketua angkatan tentera.

Raja adalah pemutus dalam semua hal.

Baginda menyelesaikan masalah tanah dan pekerja apabila

pegawai-pegawai tidak dapat menyelesaikan masalah itu melalui

undang-undang.

 

SOALAN 5 Bagaimanakah pemerintah kerajaan awal mengukuhkan kedudukannya?

Raja mengukuhkan kedudukannya apabila semua undang-undang yang

dibuat untuk kepentingan raja. Rakyat tidak boleh mempersoalkannya.

Baginda juga menggunakan golongan brahmin untuk menonjolkan kesaktian

dan kekuatan.

Brahmin pula menggunakan cerita metos dan lagenda untuk menanamkan

keyakinan, dan melahirkan taat setia rakyat.

Raja menggunakan konsep devaraja. Raja dianggap memiliki ciri-ciri tuhan

di bumi. Contohnya Raja Angkor dipercayai sebagai dewa Siva manakala raja

Srivijaya dipercayai sebagai Raja di Gunung dan Maharaja Pulau.

Raja juga mengadakan perhubungan persahabatan dengan pusat

pengeluaran barangan di kawasan pedalaman menerusi sistem kepercayaan

dan adat istiadat.

 

SOALAN 6 Jelaskan struktur kerajaan (pentadbiran) kerajaan Angkor?

Susunan pentadbiran kerajaan Angkor adalah mengikut kelas sosial. Raja

dianggap sebagai tuhan devaraja. Baginda juga berkuasa mutlak. Raja

dibantu oleh sebuah majlis menteri yang dilantik. Baginda akan campur

tangan dalam urusan pentadbiran apabila pegawai-pegawai yang dilantik

tidak dapat menyelesaikan masalah.

Baginda melantik pegawai tinggi sebagai pentadbir di peringkat pusat.

Gabenor menjalankan pentadbiran di peringkat wilayah.

Manakala pegawai pentadbir berkuasa di peringkat kampung.

Dalam sistem pentadbiran Angkor terdapat juga pegawai tentera, hakim dan

kebajikan masyarakat untuk melicinkan sistem pentadbiran.

SOALAN 7 Dengan merujuk kepada mana-mana kerajaan awal, huraikan kepentingan

pembinaan empayar, dan bagaimanakah empayar itu diperluaskan?

Kepentingan pembinaan empayar membolehkan kerajaan awal

memperluaskan pengaruh, memperluaskan kuasa dan menambahkan sumber

ekonomi. Contohnya kerajaan Srivijaya.

Empayar Srivijaya diperluaskan melalui beberapa cara:

Melalui peperangan kegagahan angkatan tentera yang boleh menakutkan

musuh yang ingin menggugat keamanan.

Srivijaya telah menjadikan angkatan tentera sebagai satu cabang utama

dalam pentadbiran. Misalnya Srivijaya telah berjaya menawan Jambi dan

Kedah yang maju dalam bidang perdagangan. Srivijaya juga telah menyerang

Pulau Jawa untuk menguasai Selat Sunda. Selain itu Srivijaya juga telah

meluaskan pengaruhnya ke Selat Melaka dan Selat Sunda untuk mengawal

perdagangan. Srivijaya juga telah menguasai Langkasuka, Bangka,

Tarimanaga, Minanga dan Tulang Bawang.

Perluasan kuasa Srivijaya melalui penghantaran ufti ke negara China, ufti

tersebut sebagai tanda persahabatan. Srivijaya tidak perlu berperang.

Dengan cara tersebut Srvijaya akan menerima ufti daripada negeri jajahan

takluknya.

Kerajaan Srivijaya memperluaskan empayar melalui cara perkahwinan untuk

meningkatkan kuasa dan pengaruhnya. Contohnya Kerajaan Dvaravati

mengahwinkan saudara atau anaknya dengan raja daripada kerajaan

Srivijaya yang boleh menggugat kedudukannya.

Kerajaan Srivijaya telah menggunakan cerita metos dan lagenda untuk

menggambarkan kebesaran seseorang raja. Raja akan digambarkan

berkuasa sakti, berkusa mutlak dan bersifat ketuhanan, dan dianggap Raja

di Gunung dan Maharaja di Pulau. Dengan cara lagenda ini negeri-negeri

kecil akan tunduk di bawah kuasa mereka.

SOALAN 8 Huraikan perkembangan dan kemerosotan Kerajaan Srivijaya

Perkembangan

Kerajaan Srivijaya telah muncul antara tahun 671 hingga 685 Masehi. Pusat

pemerintahan terletak di Palembang. Srivijaya telah berjaya menawan

kerajaan-kerajaan Melayu-Jambi, Kedah, Bangka, Tulang Bawang, Minanga

dan Langkasuka.

Pada kurun ke-8 hingga kurun ke-10 Srivijaya berpecah menjadi

kerajaan-kerajaan yang kecil berikutan masalah perebutan takhta kerajaan.

Srivijaya kembali stabil pada akhir abad ke-10 dan berjaya menguasai Selat

Sunda dan menyekat kapal-kapal dagang daripada singgah di Jawa.

Kemerosotan

Srivijaya semakin merosot akibat daripada serangan Kerajaan Chola dari

India. Srivijaya juga semakin merosot akibat persaingan daripada Jawa yang

berjaya menguasai perdagangan di tanah jajahannnya. Kemorosotan Srivijaya juga disebabkan oleh serangan Kerajaan Singosari di Jawa yang berjaya menguasai perairan pantai timur Sumatera. Maka

Srivijaya semakin lemah dan lenyap menjelang kurun ke-13 Masehi.

 

SOALAN 9 Apakah faedah/keuntungan/kepentingan yang diperolehi oleh Srivijaya hasil

daripada hubungan luar.

Faedah / keuntungan kepada Srivijaya ialah:

Srivijaya dapat memungut cukai daripada kapal yang melalui Selat Melaka

dan Selat Sunda. Srivijaya dapat menerima ufti dari kerajaan-kerajan di bawah taklukannya.

Srivijaya dapat menguasai hasil pengeluaran dari kawasan pedalaman

seperti Sumatera dan Tanah Melayu. Srivijaya dapat menarik lebih ramai pedagang kerana barang dagangan di pelabuhan semakin bertambah. Srivijaya dapat meluaskan agama Buddha dan pengaruh kebudayaannya di

negeri jajahannya dan sekitarnya.

S0ALAN 10 Jelaskan usaha-usaha Srivijaya untuk mengekalkan kehebatannya di Asia

Tenggara?

Antara usaha-usaha Srivijaya ialah mendapatkan hasil keluaran dari kawasan

pedalaman Tanah Melayu dan Sumatra. Selain itu Srivijaya juga telah

memungut cukai daripada kapal-kapal yang melalui Selat Sunda dan Selat

Melaka.

Pemerintah Srivijaya juga telah membuat lawatan ke negara China dan India

semenjak kurun ke-7 lagi, tujuannya untuk membuat hubungan persahabatan

dan dagangan. Srivijaya juga telah menghantar duta negaranya ke nagara

China.

Srivijaya juga telah mengadakan hubungan persahabatan dengan kerajaan

India dan China. Selain itu Srivijaya telah menjamin keselamatan para

pedagang China di peraiaran Asia Tenggara. Sebarang permintaan China ke

atas barangan tempatan akan dipenuhi.

Srivijaya juga telah muncul sebagai pelabuhan entropot. Srivijaya telah

menghapuskan lanun di perairan Selat Melaka dan Selat Sunda. Dengan itu

Srivijaya berjaya menyekat kapal-kapal dagang yang akan singgah di Pulau

Kepulauan Jawa.

Untuk mengekalkan kehebatannya, Raja-raja Srivijaya telah menjadikan

istana sebagai pusat kegiatan agama Buddha. Dengan itu Srivijaya telah

muncul sebagai pusat kegiatan agama Buddha yang terkenal di Asia terkenal

di Asia Tenggara.

 

SOALAN 11 Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan masyarakat awal Asia Tenggara?

Agama dan kepercayaan masyarakat awal Asia Tenggara ada 3 jenis; iaitu

animisme, Hindu dan Buddha.

Kepercayaan animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai

semangat atau roh yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Dengan

demikian mereka mesti menghormati dan memuja semangat atau roh supaya

kehidupan mereka selamat.

Kemudian muncul pula agama Hindu dan Buddha, yang telah mempengaruhi

kepercayaan, pemikiran, pemerintahan, pentadbiran dan kesenian. Agama ini

telah mendapat sokongan dan naungan dari golongan istana. Agama

Hindu-Buddha telah disebarkan oleh golongan pedagang luar yang datang

berniaga. Di samping itu ada juga pendapat mengatakan ia disebarkan oleh

pedagang tempatan.

Melalui ajaran Hindu maka masyarakat tempatan mempercayai kepada dewa

Hindu seperti Siva, Vishnu, Yama, Indra, Chandra dan Gupta. Mereka hanya

menerima unsur-unsur yang tidak bercanggah dengan kepercayaan tempatan.

Dengan itu agama ini hanyalah sebagai pelengkap kepada kepercayaan yang

sedia ada.

Melalui kepercayaan Buddha mereka mempercayai larangan kekejaman

sesama manusia, kerana kekejaman tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

Ajaran ini ada dua Iaitu Hinayana(Theravada) dan Mahayana. Hinayana

adalah ajaran yang asal dan masih diamalkan di Thailand, Myanmar,

Indonesia dan sri Lanka. Manakala ajaran Mahayana pula telah mengalami

proses pengubahsuaian dari China.

 

SOALAN 12 Mengapakah Tasik Tonle Sap sangat penting kepada kerajaan Angkor?

Tasik ini dibina pada abad ke 10 M. Kini ia teletak di bahagian Tengah

Kampuchea. Tasik ini sangat penting kerana ia merupakan sistem pengairan

yang terpenting untuk kegiatan pertanian padi sawah. Ia akan membekalkan

air untuk mengairi sawah. Air ini akan disalurkan melalui benteng dan

terusan.

Di sekitar tasik ini juga tanahnya rata, iklimnya panas dan lembap sepanjang

tahun menjadikan ia sebagai kawasan penanaman padi.

Pada musim hujan, air banjir dari sungai Mekong telah mengalir ke Tasik

Tonle Sap kerana paras laut di sekitar tasik ini rendah. Dengan itu kawasan

sekeliling tasik ini akan menjadi kawasan lumpur lanar yang subur untuk

pertanian padi sawah.

Kawasan tasik ini juga dapat memenuhi keperluan kehidupan masyarakat di

bandar Angkor. Di sini terdapat banyak ikan dan merupakan tempat bekalan

ikan yang penting. Ikan-ikan senang ditangkap pada musim kemarau apabila

air tasik surut.

Selain itu kawasan tasik ini juga dapat memenuhi keperluan kehidupan

masyarakat sekitar bandar Angkor. Dengan itu ia digunakan untuk diminum,

membasuh dan sebagainya.

SOALAN 13 a. Apakah maksud candi?

b. Apakah yang dapat dirumuskan/gambaran mengenai peninggalan

candi-candi?

a. Candi bermaksud sebuah bangunan tempat penyembahan menurut ajaran

agama Hindu dan Buddha.

b. Gambaran peninggalan candi ialah:

Candi menggambarkan betapa kuatnya pegangan terhadap agama

Hindu-Buddha. Ini terbukti dengan seni ukir yang terdapat pada bangunan

tersebut. Contohnya candi Borobudur di Jawa.

Pembinaan sesebuah candi juga menggambarkan kekuatan sesebuah

kerajaan. Ini kerana candi itu di bina melalui sistem tenaga kerah.

Melalui pembinaan candi juga ia menggambarkan sebuah monumen /

peringatan kepada orang yang telah mati. Contohnya stupa di Borobbudur

yang memperingati kematian raja, sami dan orang kebanyakan.

Pembinaan sesebuah candi juga menggambarkan mengenai perjalanan hidup

untuk menjadi Sang Buddha.

Pembinaan candi juga merupakan tempat bersemadi roh diraja. Contohnya

Angkor Wat.

Pembinaan candi juga menggambarkan dan menyeru supaya manusia boleh

berharmoni, di mana candi adalah model alam semesta.

Gambaran peninggalan candi juga dapat melambangkan ketinggian seni

ukiran dan kepakaran pengukirnya.

SOALAN 14

(a) Jelaskan kepentingan monumen/candi kepada kerajaan awal.

(b) Pada pendapat anda mengapakah monumen yang ada perlu dikekalkan?

(a)

Monumen / candi adalah tempat penyembahan tuhan menurut kepercayaan

agama Hindu - Buddha.

Kepentingan candi ialah menunjukkan sesebuah kerajaan itu kuat dan berjaya

pada zamannya.

Candi digunakan sebagai tempat bersemadi roh diraja.

Candi juga boleh menunjukkan kekuatan dan kedaulatan kerajaan.

Candi menjadi pusat kepercayaan, dan kedudukannya selaras dengan susunan

alam ( orde kosmos ) supaya rakyat dapat hidup dalam harmoni dan makmur

Candi juga menggambarkan atau melambangkan ketinggian nilai seni serta

kepakaran pengukirnya.

Candi juga di jadikan sebagai pusat pemerintahan sesebuah kerajaan.

(b) Candi perlu dikekalkan kerana sebagai menghargai bahan sejarah yang

berharga.

Candi juga perlu dikekalkan sebagai menunjukkan ketinggian seni bina

masyarakat kerajaan awal di Asia Tenggara.

Candi itu perlu dikekalkan supaya terdapat bahan kajian untuk mengkaji

sejarah pentadbiran kerajaan-kerajan awal Asia Tenggara.

SOALAN 15 Jelaskan kaitan I-Tsing tentang keistimewaan Palembang (Srivijaya) sebagai

pusat pengajian agama Buddha.

IS ialah seorang sami Buddha dari China yang telah belayar dan tiba di

perairan Asia Tenggara pada tahun 672 M. Beliau telah bersinggah di

Palembang dalam perjalanannya ke India.

Beliau telah melaporkan ketika itu Srivijaya telah menjadi pusat pengajian

agama Buddha. Beliau menetap di situ selama 6 bulan untuk mempelajari

bahasa Sanskrit. Beliau melaporkan ramai penganut Buddha mempelajari

agama ini di Palembang sebelum ke India.

Dalam laporannya beliau menggalakkan sami-sami Buddha mendalami ilmu

agama ini di srivijaya sebelum ke India. ketika menetap di palembang selama

4 tahun, beliau telah menyalin dan menterjemahkan buku agama Buddha dari

bahasa Sanskrit ke bahasa China.

Beliau juga telah mempengaruhi Hui Ning ( sami dari China) supaya

mempelajari agama Buddha di Srivijaya dan meninggalkan Jawa. Laporan IS

ini juga menyebabkan Jawa kurang dikunjungi.

Kesan laporan IS juga menyebabkan Atisa ( ketua agama Buddha dari Tibet )

mempelajari agama Buddha di Srivijaya selama 12 tahun.

 

SOALAN 16 Halkan pengaruh Srivijaya yang dapat dikesan dalam sistem pemerintahan

kerajaan Melaka pada abad ke 15?

Sememangnya sistem pemerintahan Melaka terpengaruh dengan sistem dari

Srivijaya. Ini dapat dilihat daripada segi pentadbiran negeri Melaka. Negeri

Melaka dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat pentadbiran

diraja, peringkat ketenteraan dan peringkat daerah.

Pengaruh Srivijaya dapat juga dilihat daripada segi pemerintahan yang

dibantu oleh majlis pembesar. Pembesar itu berperanan sebagai orang

perantaraan di antara raja dengan rakyat.

Kekuasaan raja Srivijaya dengan Sultan Melaka juga hampir sama, iaitu

baginda berkusa mutlak dan baginda ketua kerajaan dalam pemerintahan.

Baginda juga berhak membuat undang-undang untuk mengukuhkan

kedudukannya. Raja-raja digambarkan mempunyai kuasa kesaktian melalui

cerita metos dan lagenda.

 

SOALAN 17 Buktikan terdapatnya pengaruh bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal di Asia

Tenggara?

Pengaruh bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal dapat dilihat pada jumpaan

batu-batu-batu bersurat yang menceritakan mengenai keagungan raja.

Batu-batu bersurat(prasasti) itu menggunakan bahasa Sanskrit. Contohnya

Batu Bersurat kerajaan Kutei di Kalimantan.

Pada zaman kerajaan awal, bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.

Bahasa itu dibawa melalui proses pengindiaan. Ini lebih jelas lagi apabila

I-Tsing telah menterjemahkan kitab Buddha dari bahasa Sanskrit ke bahasa

China di Palembang semasa keagungan kerajaan Srivijaya.

Selain itu terdapat banyak juga tulisan bahasa Sanskrit dalam buku-buku

agama. Ini jelas dalam dua epik Ramayana dan Mahabrata.

Pengaruh bahasa Sanskrit dapat juga dilihat dalam upacara pembacaan doa,

misalnya agar sesorang itu berjaya dalam pelayaran.

Pengaruh bahasa Sanskrit dapat juga dilihat daripada penyerapan bahasa

tersebut ke dalam bahasa Melayu. Misalnya perkataan dosa, derhaka, pahala

dan sebagainya.

 

SOALAN 18 Buktikan terdapatnya pengaruh Hindu-Buddha dalam kerajaan awal di Asia

Tenggara?

Penagaruh Hindu Buddha itu dapat dilihat dalam beberapa aspek tertentu.

Misalnya dalam struktur pentadbiran,kesenian, bahasa dan seni bina.

Pengaruh yang lain dapat dilihat dalam aspek konsep devaraja. Dalam

konsep ini raja dianggap sebagai anak Tuhan atau Tuhan di muka bumi.

Pengaruh Hindu-Buddha seterusnya ialah melalui penggunaan bahasa

Sanskrit itu sendiri. Bahasa Ini telah dikaitkan secara langsung dengan

penyebaran agama Hindu-Buddha.

Peninggalan candi, gendang dan loceng juga merupakan bukti terdapatnya

pengaruh Hindu-Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tengara. Alatan

tersebut merupakan perkara utama dalam kegiatan keagamaan.

Catatan I-Tsing juga adalah bukti jelas mengenai kemunculan Srivijaya

sebagai pusat kegiatan agama Buddha di Asia Tenggara.

Peranan yang dimainkan oleh golongan Brahmin sebagai penasihat raja juga

adalah bukti utama agama tersebut penting di Asia Tenggara. Sami akan

membaca mentera dan jampi serapah semasa upacara tertentu. Nilai

kepercayaan masyarakat awal kepada dewa-dewa tertentu, seperti Siva,

Indra, Durga dan sebagainya adalah bukti jelas pengaruh agama tersebut

dalam masyarakat awal di Asia Tenggara. Menurut kepercayaan agama

Hindu Buddha, sebuah negara menggambarkan satu alam semesta(0rde

Kosmos). Raja dan ibukotanya adalah pusat alam.

SOALAN 1Apakah yang dimaksudkan dengan Pembesar Empat Lipatan?

Pembesar Empat Lipatan ialah gelaran empat pembesar utama di peringkat

pusat di negeri Melaka, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung

dan Laksamana. Mereka ini juga digelar `Orang Kaya Berempat'. Mereka

dibantu oleh pembesar 8, 16 dan 32.

 

SOALAN 2

Huraikan sistem pembesar di peringkat pusat di Melaka dan negeri-negeri di

bawah pengaruhnya?

Bendahara Bedahara ialah orang kedua selepas Sultan. Beliau ibarat sebagai Perdana

Menteri dan Penasihat Sultan. Bendahara juga ketua hakim dan ketua seluruh

pentadbiran. Untuk menjadi Bendahara perlu menjadi Penghulu Bendahari

dan Temenggung terlebih dahulu.

Penghulu Bendahari Penghulu Bendahari ialah orang kedua selepas Bendahara. Beliau bertindak

selaku setiausaha kerajaan. Beliau adalah ketua pemegang khazanah dan

harta kerajaan.

Temenggung Temenggung ibarat sebagai Ketua Polis Negara. Beliau akan menjaga

keselamatan dalam negeri. Temunggung akan menentukan timbangan dan kes

jenayah kecil.

Laksamana Laksamana ibarat ketua angkatan laut. Beliau akan menentukan keselamatan

dan keamanan di perairan Melaka. Laksamana akan menjadi pengawal

peribadi Sultan. Selain itu laksamana merupakan ketua utusan ke seberang

laut.

SOALAN 3 Terdapat perbezaan yang ketara antara pembesar di peringkat pusat di

beberapa negeri. Jelaskan perbezaan sistem pembesar di peringkat pusat di

Kelantan dan di Negeri Sembilan.

Di Kelantan

Sistem pembesar peringkat pusat di Kelantan dapat dilihat apabila Sultan

Muhammad I melantik 7 orang pembesar iaitu:

- Long Jenal digelar Raja Bendahara Banggol

- Long Ismail digelar Raja Kampung Laut

- Long Yusof digelar Raja Bukit Panor

- Tengku Long Muda digelar Tengku Kota

- Long Tan digelar Tengku Aria Pahlawan

- Anak Penghulu Adas digelar Dato Kaya Hulubalang Kaduk

- Anak Mandor Mes digelar Dato Panglima Perang Londang

Semasa pemerintahan Sultan Muhammad II, baginda melantik 8 Jemaah

Menteri untuk melicinkan pentadbirannya. Jemaah Menteri itu ialah:

- Jemaah Menteri Perbendaharan

- Jemaah Menteri Peperangan

- Jemaah Menteri Pentadbiran

- Jemaah Menteri Luar

- Jemaah Menteri Dalam Negeri

- Jemaah Menteri Istana

- Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman

- Jemaah Penasihat Raja

Di Negeri Sembilan Sistem pembesar peringkat pusat di Negeri Sembilan pula seperti berikut:

- Berasaskan atau mengikut adat Perpatih.

- Dibahagikan kepada daerah dan jajahan (Luak).

- Ketua dipanggil Undang, Penghulu, Lembaga, Buapak. Contoh: Undang

(Luak) Rembau, Sungai Ujong, Jelebu.

- Undang memilih atau melantik Yamtuan Besar.

- Terdapat juga Lembaga dan Buapak iaitu gabungan ibu dan bapa.

 

 

SOALAN 4

Huraikan tugas pembesar di peringkat jajahan dan daerah?

Tugas pembesar di peringkat jajahan dan daerah ialah:

i Menjaga dan mengekalkan keamanan seluruh kawasan pentadbirannya.

ii Memungut cukai daripada penduduk (dipanggil kawasan`pemakanan')

iii Menyerahkan sebahagian daripada pendapatan dan cukai kepada

pemerintah.

iv Menyediakan tenaga buruh untuk membina istana baru,kapal raja,

panggung, pentas dan perhiasan istana untuk menyambut perayaan adat dan

agama.

v Membekalkan tenaga ketenteraan kepada kerajaan.

vi Mengkehendaki mengadap Sultan dan melaksanakan adat menjunjung duli

pada tiap-tiap sambutan Hari Raya Puasa.

 

 

SOALAN 5

Apakah peranan penting pembesar peringkat kampung?

Pembesar peringkat kampung digelar Penghulu atau penggawa, Imam dan

Pawang. Peranan pembesar peringkat kampung ialah:

i. Penghulu menjadi orang perantaraan antara pembesar daerah dengan

rakyat.

ii Penghulu memungut cukai daripada penduduk kampung.

iii Penghulu membekalkan tenaga tentera semasa peperangan.

Iv Penghulu mendapatkan buruh untuk pembinaan istana dan sebagainya.

v. Penghulu memastikan seluruh rakyat di kampung taat setia kepada Sultan.

vi Pemimpin agama. Contohnya Imam akan mengetuai soal ibadat di masjid.

vii Pawang/bomoh juga menjadi pemimpin peringkat kampung, akan

mengubati

pesakit dengan kuasa magis.

SOALAN 6 Jelaskan ciri-ciri Institusi Kesultanan Melayu yang menjadi sanjungan rakyat

Dalam institusi kesultanan Melayu, Sultan menduduki tempat tertinggi dalam

pemerintahan dan pentadbiran di negeri masing-masing. Konsep Sultan

dipengaruhi oleh unsur Hindu dan kemudiannya pengaruh Islam.

Pada zaman kerajaan awal raja digelar `devaraja', iaitu raja yang

memerintah dianggap luhur dan suci. Selepas kedatangan Islam raja

menggunakan gelaran `Sultan' dan dianggap Amirul-Mukminin (bererti

pemimpin orang mukmin)

Sultan berkuasa mutlak. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Sultan

disebut `Zulliahifil`Alam' (bererti Sultan yang memerintah di dunia adalah

wakil Allah di bumi).

Setelah ditabalkan menjadi sultan, seseorang Sultan dianggap berdaulat.

Dalam pertabalan selalunya diakhiri dengan pengakuan dan pengiftirafan

oleh rakyat dengan seruan `Daulat Tuanku' sebanyak 3 kali.

Sultan merupakan tunggak menyatupadukan rakyat, mengamankan dan

memakmurkan negeri, berkuasa dalam segala hal ehwal dalam negeri,

agama Islam, peperangan dan hubungan luar negeri.

Rakyat mengikut dan menjalankan titah raja dan taat setia. Sesiapa engkar

dianggap menderhaka dan akan ditimpa tulah.

Sultan memiliki pelbagai keistimewaan seperti penggunaan bahasa, hak

istimewa raja, iaitu penggunaan warna dan perhiasan rumah dan perahu, alat

kebesaran diraja dan penggunaan nobat diraja.

Sultan mempunyai cop mohor yang menandakan lambang kuasa dan

pengesahan. Sultan melaksanakan pemerintahan dan pentabiran negeri.

SOALAN 7Apakah maksud daulat?

Perkataan daulat berasal daripada perkatan Arab, iaitu `daulah'yang bererti

kerajaan/negeri. Daulat jaga dikaitkan dengan soal kesempurnaan,

kebolehan, keistimewaan dan kuasa politik tertinggi seseorang sultan. Ia juga

bererti kekuasaan dan kewibawaan seseorang Sultan yang memerintah dan

kebahagiaan kepada Sultan yang memerintah.

Huraikan kepentingan daulat?

Kepentingan daulat ialah:

i Sultan mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan.

ii Sultan adalah tunggak untuk menyatupadukan rakyat.

iii Sultan akan mengamankan dan memakmurkan negeri.

iv Rakyat mengikut dan menjalankan titah Sultan dengan taat setia dan

sesiapa yang engkar dianggap menderhaka.

Bagaimanakah Sultan memperkukuhkan daulat?

Sultan memperkukuhkan daulat melalui penggunaan bahasa, bahasa yang

digunakan oleh Sultan dan kerabat ialah `bahasa dalam'. Contoh : gering,

titah, patik, santap, beradu dan sebagainya.

Sultan mengukuhkan daulat melalui hak istimewa raja. Contohnya melalui

penggunaan:

-warna dan perhiasan rumah dan perahu.

- Payung berwarna putih digunakan untuk raja sahaja

- Anak raja dibenar menggunakan payung berwarna kuning

- Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi tabir,

hulasan bantal besar dan tilam."

Sultan mengukuhkan daulat dengan penggunaan alat kebesaran raja.

Contohnya:

- Cop mohor menjadi lambang kuasa raja yang memerintah.

- Penggunaan alatan ketur, kipas, kendi dan tepak.

- Penggunaan beberapa jenis senjata seperti pedang, keris kerajaan, lembing,

tombak berambu.

- Penggunaan payong ubur-ubur berwarna kuning.

Sultan mengukuhkan daulatnya memalui penggunaan peralatan nobat diraja,

iaitu sejenis alatan muzik tradisional yang digunakan untuk upacara rasmi

dan menandakan lambang kedaulatan kuasa dan kebesaran seseorang raja.

Sultan mengukuhkan daulatnya melalui konsep daulat derhaka, Raja

menggunakan konsep ini untuk memastikan rakyat jelata tidak menderhaka.

SOALAN 8

Jelaskan gaya hidup rakyat jelata?

Gaya hidup rakyat jelata memperlihatkan hubungan antara individu dan

pertalian kekeluargaan sangat rapat. Jiran berhampiran dianggap sebagai

keluarga sendiri.

Mereka saling hormat-menghormati antara individu, terutamanya antara

orang muda dengan orang yang lebih tua. Mereka menggunakan gelaran

seperti pak cik, pak long, mak long dan sebagainya.

Apabila berjalan dengan penuh sopan dan tertib, apabila bercakap dengan

nada suara yang rendah. Perbuatan mencampuri perbualan orang tua adalah

biadap.

Orang tua menjadi sumber panduan dan nasihat. Apabila seseorang datang

berziarah, perlu memberi salam kepada tuan rumah, membasuh kaki dan

bersalam.

Setiap tetamu dilayan dengan penuh hormat. Selalunya tuan rumah

menghamparkan tikar, menyorong tepak sirih dan menghidangkan makanan

dan minuman.

Apabila bersalam, kanak-kanak hendaklah mencium tangan orang yang lebih

tua.

Apabila makan dan minum , hendaklah mulai dengan membaca `Bismillah'

dan makan dengan penuh sopan dan tertib.

Amalan berderau atau gotong-royong dilakukan untuk mengerjakan sawah,

menuai padi, membina rumah/masjid, kenduri-kendara. Membuat kerja tanpa

upah. Mengamalkan konsep `berat sama dipikul ringan sama dijinjing' dan

`bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'.

Kegiatan masa lapang diisi dengan berbagai kegiatan kesenian dan

permainan seperti tarian, dikir barat, wayang kulit, membuat ukiran dan

anyaman, bermain gasing, wau, sepak raga, congkak, pertandingan silat.

Kesusasteraan rakyat dikembangkan secara lisan, seperti cerita dongeng,

cerita binatang, cerita jenaka dan hikayat-hikayat yang disampaikan oleh Tok

Selampit. Hasil puisi seperti pantun, syair, gurindam dan seloka juga

dihasilkan. Sastera lisan ini menjadi sumber hiburan utama selepas seharian

bekerja keras.

SOALAN 9Apakah perbezaan kegiatan masa lapang golongan bangsawan dengan

rakyat jelata ?

Kegiatan masa lapang golongan bangsawan

Kesenian golongan bangsawan ialah bermain muzik, tarian, dan lakonan.

Alatan muzik golongan bangsawan ialah gendang, rebana, rebab, muri,

dandi, kecapi, kopok, ceracap, serunai dan nafiri. Alatan ini dimainkan

semasa menyambut sesuatu perayaan di istana.

Tarian golongan bangsawan Tarian asyik dan makyong : Terdapat kumpulan

penari khas (biduanda).

Jenis permainan golongan bangsawan ialah sepak raga, catur, dan congkak.

Golongan bangsawan menghabiskan masa lapang dengan mempelajari seni

mempertahankan diri. Ini ada kaitan dengan strategi peperangan untuk

mempertahankan negeri atau meluaskan jajahan takluk.

Golongan bangsawan menghabiskan masa lapang menceburi bidang sastera

bertulis. Dibidang persuratan mereka mengarang buku dan syair Contohnya

Sejarah Melayu olehTun Sri Lanang, dan Kitab Nazam Kanzul Ula oleh Tokku

Paloh

Kegiatan masa lapang rakyat jelata.

Golongan rakyat jelata menghabiskan masa lapang dengan kegiatan

kesenian seperti memahat, mengukir untuk perhiasan rumah, pintu dan

tingkap.Golongan rakyat jelata mencipta kraftangan dan aktiviti perhiasan

seperti tembaga dan perak. Kegiatan masa lapang juga dihabiskan dengan hiburan seperti dikir barat,

boria, dondang sayang, canggung, rodat, dabus, hadrah, kuda kepang,randai, sumazau, ngajat dan gendang Melayu."

Permainan masa lapang pula ialah sepak raga , catur, congkak, gasing, dan

wau.

Golongan rakyat juga menghabiskan masa lapang melalui seni

mempertahankan diri. Aktiviti ini melibatkan cara menggunakan senjata dan

teknik berperang.

Aktiviti kesusasteraan pula ialah sastera lisan yang disampaikan secara lisan.

Contohnya prosa iaitu kisah dongeng, asal usul, cerita binatang, cerita jenaka

dan penglipur lara. Ia sebagai alat untuk hiburan dan diselitkan dengan

pengajaran. Contoh puisi pula ialah bahasa berirama, pantun, syair,

gurindam, seloka, pepatah, petitih, kias dan ibarat. Cerita hikayat pula

disampaikan secara lisan oleh tukang cerita iaitu Tok Selampit.

Selain itu masa lapang juga di habiskan dengan bertukang, seperti membuat

rumah, perahu dan sebagainya.

Golongan wanita pula menjalankan kegiatan menenun kain sutera dan

sarung. Ia dijalankan di Kelantan, Pahang dan Trengganu

SOALAN 10

Huraikan kegiatan ekonomi tradisional masyarakat Melayu di Tanah Melayu

sebelum kedatangan penjajah British?

Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan British itu adalah

seperti membuat kerja biasa seperti mengambil upah memetik kelapa,

menjadi pengayuh perahu, menjadi penyaer atau penyanyi.

Masyarakat Melayu tradisi juga menjalankan kegiatan menanam pelbagai

jenis tanaman, sayuran, padi, buah-buahan dan tebu. Selain itu ada yang

meramu, iaitu mencari hasil hutan untuk dijual. Antaranya seperti menebang

kayu-kayan, rotan, damar nipah, kabung dan gaharu.

Bagi penduduk yang tinggal di tepi sungai dan laut mereka menjalankan

kegiatan menangkap ikan. Hasil tangkapan menjadi bahan tukaran dengan

barangan lain.

Ada juga yang menjalankan kegiatan perdagangan, secara jual-beli atau

secara tukaran barangan.

Bagi pembesar-pembesar Melayu mereka menjalankan kegiatan mengutip

cukai.

Bagi orang Melayu yang mempunyai kemahiran menjalankan kegiatan

melombong bijih timah, perak dan emas. Terutamanya di Bruas, Manjung dan

Jugra.

Kemahiran yang lain ialah melakukan kerja bertukang, sama ada tukang

kayu, logam, membuat perahu atau membuat senjata. Golongan wanita pula

terlibat dalam kemahiran krafttangan seperti menenun kain, songket,

membuat tembikar dan sebagainya.

SOALAN 11 Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan luar kerajaan Melayu Melaka?

Hubungan luar ialah hubungan perdagangan dan persahabatan antara negeri

Melaka dengan negeri-negeri yang setaraf seperti China, Siam, Brunei, Aru,

Pasai dan sebagainya.

Hubungan luar juga wujud dengan negeri-negeri taklukan (jajahan) seperti

Pahang, Kelantan dan sebagainya.

Selain itu hubungan luar juga wujud dengan negeri-negeri naungan seperti

Kedah, Perak dan sebagainya.

SOALAN 12

Huraikan bentuk hubungan luar di zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan

negeri-negeri yang setaraf, negeri-negeri naungan dan negeri-negeri

takluknya.

Bentuk hubungan dengan negeri-negeri setaraf :

Hubungan luar dengan negara setaraf dapat ditinjau dalam hubungan

perdagangan, lawatan, persahabatan, perkahwinan dan penghantaran duta.

Melaka menghantar duta ke negeri-negeri tersebut. Mereka juga menghantar

utusan dengan sambutan yang meriah. Utusan surat-menyurat menggunakan

istilah `salam' (menggambarkan `setaraf').

Menghantar tentera bagi membantu mengatasi masalah dalam negeri

khususnya negeri-negeri di Kepulauan Melayu.

Menghantar ufti. Contohnya Melaka menghantar ufti ke Siam dan China.

Hubungan dengan negeri-negeri negeri-negeri taklukan dan naungan

Negeri taalukan seperti Pahang, Kelang, Kelantan. Negeri naungan seperti

Kedah dan Perak.

Raja dan pembesar negeri taalukan dan naungan dilantik dan diiftiraf oleh

pembesar Melaka.

Dasar luar dan hukuman bunuh dalam negeri taalukan dan naungan

ditentukan oleh Kerajaan Melaka.

Raja dan pembesar negeri naungan dan taalukan dikehendaki mengadap

Sultan Melaka.

Pembesar negeri naungan dan taalukan dikehendaki mengiringi Sultan

Melaka apabila berangkat ke luar negeri.

Hubungan dua hala dilakukan, seperti memberi perlindungan apabila

diserang.

Negeri naungan dan taakukan dikehendaki menghantar ufti sebagai tanda

pengiftirafan terhadap Sultan Melaka. Utusan surat-menyurat dari

negeri-negeri takluk/naungan menggunakan istilah `sembah'.

SOALAN 13 Jelaskan gaya hidup golongan bangsawan

Gaya hidup golongan bangsawan dapat di lihar dalam aspek berikut:

i) Mengamalkan adat istiadat dan protokol. Pertabalan raja diadakan dengan

penuh istiadat. `Pembacaan ciri' iaitu melafazkan ikrar oleh Sultan dan

pembesar, Bersiram tabal pada panca persada, berarak lengkap dengan

iringan alat-alat kebesaran diraja.

ii) Istiadat semasa kemangkatan serta pemakaman raja atau kerabat diraja :

Seorang pengganti raja akan dilantik di hadapan jemaah sebelum al-marhum

dimakamkan.

iii) Istiadat menjunjung duli. Istiadat menyembah raja oleh pembesar negeri

bagi

menunjukkan kedaulatan Sultan dam taat setia mereka kepada Sultan. Istiadat

ini akan diiringi dengan paluan nobat diraja di balairongseri dan bedilan

meriam.

iv) Cara menyambut tetamu dan urusan rasmi. Tetamu akan disambut mengikut

protokol. Peralatan sambutan yang disediakan adalah berdasarkan taraf

utusan yang datang.

v) Cara berpakaian. Pakaian dan perhiasan Raja dan Raja Perempuan

diperbuat daripada emas dan permata. Ketika mengadap raja, pakaian

seseorang itu mestilah tertib dan sopan dengan tanjak, berpancung dan

berkeris di depan.

vi) Bertutur dan penggunaan bahasa.Golongan bangsawan menggunakan

`bahasa dalam', seperti santap dsbnya. Apabila berbahasa dengan Sultan,

istilah `Tuanku' digunakan dan seseorang itu membahasakan dirinya `patik'.

vii) Adat resam. Adat resam golongan bangsawan termasuk adat meletak batu

dan gantung-gantung untuk istiadat perkahwinan, adat melenggang perut,

adat menyambut kelahiran bayi, adat bercukur, adat berjejak bumi, adat

bertindik dan adat berkhatan.

ix) Kegiatan masa lapang. Mengadakan pesta pertunjukan seni, pertandingan

sukan dan permainan serta pertunjukan bunga api secara besar-besaran.

x) Kesusasteraan. Golongan istana melahirkan sastera lisan yang bermutu

tinggi seperti Sejarah Melayu.

 

SOALAN 14

Huraikan ciri-ciri sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional

a. Di Rumah Tok Guru.

b. Di Surau / Pondok

c. Tidak Rasmi.

Jawapan

a. Di Rumah Tok Guru

Sistem pendidikan ini diajar oleh tok guru. Bahan rujukan yang utama ialah

Muqaddam dan al-Quran. Pelajarannya dari rendah hingga tertinggi.

Aspek yang dipelajari membaca dengan lancar mengikut tajwid. Selepas itu

murid akan dikhatamkan. Di peringkat tinggi murid akan belajar pengertian

dan tafsiran ayat Quran.

Murid-murid juga akan diajar fardu ain dan pendidikan akhlak. Ia diajar

selepas waktu zohor atau maghrib. Murid-murid lelaki dan perempuan

diasingkan, pakaiannya menutup aurat.

Tok guru tidak dibayar, jasanya dihargai melalui pemberian padi, makanan

dan pakaian. Manakala murid-murid pula akan menjalankan kerja-kerja

membantu tok guru.

b.Di Surau atau Pondok.

Pendidikan di Surau akan diajarkan kitab bahasa Arab(kitab Melayu). Kitab

dipegang atau diletakan di atas lantai. Setelah dibaca, tok guru akan

menjelaskan pengertiannya, ia dipanggil menadah kitab. Jikalau maknanya

sukar, murid-murid akan menghafal sahaja, tiada peperiksaan.

Manakala pendidikan di pondok pula merupakan sistem pendidikan yang

tertinggi sekali pada abad ke 19. Lulusan pondok akan dilantik menjadi guru

di sekolah itu. Sekolah pondok banyak terdapat di Kelantan , Perak, Kedah,

Seberang Prai, Melaka dan N. Sembilan. Murid-murid akan tinggal di dalam

pondok secara berkongsi. Guru besarnya dipanggil mudir , mereka berasal

dari Patani dan Sumatera. Matapelajaran yang diajar ialah ialah al-Quran

dan Hadis,tafsir, fiqah, saraf dan nahu Arab, tauhid, akhlak, mantiq dan

sejarah Islam. Pelajaran di peringkat tertinggi ialah tasawuf dan wujudiah.

Pendidikan pondok hanya popular dikalangan rakyat biasa sahaja.

c. Pendidikan Tidak Rasmi

Pendidikan tidak rasmi mementingkan penguasaan sesuatu kemahiran atau

kebolehan istimewa menerusi pendengaran, penglihatan, pemerhatian dan

ketekunan seseorang secara tidak langsung.

Kemahiran itu diperolehi daripada ibu bapa menerusi pemerhatian dan

berlatih dengan tekun dalam bidang tertentu seperti pertanian , pertukangan

dan kraftangan.

Pendidikan tidak langsung juga disalurkan secara psikologi pada anak-anak.

Contohnya cerita mitos dan legenda yang menberikan pengajaran kepada

kanak-kanak.

Pendiikan ini juga menitikberatkan soal pantang dan larangan. Contohnya

anak gadis dilarang menyanyi di dapur, takut lambat kahwin dan sebagainya.

BAB3 / TEMA 3 : PERTEMBUNGAN BUDAYA PERIBUMI DENGAN BARAT

SOALAN 1 Bagaimanakah kerajaan Melayu Johor telah diasaskan?

Kerajaan Melayu Johor telah diasaskan setelah Sultan Melaka yang terakhir

iaitu Sultan Mahmud telah berpindah ke Muar, Pahang, Bintan, dan mangkat

di Kampar tahun 1528.

Kemudian puteranya Sultan Alauddin Riaayat Syah II telah mengasaskan

kerajaan Johor di Pekan Tua. Sistem pentadbiran Melaka diteruskan dalam

kesultanan Melayu Johor.

Sultan-sultan Johor masih lagi menguasai tanah jajahan Melaka, dan

mempertahankannya dari serangan Portugis dan Acheh.

Pesanan*** Soalan di atas boleh juga ditanya "Kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada kerajaan Melaka.

Bincangkan"…..jawapannya adalah sama seperti di atas.

SOALAN 2 Usaha-usaha kesultanan Johor untuk mendapatkan kembali Melaka dari tangan

Portugis dari tahun 1513 - 1641.

Antara usaha-usaha yang dijalankan oleh Johor ialah usaha-usaha yang dilakukan oleh Sultan

Mahmud dengan beberapa kali menyerang Melaka dari tahun 1513 hingga 1519, tetapi gagal.

Baginda juga telah diserang oleh Portugis beberapa kali tetapi dapat ditangkis.

Serangan Portugis yang terbesar pada tahun 1526 menyebabkan baginda melarikan diri ke

Kampar, dan mangkat di situ pada tahun 1528.

Perjuangan menawan Melaka diteruskan pula oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II yang

mengasaskan kerajaan Johor. Dengan bantuan dari Perak, Pahang dan Jawa, baginda

melancarkan serangan ke atas Melaka pada tahun 1551. Tetapi gagal.

Pada tahun 1576 dan 1578 Sultan Muzzafar Syah telah berjaya mematahkan serangan Portugis

ke atas Johor.

Pada tahun 1639 perjanjian ditandatangani antara Johor dengan Belanda. Johor bersetuju

untuk untuk membantu Belanda menyerang Pertugis di Malaka. Maka Melaka jatuh ke tangan

belanda pada tahun 1641.

SOALAN 3Bagaimanakah kerajaan Johor memberi saingan kepada Portugis di Melaka?

Kerajaan Johor memberi saingan kepada Portugis di Melaka melalui tiga aspek penting. Aspek

pertama ialah saingan melalui kedudukan pelabuhan Johor yang strategik. Di mana pelabuhan

Johor telah dikunjungi oleh ramai para pedagang berbanding dengan pelabuhan

Melaka(Portugis).

Aspek saingan yang kedua ialah Johor beberapa kali telah menyerang Portugis di Melaka,

tetapi gagal untuk merampas kembali. Malah serangan balas Portugis telah melemahkan

pentadbiran Johor.

Aspek saingan yang ketiga ialah Johor telah membantu Belanda untuk menawan Melaka

daripada Portugis. Akhirnya Belanda berjaya menawan Melaka daripada Portugis pada tahun

1641.

SOALAN 4 Nyatakan faktor-faktor perkembangan kerajaan Johor?

Sebab-sebab perkembangan kerajaan Johor ialah kerana kerajaan Acheh menjadi lemah dan

merosot kerana tidak mempunyai pemimpin yang berkebolehan. Acheh diperintah oleh

Ratu-ratu perempuan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Muda Thani.

Sebab yang kedua ialah tiada ancaman dari Portugis, kerana Belanda telah menawan Melaka

dengan bantuan Johor pada tahun 1641.

Sebab yang ketiga ialah kerana Belanda di Melaka menjalankan dasar persahabatan dengan

Johor. Belanda memberi keistimewaan kepada pembesar Johor untuk berdagang di Melaka. Ini

sebagai balasan kepada Johor yang membantu Belanda mengalahkan Portugis di Melaka.

Selepas tahun 1641 perdagangan di Johor berkembang pesat kerana pelabuhan Johor adalah

strategik. Adanya tempat membaiki kapal dan memunggah barang.

Johor juga mempunyai barang-barang dagangan yang dikehendaki oleh pedagang. Barangan

itu seperti kain, garam, bijih timah, rotan, benang, emas dan sutera.

Johor juga mempunyai pemimpin yang cekap seperti Sultan Abdul Jalil Syah III.

Johor mempunyai pembesar yang handal dan berkebolehan seperti Laksamana Tun Abdul

Jamil.

Dasar Belanda yang menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan barangan sahaja.

Belanda hanya memajukan pelabuhan Betawi(Jakarta) sahaja.

SOALAN 5

Huraikan usaha-usaha Johor untuk mengembalikan keagungan Kesultanan Melayu

Melaka sebelum tahun 1641.

Johor mengambil kesempatan dari kemerosotan Acheh yang diperintah oleh Raja Perempuan

iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah untuk memperkukuhkan kerajaannya.

Johor bekerjasama dengan Belanda untuk mengusir Portugis di Melaka menyebabkan Johor

menjadi bebas, dan berupaya memantapkan negerinya dalam usaha mengembalikan

keagungan Kesultanan Melayu Melaka.

Keistimewaan perdagangan yang diberikan oleh Belanda kepada Johor untuk membalas budi

Johor yang membantu menewaskan Portugis di Melaka memberi peluang kepada Johor untuk

memperkukuhkan angkatan tenteranya.

Johor juga berjaya memperluaskan dan menguasai kawasan bekas taklukan Melaka yang kaya

dengan sumber ekonomi, seperti Kampar, Siak, Inderagiri, Kelang dan Pahang.

Johor menyediakan kemudahan pelabuhan dan perdagangan untuk menyaingi Melaka, seperti

menyediakan barangan keperluan pedagang seperti kain, rotan dan sebagainya. Di samping

pelabuhan yang terlindung dari angin monsun.

Keupayaan Sultan Abdul Jalil yang memerintah Johor mengukuhkan kedudukan Johor untuk

mengembalikan keagungan Kesultanan Melayu Melaka.

Beberapa siri serangan yang dilakukan oleh Johor dengan kerjasama beberapa kawasan bekas

taklukan Melaka seperti Pahang menyebabkan Melaka menjadi lemah dan sekaligus memberi

peluang kepada Johor untuk mengembalikan keagungan Kesultanan Melayu Melaka.

SOALAN 6 Jelaskan corak pentadbiran dan dasar perdagangan yang dilakukan oleh Portugis

semasa berada di Melaka

Corak Pentadbiran Portugis

Portugis memperkenalkan sistem pentadbiran baru bagi mengukuhkan kedudukannya.

Portugis meletakkan pentadbiran Melaka diletakkan di bawah Kapitan yang dikenali sebagai

Gabenor Selatan.

Portugis telah mewujudkan jawatan Ketua Hakim dan KaptenJeneral yang memerintah markas

tentera.

Portugis telah mengekalkan jawatan Bendahara, Temenggung dan Syahbandar. Bendahara

bertanggungjawab kepada pelbagai kaum di Melaka. Temenggung diberi kuasa menjaga

petempatan Melayu, dan Syahbandar menguruskan kapal bukan milik Portugis.

Dasar Perdagangan Portugis

Pertugis telah memaksa kapal dagang supaya singgah dan berdagang di Melaka.

Pertugis mengamalkan dasar diskriminasi ke atas pedagang Islam. Mereka dikenakan cukai

yang tinggi.

Setiap pedagang mesti mendapatkan surat kebenaran sebelum berdagang di pelabuhan

Melaka.

Pegawai-pegawai Portugis pula mengambil rasuah daripada pedagang.

Pedagang sering dipaksa menjual barangan dengan harga yang murah.

Pertugis mengenakan cukai yang tinggi kepada kapal yang melalui Selat Melaka

SOALAN 7 Bincangkan Dasar Perdagangan Belanda di Melaka?

Belanda menjalankan dasar perdagangan dengan memerlukan surat kebenaran sebelum

berdagang. Belanda juga telah memaksa kapal dagang dari Barat singgah di Betawi Belanda telah menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan barang. Belanda juga telah memberikan keistimewaan kepada pedagang Johor.

SOALAN 8 Bandingkan polisi-polisi perdagangan Portugis dan Belanda di Melaka.

Persamaan Polisi Perdagangan

Masing-masing mengamalkan dasar monopoli perdagangan. Melaka dijadikan pelabuhan utama

untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka.

Masing-masing membuat perjanjian perdagangan dengan pemerintah- pemerintah di

Kepulauan Rempah untuk memonopoli perdagangan rempah.

Masing-masing mengenakan cukai yang tinggi, perlu ada surat kebenaran dan memaksa

kapal-kapal dagangan singgah berdagang di Melaka.

Perbezaan Polisi Perdagangan

Portugis mengamalkan dasar anti-Islam dan berusaha menyebarkan agama Keristian dan

menghapuskan Islam. Manakala Belanda lebih bertolakansur dan sanggup bekerja-sama

dengan kerajaan Islam seperti Johor, Perak dan Kedah.

Portugis memonopoli perdagangan rempah, Manakala Belanda mengamalkan monopoli

perdagangan bijih timah di Kedah, Perak dan Selangor.

Portugis menjadikan Melaka sebagai pelabuhan persinggahan kerana kedudukannya yang

strategik di pertengahan jalan perdagangan antara Timur dan Barat. Manakala Belanda

menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan bahan mentah dan tidak mahu Melaka

menyaingi pelabuhan Betawi di Jawa.

SOALAN 9 Apakah sebab British enggan campur tangan di Tanah Melayu sebelum 1874.

British enggan campurtangan kerana dasar kerajaan British pada ketika itu yang enggan

melibatkan diri dalam politik tempatan.

British tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan yang sedang berlaku di Tanah Melayu.

British cuba mengelakkan daripada mengalami beban kewangan.

Britsh cuma memberikan tumpuan utama hanyalah kepada aspek ekonomi dagangan iaitu

kegiatan perdagangan di Negeri Melayu.

SOALAN 10 Tunjukkan bukti-bukti bahawa British sebenarnya telah campur tangan di Tanah

Melayu sebelum 1874. Bukti bahawa British sebenarnya telah campurtangan apabila Francis Light membuat perjanjian

dengan Sultan Kedah untuk menduduki Pulau Pinang pada 1786.

Stamford Raffles pula telah memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya melantik Tengku

Husin sebagai Sultan Johor.

British juga telah menandatangani perjanjian dengan sultan dan Temenggung untuk

mendapatkan Singapura pada tahun 1819.

Pihak British juga telah menandatangani perjanjian dengan Belanda (Perjanjian Inggeris -

Belanda 1824). Kesanperjanjian ini telah membahagikan Tanah Melayu kepada dua pengaruh.

Ini telah memecahkan empayar Johor - Pahang - Riau-Lingga.

Pada tahun 1825 Gabenor Negeri-negeri Selat telah menghantar John Anderson ke Perak dan

Selangor untuk menyelesaikan perselisihan dan masalah sempadan kedua-dua negeri.

British juga telah menandatangani Perjanjian Low dengan Perak apabila Siam menghantar wakil

dan tenteranya ke Perak. Perak telah meminta bantuan British. Menurut Perjanjian Low, Perak

tidak akan membuat hubungan dengan Siam dan Selangor tanpa kebenaran Inggeris. Perak

tidak akan hantar bunga emas kepada Siam. Perak menyerahkan Dinding dan Pulau Pangkor.

British juga telah memasukkan Naning ke dalam wilayah Melaka. British mendakwa bahawa

Naning adalah sebahagian daripada Melaka. Ini telah ditolak oleh Penghulu Dol Said. British

menghantar tentera menakluki Naning.

British juga telah membedil Kuala Terengganu pada 1862 apabila Sultan Omar enggan

menyerahkan Sultan Mahmud III kepada British.

SOALAN 11 Jelaskan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh KerajaanBritish untuk melaksanakan

dasar Pengagihan Kuasa Pusat(Desentralisasi) di Tanah Melayu.

JOHN ANDERSON

John Anderson telah mewujudkan Majlis Mesyuarat Persekutuan untuk menentukan

pembahagian kuasa perundangan dan pentadbiran negeri dengan kerajaan pusat. Draf anggaran hasil dan perbelanjaan setiap negeri akan dipertimbangkan oleh Majlis

Mesyuarat Negeri, tetapi hendaklah dimaklumkan kepada Majlis Mesyuarat Negeri. Perkara

yang berkaitan dengan agama Islam, masjid, penghulu dan pencen akan diuruskan oleh Majlis

Mesyuarat Negeri.

GUILLEMARD

Raja-raja tidak lagi menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Tempat raja diganti oleh 3 orang

pegawai British dan 3 orang Melayu Durbar dipulihkan semula. Rang undang-undang perlu disahkan oleh raja.

CLEMENTI SMITH

Ketua Setiausaha Persekutuan digantikan dengan Setiausaha Persekutuan.

Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa yang lebih luas dalam pentadbiran dan kewangan.

Jabatan-jabatan seperti pertanian, pendidikan, kesihatan dan kerja raya diletakkan di bawah

kuasa kerajaan negeri.

Jabatan Polis, kastam, tentera, kewangan dan Jabatan perhubungan diletakkan di bawah kuasa

kerajaan pusat.

SOALAN 12

Pengambilan Pulau Pinang Dan Seberang Prai Oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris 1791

dan 1800.

Sultan Kedah, iaitu Sultan Abdullah telah membuat perjanjian dengan membenarkan Syarikat

Hindia Timur Inggeris menduduki Pulau Pinang, dengan syarat Syarikat hendaklah mengawal

negeri Kedah daripada ancaman musuh seperti Siam.

Sultan Kedah juga bersetuju untuk melepaskan monopoli ke atas candu, bijih timah dan rotan.

Inggeris pula bersetuju memberi pampasan sebanyak $30,000.00 wang Sepanyol setiap tahun.

Manakala wakil Inggeris iaitu Francis Light tidak menghiraukan perjanjian ketenteraan dan

pampasan tersebut. Sultan Kedah merasa baginda dipermainkan, lalu membuat rancangan

untuk mengambil semula Pulau Pinang daripada Inggeris.

Baginda bersiap sedia untuk menyerang Pulau Pinang, tetapi Light terlebih dahulu yang

menyerang dan mengalahkan angkatan baginda di Seberang Prai.

Sultan Kedah terpaksa menandatangani perjanjian pada tahun 1791. Baginda mengakui

kedudukan SHTI di Pulau Pinang. Sultan Abdullah pula dibayar pampasan elaun tahunan

$6000.00 wang Sepanyol.

Pulau Pinag semakin maju, penduduknya semakin ramai dengan kedatangan orang-orang

China. Maka makanan semakin diperlukan. Pada tahun 1800 Inggeris sekali memaksa Sultan

Kedah menyerahkan Seberang Prai . Baginda diberi pampasan sebanyak $4000.00 setahun.

SOALAN 13

Mengapakah Sultan Abdullah (Kedah) sanggup menyerahkan Pulau Pinang kepada

Inggeris pada Ogos 1785?

Sultan Abdullah sanggup menyerahkan Pulau Pinang kepada Light dengan syarat Inggeris

hendaklah mengawal kawasan perairan Kedah. Musuh Kedah hendaklah dianggap sebagai

musuh Inggeris juga.

Kos peperangan melawan musuh adalah di bawah tanggungan Inggeris. Manakala pedagang

yang datang dengan perahu,kapal dan jong bebas menentukan tempat perdagangan, sama

ada di Pulau Pinang atau di Kedah.

Sultan pula sanggup melepaskan monopoli ke atas candu, bijih timah dan rotan, baginda akan

diberi pampasan sebanyak $ 30 000.00 wang sepanyol setahun.

Sekiranya serangan musuh dari darat, Inggeris hendaklah menghantar bantuan tentera,

senjata dan peluru. Kos peperangan akan ditanggung oleh Kedah.

Berdasarkan syarat-syarat inilah Sultan Abdullah sanggup menyerahkan Pulau Pinang kepada

Francis Light.

SOALAN 14 Usaha-usaha James Brooke Untuk mendapatkan Sarawak daripada Sultan Brunei.

Setelah berjaya membantu Raja Muda Hashim mengalahkan pemberotak, James Brooke dilantik

sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841. Akhirnya Sultan Brunei cuba menyekat pengaruh

Brooke, tetapi Brooke telah menyerang Brunei. Pada tahun 1846 James Brooke diistiharkan

sebagai pemerintah Sarawak yang bebas.

Untuk mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke telah melancarkan serangan ke atas

petempatan pribumi. Contohnya ke atas Mukah dan Sarikei.

Antara tahun 1853 hingga 1861 Sultan Brunei terpaksa menyerahkan kawasan Sungai Sadong,

Saribas, Rajang, Lingga, Samarahan, Krian dan Skrang kepada James Brooke. Pada tahun

1890 pentadbiran Brooke telah mengasingkan kawasan Limbang daripada pemerintahan

Brunei.

SOALAN 15Bincangkan sejarah kejatuhan Sabah kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara?

Pada tahun 1865 beberapa kawasan Pantai Barat Sabah telah ditadbir oleh C.L. Moses (wakil

Amerika Syarikat). Beliau mendapat konsesi tersebut daripada Sultan Brunei.

Kemudiannya C.L. Moses menyerahkannya kepada The American Trading Company yang

diketuai oleh William Torrey.

Akhirnya William Torrey menjual Pantai Barai Sabah kepada Baron Von Overbeck dan Alfred

Dent. Apabila tempoh konsesi itu tamat Overbeck dan Dent telah memperbaharui perjanjian itu

dengan Sultan Brunei. Mereka juga mebuat perjanjian dengan Sultan Sulu di Jolo. Sultan Sulu

bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada Overbeck dan Dent.

Pihak British ingin menubuhkan syarikat di Sabah. Oleh kerana Overbeck bukan rakyat British

maka beliau terpaksa menarik diri daripada syarikat tersebut.

Kemudian Dent memohon piagam daripada kerajaan british. Akhirnya British meluluskan

Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1881 untuk mentadbir Sabah. Maka bermulalah

pengaruh dan penguasaan british ke atas Sabah.

SOALAN 16Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Stanford Raffles untuk mendapatkan

Pulau Singapura pada tahun 1819?

Setelah Raffles diarahkan oleh gavenor jeneral di India iaitu Warren Hasting untuk mencari

pelabuhan yang baru di kepulauan Melayu, menyebabkan Raffles telah memujuk Temenggung

Johor iaitu Temenggung Ab.Rahman melantik Tengku Hussin sebagai sultan Johor. Tengku

Hussin sebelum ini telah diketepikan sebagai pemerintah Johor.

Maka satu perjanjian sementara ditandatangani antara Raffles, Temenggung dan Tengku

Hussin. Antara syarat-syarat perjanjian itu ialah Inggeris akan melindungi Temenggung,

Inggeris akan memberi bayaran tahunan sebanyak $ 3,000.00 Sepanyol kepada Temenggung,

dan Inggeris akan dibenarkan membina loji di Singapura.

Kemudian pada Februari 1819 perjanjian rasmi telah ditandatangani. Antara syarat-syarat

perjanjian itu ialah menerima syarat-syarat perjanjian pertama, Sultan, Temenggung dan

penggantinya berjani tidak akan membuat perjanjian dengan kuasa Eropah yang lain,

termasuklah Amerika Syarikat, kuasa-kuasa lain juga tidak boleh membina loji atau menjadi

penasihat dalam pentadbiran Johor selagi Inggeris berada di Singapura.

SOALAN 17Huraikan Kesan-kesan perjanjian Inggeris - Belanda 1824?

Apabila perjanjian ini termeterai wujudlah kesan-kesan seperti Belanda akan menyerahkan

Melaka kepada Inggeris, manakala Inggeris pula akan menyerahkan Bengkulen(Bangkahulu)

kepada Belanda.

Kesannya juga dapat dilihat apabila Belanda telah mengiktiraf Singapura sebagai pelabuhan

Inggeris. Manakala Inggeris pula tidak akan menceroboh kawasan di selatan Singapura yang

berada di bawah pengaruh Belanda dan Sumetra.

Melalui perjanjian ini Belanda tidak akan menbuat sebarang perjanjian dengan negeri-negeri di

Semenanjung Tanah Melayu .

Dengan perjanjian ini maka berlakulah pemecahan empayar Johor-Pahang-Riau-Lingga.

Secara langsung Inggeris memiliki 3 buah pelabuhan di Tanah Melayu, seperti P. Pinang,

Singapura dan Melaka.

Kesan jangka panjang ialah wujudnya 2 buah negara berkekalan hingga kini iaitu Malaysia dan

Indonesia.

SOALAN 1 Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk?

Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup

berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup

secara berasingan dan tidak bersatu padu,dan mempunyai budaya yang tersendiri.

Bagaimanakah keadaan ini wujud di negara kita?

Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu telah menyediakan peluang

pekerjaan.

Kerajaan British membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan buruh

secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh.

Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan imigran misalnya merlalui Sistem

Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh.

Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah Melayu memerlukan

penggunaan tenaga buruh yang ramai.Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran.

SOALAN 2Apakah kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah

Melayu.

Kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India menyukarkan proses

perpaduan kaum kerana mereka telah membentuk organisasi sosial dan budaya

masing-masing.

Kesan yang kedua akibat kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India ialah telah

membawa kepada pertambahan penduduk di Tanah Melayu.

Kesan yang ketiga ialah kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum bukan Melayu yang

menjadi pusat perkembangan ekonomi moden.

Kesan yang keempat ialah kemasukan imigran menyebabkan perkembangan getah dan bijih

timah semakin pesat. Kesan yang kelima ialah menyumbangkan tenaga buruh dalam

pembinaan jalan raya dan jalan keretapi.

Kesan yang keenam ialah pengenalan sistem pendidikan vernakular dengan sukatan pelajaran

dan bahasa pengantar yang berbeza.

Kesan yang terakhir ialah pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi mewujudkan

pengasingan kaum.

SOALAN 3Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi perdagangan?

Ekonomi perdagangan bermaksud pelaksanaan ekonomi yang menghasilkan barangan untuk

dijual dan dieksport. Wang yang diperolehi akan digunakan untuk membeli barang-barang

keperluan lain.

Apakah kesan akibat perkembangan ekonomi perdagangan di Tanah Melayu?

Kesan Perkembangan ekonomi perdagangan ialah pertambahan penduduk kesan daripada

penghijrahan kaum asing dari India dan China.

Kesan yang kedua ialah wujud masyarakat majmuk yang mengamalkan kegiatan ekonomi,

kebudayaan dan agama masing-masing.

Kesan yang ketiga ialah pembinaan petempatan dan bandar baru seperti Kuala Lumpur, Ipoh,

Teluk Anson, Taiping dan lain-lain.

Kesan yang keempat ialah taraf hidup penduduk tempatan meningkat dengan adanya pelbagai

aktiviti ekonomi.

Kesan yang kelima ialah sistem pengangkutan dan perhubungan berkembang. Ini memudahkan

penghantaran barang-barang eksport ke pelabuhan.

Kesan yang terakhir ialah perkembangan perindustrian tempatan berdasarkan bahan mentah

bermula di Tanah Melayu.

SOALAN 4Nyatakan kesan-kesan kegiatan ekonomi moden terhadap orang Melayu.

Kesan ekonomi moden terhadap orang Melayu ialah orang Melayu mula dipengaruhi oleh arus

pembangunan ekonomi antarabangsa. Pengenalan ekonomi wang oleh Britain menjadikan

wang satu keperluan kepada golongan petani. Akibatnya mereka mula menanam tanaman

jualan.

Kesan yang kedua ialah petani Melayu terpaksa menghadapi pelbagai masalah.

Kemajuan ekonomi yang tidak sama rata, kemudahan asas hanya terdapat di bandar.

Peningkatan kadar hutang di kalangan petani. Di luar bandar tidak terdapat institusi kewangan,

mereka meminjam wang daripada orang tengah.

Para petani terpaksa menjual tanah mereka untuk menjelaskan pinjaman. Ini menyebabkan

mereka mula kehilangan tanah tradisional mereka, dan hidup dalam kemiskinan.

SOALAN 5

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi proses perbandaran di Tanah Melayu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi proses perbandaran di Tanah Melayu ialah perkembangan

perusahaan perlombongan telah menyebabkan kemunculan bandar baru seperti Taiping dan

Miri.

Faktor yang kedua ialah perkembangan pertanian dagangan seperti getah dan lada hitam.

Contohnya Seremban dan Kuching. Faktor yang ketiga ialah kemajuan sistem perhubungan

seperti jalanraya dan jalan keretapi. Contohnya Kuala Lumpur dan Gemas.

Faktor yang keempat ialah keperluan kepada pusat perdagangan,kewangan dan pentadbiran

sejajar dengan perkembangan ekonomi moden. Contohnya Kuala Lumpur, dan Johor Bharu.

Faktor yang kelima ialah peluang pekerjaan yang wujud di bandar menyebabkan penghijrahan

penduduk berlaku, contohnya pendatang Cina dan India. Bandar itu seperti Kuala Lumpur dan

Ipoh.

SOALAN 6

Huraikan faktor yang membantu pertumbuhan bandar baru di Malaysia.

Faktor yang membantu pertumbuhan bandar baru di Malaysia ialah perkembangan sektor

perlombongan, dan penghijrahan buruh Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu. Contohnya

bandar Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban).

Faktor perkembangan pertanian dagangan, industri getah serta tanaman gambir, lada hitam

dan nanas juga turut membantu pertumbuhan bandar Pontian, Pekan Nanas di Johor dan

Kuching di Sarawak.

Penemuan petrolium di Sarawak menjadikan Miri muncul sebagai bandar baru akibat

pertumbuhan penduduk.

Bandar baru juga muncul akibat dihubungkan dengan sistem perhubungan baru seperti

jalanraya, keretapi dan sebagainya. Contohnya Kuala Lumpur dan Gemas.

Bandar baru juga muncul akibat peningkatan bilangan penduduk. Peningkatan itu adalah akibat

proses imigrasi luar bandar ke bandar, dan kemasukan pendatang dari Cina dan India. Menurut

banci terdapat 92 buah bandar (1911) dan menjadi 176 buah bandar(1931).

Pertumbuhan bandar baru berlaku akibat peningkatan fungsi bandar sebagai pusat

pentadbiran, politik, kewangan, perdagangan dan perusahaan serta pusat perdagangan

antarabangsa.

Bandar baru juga muncul untuk memenuhi dan menyelaraskan keperluan ekonomi dan

keperluan daerah seperti cawangan baru pejabat pentadbiran di Pejabat Jajahan seperti

Tapah, Jesselton dan Kuala Kubu Bharu.

SOALAN 7 Dengan berdasarkan contoh-contoh, jelaskan kesan-kesan daripada perkembangan

bandar-bandar baru di Malaysia.

Kesan Positif Akibat Perkembangan Bandar Baru

Kesan akibat perkembangan bandar baru ialah mendorong terbinanya sistem pengangkutan

moden yang lebih baik.

Ia juga melahirkan kemudahan persekolahan. Contohnya sekolah terawal di Malaysia ialah

Penang Free School (1825).

Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar kerana terdapatnya

kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan sebagainya. Kemudahan

hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar-bandar perlombongan. Contohnya di Taiping

(1878), Kuala Lumpur, Batu Gajah, Gopeng, Kuala Kangsar dan Kelang.

Kesan positif yang lain ialah keadaan perumahan di bandar lebih terancang dengan adanya

kemudahan asas yang lengkap.

Kesan Negatif Akibat Perkembangan Bandar Baru.

Kesan yang negatif ialah bandar tradisional (asal) bumiputera yang jauh dari sistem

pengangkutan serta pusat perlombongan dan ladang getah terbengkalai. Contohnya bandar

Kuala Terengganu, Kuala Selangor dan Johor Lama. Perkembangannya tidak setanding

dengan bandar yang baru muncul.]\

Kesan negatif yang lain ialah bandar lama hilang kepentingan dan tidak berkembang setelah

pengeluaran bijih timah berkurangan. Contohnya Tumpat (Kelantan), Port Weld (Kuala

Sepetang) dan Kuala Kangsar (Perak). Kesan negatif yang lain ialah berlakunya imigrasi (penghijrahan) penduduk luar bandar yang

menyebabkan kurang tenaga manusia di luar bandar , dan golongan ini menjadi golongan

miskin di bandar. Kesan negatif yang lain ialah mewujudkan kemakmuran/kemajuan yang tidak seimbang di antara bandar dan luar bandar. Contohnya dalam bidang pelajaran, kesihatan dan kemudahanawam yang lain.

Kesan negatif yang lain proses perbandaran membentuk masyarakat majmuk yang kompleks

berasaskan kegiatan ekonomi dan pola tempat tinggal di Malaysia yang berbeza hingga kini.

Contohnya orang Melayu di kampung, orang China di bandar dan orang India di ladang-ladang.

SOALAN 8Kerajaan British membiarkan orang Melayu terus kekal dalam sektor ekonomi

tradisional. Berikan sebab-sebab orang Melayu dikekalkan dalam ekonomi tradisional

?

British membiarkan orang Melayu dalam sistem ekonomi tradisional untuk mengelakkan

wujudnya saingan atau ancaman terhadap ekonomi dan politik British.

Kerajaan Inggeris khuatir penglibatan orang Melayu dalam perladangan getah akan

menyebabkan pengeluaran berlebihan dan kejatuhan harga. Mereka tidak mahu orang Melayu

bersaing dengannya.

British juga ingin mengekalkan orang Melayu sebagai pembekal makanan, ini dapat

menjimatkan mengimport beras dari luar.

Pihak Inggeris juga tidak mahu melibatkan orang dalam kegiatan ekonomi moden yang

terdedah kepada turun naik harga. Ini mungkin akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di

kalangan orang Melayu yang boleh menggugat kedudukan Inggeris.

Pihak Inggeris juga ingin mengelakkan perpaduan dan pakatan rakyat daripada menentang

penjajah melalui strategi atau dasar `pecah dan perintah'.

SOALAN 9 Kenapakah Inggeris mewujudkan Akta Tanah Simpanan Melayu (1913) ?

Pihak Inggeris memperkenalkan Akta Tanah tersebut untuk mengekalkan hak milik tanah orang

Melayu. Perkembangan industri getah menyebabkan pengusaha ladang membeli banyak tanah

orang Melayu.

Pihak British juga bimbang survival orang Melayu akan terancam dan bangun menentang

penjajah.

Akta Tanah Simpanan Melayu (1913) telah menentapkan bahawa Tanah Simpanan Melayu

tidak boleh dijual, dipajak gadai atau dipindah milik kepada orang bukan Melayu.

Pihak Inggeris memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu juga untuk mengekalkan orang

Melayu dalam sektor ekonomi tradisional selaras dengan dasar `pecah dan perintah' iaitu

memastikan tidak wujud perpaduan kaum.

Akta Tanah itu juga bertujuan untuk mengekalkan orang Melayu dalam sektor pertanian padi

bagi menampung keperluan penduduk asing yang terlibat dalam bijih timah dan getah di Tanah

Melayu.

Akta tanah itu juga untuk menjamin kebajikan dan kepentingan orang Melayu, di mana di bawah

sistem Torrens, pelabur asing diberi kebebasan membeli tanah daripada orang Melayu

menyebabkan ramai kehilangan tanah dan tempat tinggal.

SOALAN 10

Apakah syarat-syarat yang terkandung dalam Akta Tanah Simpanan Melayu (1913) ?

Nyatakan juga kesan dari syarat-syarat tersebut.

Syarat-syarat yang terkandung dalam Akta Tanah Simpanan Melayu 1913 ialah Residen

Inggeris berkuasa mengistiharkan mana-mana tanah sebagai hak orang Melayu.

Dalam syarat itu juga tanah tersebut tidak boleh dijual, dipajak digadai atau dipindahmilik

kepada orang bukan Melayu.

Syarat yang ketiga ialah menetapkan jenis tanaman seperti padi dan kelapa sahaja yang boleh

ditanam. Getah tidak dibenarkan di tanah ditanah tersebut.

Manakala kesan daripada Akta tersebut ialah nilai komersial atau harga Tanah Simpanan

Melayu menurun.

Kesan yang kedua ialah orang Melayu terpaksa mencari tanah baru untuk tanaman getah.

Syarat yang keempat ialah mewujudkan perlanggaran syarat di kalangan orang Melayu untuk

menanam getah di Tanah Simpanan Melayu.

SOALAN 11 Nyatakan kepentingan bank di Tanah Melayu pada peringkat awal.

Bank berkepentingan sebagai badan permodalan dan pelaburan yang memberi kemudahan

pinjaman kepada individu dan swasta membuka lombong dan ladang getah.

Bank juga berperanan sebagai saluran pemindahan modal dari luar ke dalam negeri.

Kepentingan bank juga ialah sebagai saluran pembayaran (dana) dari pihak

pengimport(pembeli) kepada pihak pengeksport (penjual) bahan mentah di pasaran

antarabangsa.

Huraikan perkembangan bank di Malaysia.

Bank terawal di Malaysia terdiri daripada cawangan bank yang beribu pejabat di Eropah.

Cawangannya ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat, kemudian di negeri-negeri lain.

Bank pertama di negeri-negeri Melayu ialah Cawangan Mercentile Bank (Pulau Pinang) pada

tahun 1875. Kemudian diikuti oleh Chartered Bank (Pulau Pinang). Chartered Bank (Ipoh,

Kelang, Seremban, Melaka, Sabah dan Sarawak). Bank mula berkembang dengan cara melantik comprador iaitu tokoh yang berpengaruh di dalam masyarakat untuk menjadi orang tengah, memberi perakuan dan jaminan terhadap pinjaman wang dari bank berkenaan. Segolongan saudagar dan pelombong Cina yang kaya juga telah menubuhkan bank tempatan. Bank tempatan yang pertama di Malaysia ialah Kwong Lee Bank (1905) di Sarawak. Bank tempatan yang pertama di Tanah Melayu ialah Kwong Yik Bank (1913) di Kuala Lumpur. Bank pertama yang ditubuhkan oleh orang Melayu ialah Malay National Bank Corperation Berhad di Kuala Lumpur. Cawangannya di Temerloh dan Rembau. Bank ini tidak memberi perkhidmatan kepada sektor pertanian tradisional di kalangan

bumiputera di luar bandar.

SOALAN 12 Jelaskan kepentingan syarikat insurance pada peringkat awal di Tanah Melayu.

Kepentingan syarikat insurance ialah untuk mengelakkan kerugian akibat daripada

kemalangan, kebakaran dan kecelakaan pengangkutan perkapalan dengan memberi bayaran

gantirugi daripada insurance yang dibeli. Kemunculnya didorong oleh kemajuan perladangan

dan perlombongan bijih timah. Pada awalnya ia diperlukan oleh pedagang pemilik kapal,

lombong dan ladang getah.

Huraikan perkembangan perkhidmatan insurance di Malaysia.

Syarikat insurance yang terawal di Malaysia terdiri daripada perwakilan yang beribu pejabat di

luar negeri. Syarikat insurance yang terawal ialah Boustead and Company ( 1860) di Pulau

Pinang yang mewakili Royal Insurance Company di London.

Pada akhir abad 19, terdapat syarikat insurance tempatan seperti Straits Insurance Company

Limited di Singapura, dan Khean Guan Insurance Limited di Pulau Pinang.

Semua syarikat insurance ini hanya melindungi kebakaran dan kemalangan di dalam

perdagangan dan perkapalan (insurance nyawa belum ada).

Pada tahun 1917 kerajaan Inggeris mengadakan undang-undang yang mengasingkan

insurance kebakaran dengan insurance nyawa.

Undang-undang ini telah digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurance kebakaran dan

Ordinan Syarikat Insurance Nyawa pada tahun1948.

SOALAN 13

Jelaskan keadaan kesihatan dan perkembangan hospital serta pusat kesihatan lain

yang telah diusahakan oleh pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu semasa

penjajahannya.

Keadaan kesihatan di kawasan bandar dan luar bandar terdapat banyak wabak penyakit,

seperti malaria, taun, desentri, beri-beri, batuk kering dan demam campak.

Penyakit ini mudah merebak kerana keadaan tempat kerja dan tempat tinggal kotor.

Pihak British berusaha mengawal wabak dengan mendirikan hospital dan pusat perubatan kecil

di bandar dan luar bandar.

Pusat Kesihatan yang awal dibina di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Hospital pertama dibina

di Taiping (1878) dan di Kuala Lumpur.

Kemudian pusat-pusat kesihatan dibina di Tanjong Malim, Batu Gajah, Gopeng, Krian dan

Kuala Kangsar pada tahun1884.

Sehingga tahun 1896 terdapat 15 pusat kesihatan di Perak, 14 di Selangor, 3 di Negeri

Sembilan dan 2 di Pahang.

British juga menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan pada tahun1901 yang

bertanggungjawab mengkaji punca penyakit dan langkah pencegahannya.

Pada tahun 1890 ditubuhkan Sanitary Board yang bertanggungjawab ke atas kesihatan dan

kebersihan awam di Kuala Lumpur, Kuala Kubu dan Kelang.

Pada tahun 1911 Jabatan Kesihatan telah mengambilalih tanggungjawab Sanitary Board.

SOALAN 14Pentadbiran British telah menubuhkan beberapa lembaga dan jabatan untuk

mengawal kesihatan awam. Huraikan perkembangan dan fungsi Sanitary Board.

Perkembangan

Pihak Inggeris telah menubuhkan Lembaga Kesihatan yang dikenali Sanitary Board yang

bertanggungjawab ke atas kesihatan dan kebersihan awam di Selangor, iaitu di Kuala lumpur,

Kuala Kubu dan Kelang.Ahli lembaga Sanitary Board terdiri daripada wakil orang Melayu, Cina dan India.Pengurusan lembaga ini dibiayai daripada cukai yang dikenakan ke atas penduduk.

Fungsi `Sanitary Board'

Sanitary Board berfungsi untuk menjaga kebersihan di bandar yang meliputi jalanraya, bekalan

air, pengawalan pasar, rumah penyembelihan, rumah mandi awam dan pengutipan sampah

serta najis.Sanitary board juga berfungsi untuk menjalankan tugas pengawalan lampu bandar, penafsiran dan pengutipan cukai, pemberian lesen dan pengawalan kenderaan bermotor. Mottonya ialah perkhidmatan `Bandar Bersih'.

Keejayaan lembaga ini di Selangor mendorong penubuhan lembaga yang sama di beberapa

buah bandar di Perak.

Tugas lembaga ini kemudian diambilalih oleh Jabatan Kesihatan yang bertaggungng jawab

menjaga kesihatan di kawasan bandar dan luar bandar.

Walau bagaimanapun, Sanitary Board masih meneruskan fungsinya menjaga kebersihan dan

memberi perkhidmatan lain di bandar sehingga Perang Dunia Kedua.

SOALAN 1

Dalam proses pembinaan bangsa dan negara, terdapat empat konsep negara , bangsa,

kerajaan dan perlembagaan. Berdasarkan kenyataan itu huraikan maksud

keempat-empat konsep tersebut.

Negara

Negara ialah satu wilayah yang didiami oleh sesuatu bangsa. Ia mempunyai pemerintahan yang

berkesan, dan mempunyai sempadan tertentu.

Bangsa

Bangsa ialah kumpulan manusia yang menetap disesuatu kawasan, ia mempunyai kebudayaan

dan sistem politik sendiri.

Kerajaan

Kerajaan ialah badan yang mentadbir sesebuah negara yang terdiri daripada Badan

Perundangan,Badan Kehakiman dan Badan Pelaksana.

Perlembagaan

Perlembagaan ialah suatu peraturan yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian

kuasa dan cara perlaksanaan kuasa tersebut.

SOALAN 2

Nyatakan dengan jelas kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu1948 ialah:

Kedaulatan Raja Melayu dipulihkan.

Tanah Melayu dikeluarkan daripada taraf tanah jajahan.

Kerajaan British telah mengiktiraf hak istimewa orang Melayu.

Kerajaan British bertanggungjawab atau menjaga soal pertahanan dan hal ehwal luar Tanah

Melayu. Prinsip kerakyatan secara jus soli kepada bukan Melayu digugurkan.

Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Kerja Persekutuan ditubuhkan di Tanah Melayu.

Di peringkat negeri diwujudkan perlembagaan negeri masing-masing.

Raja Melayu diiktiraf sebagai Ketua Negeri dalam sistem Raja Berperlembagaan.

Di setiap negeri diwujudkan jawatan Menteri Besar.

SOALAN 3 Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?

Perlembagaan ialah kumpulan peraturan atau undang-undang utama sama ada bertulis atau

tidak bertulis. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir.

Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya.

Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemeritahan negara. Ia

merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.

SOALAN 4

Pada pendapat anda bagaimanakah perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial

di Malaysia?

Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial di Malaysia melalui pengurangan jurang

perbezaan ekonomi dan struktur antara wilayah.

Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial apabila ia dapat mewujudkan pengagihan

yang saksama dari segi pembangunan negara keseluruhannya.

Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial apabila dapat menjamin kebebasan asasi

manusia berdasarkan hak yang ditentukan meliputi kebebasan diri, bercakap, berhimpun dan

menubuhkan persatuan, beragama, bebas daripada menjadi hamba abdi dan melakukan kerja

paksa, perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakang dan

perbicaraan yang berulang, hak terhadap harta dan hak mengenai pelajaran.

Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial apabila ia dapat menentukan pembahagian

kuasa antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Peruntukan kuasa itu yang meliputi

perkara untuk kepentingan bersama.

SOALAN 5

Sejauh manakah konsep keluhuran perlembagaan dilaksanakan di Malaysia?

Konsep keluhuran perlembagaan dapat dilaksanakan di Malaysia apabila semua

undang-undang yang diluluskan mestilah tidak bercanggah dengan perlembagaan.

Konsep keluhuran perlembagaan dapat dilaksanakan juga apabila undang-undang atau

enakmen negeri mesti selaras dengan perlembagaan.

Konsep keluhuran perlembagaan dapat dilakasanakan apabila Badan Kehakiman

dipertanggungjawabkan menjaga peruntukkan perlembagaan tidak dicabar.

Konsep keluhuran perlembagaan dapat dilaksanakan apabila perlembagaan menentukan

kedudukan Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.

Konsep keluhuran perlembagaan dapat dilaksanakan apabila kedudukan perlembagaan adalah

lebih tinggi dan mengatasi kekuasaan Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan

Mahkamah.

Konsep keluhuran perlembagaan dapat dilaksanakan apabila perlembagaan mengandungi

perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan, seperti agama Islam sebagai agama

Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak,

kedudukan bahasa Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu tidak boleh dicabar oleh bukan

Melayu.

SOALAN 6

Apakah kepentingan perlembagaan kepada negara kita?

Kepentingan perlembagaan kepada negara kita ialah untuk menjamin kesinambungan

pentadbiran dan kestabilan politik.

Kepentingan perlembagaan juga dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa

untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil.

Kepentingan perlembagaan seterusnya dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.

Perlembagaan dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan

diri,kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama.

Kepentingan perlembagaan apabila ia dapat menentukan batasan untuk menjaga keselamatan,

kemakmuran rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.

Kepentingan perlembagaan juga dapat memupuk unsur taat setia kepada negara. Seseorang

itu akan dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan Malaysia mendapati dia tidak setia atau telah

memperolehi kerakyatan negara lain.

Kepentingan perlembagaan juga apabila dapat memastikan wujudnya keadilan sosial antara

kaum, hak kebebasan asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan

dan pergaduhan antara kaum. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan (1970), yang

menghadkan kebebasan bercakap bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Kepentingan perlembagaan juga supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di

Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam

Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.

Perlembagaan juga penting untuk mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi

proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat.

Perlembagaan juga menjadi penting sebagai panduan pemerintahan kerajaan negeri.

SOALAN 7 Andaikan diri anda hidup pada zaman itu, mengapakah anda menyokong

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Saya menyokong Perlembagaan PTM kerana ia dihasilkan melalui rundingan dan penglibatan

pemimpin-pemimpin tempatan.

Saya juga menyokong Perlembagaan PTM kerana Perlembagaan PTM berjaya menjamin

hak-hak istimewa orang-orang Melayu.

Selain itu Perlembagaan PTM telah menjamin kuasa dan kedudukan Sultan dikembalikan

seperti sediakala. Kemuliaan Sultan tidak terjejas.

Saya menyokong Perlembagan PTM kerana ia berjaya mempertahankan hak pertuanan dan

kuasa politik orang-orang Melayu.

Saya menyokong Perlembagaan PTM kerana kerakyatan Jus Soli telah diperketatkan. Antara

syarat itu ialah penduduk bukan Melayu mesti tinggal di PTM tidak kurang daripada 10 tahun.

Kedua-dua ibubapanya adalah warganegara PTM. Mereka hendaklah mengaku taat setia

terhadap Tanah Melayu dan menganggap negara ini sebagai tanah tempat tumpah darahnya.

Mereka juga mestilah boleh bertutur sama ada dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu.

SOALAN 8

Apakah tujuan pihak British menganjurkan Pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau

Pinang, Kuala Lumpur dan Johor dan Johor Baharu?

Tujuan British mengadakan ketiga-tiga pilihanraya di atas ialah sebagai strategi memenagi

fikiran rakyat untuk memerangi komunis di Tanah Melayu.

Tujuan pilihanraya itu juga untuk menggalakkan perkembangan parti-parti politik berhaluan

kanan untuk melawan ancaman Parti Komunis Malaya. Selain itu pilihanraya itu dapat memastikan proses peralihan kuasa dapat dilakukan melalui

saluran perlembagaan secara beransur-ansur. Pilihanraya itu dapat mendedahkan penduduk tempatan kepada proses pemerintahan

demokrasi, seperti pembuangan undi, pilihanraya dan lain-lain.

SOALAN 9 Apakah perkara-perkara yang ingin diperjuangkan oleh ahli-ahli 41 buah Persatuan

Melayu pada tahun 1946 di Kelab Sultan Sulaiman.

Perkara-perkara yang ingin diperjuangkan ialah untuk mempertahankan kemuliaan dan

kedaulatan raja-raja Melayu. Perkara yang kedua ialah untuk melindungi hak-hak istimewa orang-orang Melayu.Perkara yang ketiga ialah untuk memansuhkan Perlembagaan Malayan Union yang memberi kesan buruk ke atas masa depan politik orang-orang Melayu.

Perkara yang keempat ialah untuk menubuhkan satu pertubuhan kebangsaan Melayu yang

dapat menyatupadukan orang-orang Melayu menentang Malayan Union. Pertubuhan itu ialah

UMNO. Perkara yang terakhir ialah untuk menghalang pemberian kerakyatan "jus soli" kepada

orang-orang bukan Melayu.

SOALAN 10 Apakah tindakan-tindakan yang sewajarnya diambil oleh raja-raja Melayu berdasarkan

resolusi perjumpaan di atas ?

Tindakan raja-raja Melayu ialah memulaukan upacara perlantikan Gobenor Malayan Union, iaitu

Sir Edward Gent. Raja-raja Melayu juga menghantar nota bantahan kepada Parlimen British mengenai bangkangan ke atas Malayan Union. Tindakan Raja-raja Melayu pada waktu itu juga ialah berdiri teguh di belakang perjumpaan orang-orang Melayu menentang Malayan Union.

Raja-raja Melayu juga menyokong segala ketetapan perjuangan UMNO untuk melindungi

kemuliaan raja-raja Melayu.

SOALAN 11 Bincangkan sumbangan-sumbangan Dato Onn Bin Jaafar dalam perkembangan politik

di Tanah Melayu?

Sumbangan -sumbangan Dato Onn ialah menyatukan orang-orang Melayu dari seluruh negara

di bawah PEKEMBAR. Dato Onn juga menjadi wakil orang-orang Melayu bersemuka dengan

Sultan untuk menggagalkan Malayan Union. Dato Onn telah memimpin orang-orang Melayu berjuang menentang Malayan Union dan akhirnya berjaya memansuhkan rancangan tersebut.

Dato Onn telah berjaya menubuhkan UMNO pada 11.5.1946. Dato Onn telah mengutarakan perjuangan politik bukan perkauman. Di mana beliau ingin membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu, iaitu dari United Malay National Organisationkepada United Malayan National Organisation.

Dato Onn juga telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya(IMP) pada tahun 1951.

Dato Onn juga telah menubuhkan Parti Negara pada tahun 1954.

SOALAN 12 Menjelang tahun 1950an, Dato Onn telah menyarankan suatu gagasan politik yang

dianggap radikal, iaitu membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Andaikan diri anda hidup pada waktu itu, apakah reaksi anda berhubung dengan gagasan politik di atas ?

Reaksi saya berhubung gagasan politik itu ialah kurang senang. Saya juga sangat bimbang.

Saya juga sangat bimbang dan tidak bersetuju dengan cadangan dato Onn. Dengan itu

saya akan menolak dengan keras gagasan tersebut.

SOALAN 13

Mengapakah orang-orang Melayu pada waktu itu menolak gagasan politik yang

membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu?

Orang-orang Melayu menolak gagasan itu kerana orang-orang Melayu masih ketinggalan dari

segi ekonomi berbanding dengan kaum-kaum lain.

Orang Melayu juga takut kepimpinan UMNO akan jatuh ke tangan orang-orang bukan Melayu.

Orang Melayu takut kehilangan kuasa politik Tanah Melayu kepada orang-orang bukan

Melayu. Penolakan itu juga kerana gagasan Dato' Onn bin Jaafar bercanggah dengan perlembagaan UMNO. Orang Melayu juga tidak mahu kehilangan hak pertuanan Melayu di tanah airnya sendiri. Orang Melayu bimbang hak tuju perjuangan UMNO bercanggah dengan perlembagaan parti khususnya dalam hal-hal mempertahankan kedaulatan raja dan agama Islam.

SOALAN 14 Berdasarkan keputusan pilihanraya 1955, Parti Perikatan memenangi 51 kerusi

daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Apakah perkara yang menjadi impian rakyat

Tanah Melayu pada waktu itu ?

Perkara yang menjadi impian rakyat Tanah Melayu setelah Perikatan memenangi 51 daripada

52 kerusi yang dipertandngkan ialah kemerdekaan Tanah Melayu hendaklah diperolehi dengan

saluran perlembagaan. Selain itu kemerdekaan Tanah Melayu juga hendaklah diperolehi dalam masa dua tahun selepas pilihanraya tersebut. Impian penduduk juga ialah tidak mahu lagi duduk lagi di bawah pemerintahan penjajah British. Penduduk Tanah Melayu juga mengharapkan supaya diadakan pertemuan dengan Parti Komunis Malaya agar ancaman komunis ditamatkan dengan segera.

SOALAN 15 Pada pendapat anda apakah perkara-perkara yang harus dilakukan oleh Parti

Perikatan selepas memenangi pilihanraya 1955?

Pada pendapat saya Parti Perikatan hendaklah membuat persediaan untuk bersemuka dengan

PKM untuk menamatkan ancaman Komunis.

Saya juga berpendapat Parti Perikatan hendaklah menetapkan tarikh, tempat dan surat

jemputan kepada pemimpin-pemimpin PKM untuk hadir berunding di Baling, Kedah.

Setelah memenangi pilihanraya itu Parti Perikatan hendaklah memilih anggota-anggota

rombongan kemerdekaan di kalangan ahli parti politik dan wakil raja-raja Melayu.

Apa yang lebih penting lagi ialah mengadakan rundingan dengan British bagi mempercepatkan

proses penyerahan kuasa politik secara aman atau kemerdekaan.

SOALAN 16 Rundingan Baling (1955) telah menemui jalan buntu. Mengapakah rundingan tersebut

gagal memujuk PKM meletakkan senjata ?

Rundingan Baling menemui jalan buntu kerana keengganan Kerajaan Persekutuan Tanah

Melayu menghalalkan PKM sebagai pertubuhan politik yang sah.

Selain itu Kerajaaan Perikatan juga enggan menggugurkan istilah "menyerah diri" kepada

pengganas komunis yang meletakkan senjata.

Kegagalan rundingan tersebut juga disebabkan kekurangan persefahaman dan tolakansur

antara pemimpin-pemimpin yang menghadiri pertemuan tersebut.

SOALAN 17 Apakah tugas-tugas Suruhanjaya Pilihanraya ?

Tugas-tugas Suruhanjaya Pilihanraya ialah menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh

pilihanraya. SPR juga berperanan mengistiharkan kekosongan sesuatu kerusi kawasan pilihanraya

berikutan kematian atau perletakan jawatan. Selain itu SPR juga menjalankan tugas mengeluarkan daftar pengundi dan menyediakan perkhidmatan untuk pengundi membuat semakan. Tugas SPR yang lain ialah mendaftarkan nama pengundi-pengundi baru. Tugas SPR yang seterusnya ialah mengistiharkan keputusan pilihanraya. Tugas SPR yang terakhir ialah mengubah kawasan atau sempadan pilihanraya.

SOALAN 18 Apakah syarat-syarat yang melayakkan seseorang rakyat negara ini menjadi pengundi

berdaftar ?

Syarat-syarat untuk menjadi pengundi berdaftar ialah:

- Warganegara Malaysia atau Pemilik kad pengenalan biru.

- Berusia 21 tahun dan ke atas.

- Berfikiran waras.

SOALAN 19 Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu keluar mengundi?

Syarat untuk keluar mengundi ialah:

- Namanya didaftarkan dalam daftar pemilih.

- Berfikiran waras.

- Membawa kad pengenalan.

- Keluar mengundi.

SOALAN 20 Pegawai-pegawai kerajaan Kumpulan A adalah dilarang memegang apa-apa jawatan

dalam mana-mana parti politik. Mengapakah larangan tersebut dikenakan ?

Larangan itu untuk memastikan pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas dengan sepenuh

hati. Larangan itu bertujuan membebaskan pegawai kerajaan daripada membuat sebarang sentimen

politik. Ini dapat mengelakkan salah anggap di kalangan masyarakat.

Larangan itu juga dapat mengelakkan pegawai-pegawai kerajaan menggunakan kemudahan

dan harta benda kerajaan untuk kepentingan parti politik yang dianggotainya.

SOALAN 1 Apakah yang anda faham dengan dasar penswastaan?

Dasar penswastaan ialah suatu proses pemindahan kepentingan atau

pelaburan atau hak milik kerajaan yang tertentu kepada pihak swasta. Ia

dilancarkan di negara kita pada tahun 1983 oleh YAB Perdana menteri Datuk

Seri Dr. Mahathir Mohammed.

Nyatakan beberapa rasional yang mempengaruhi dasar penswastaan?

Di antara rasional yang mempengaruhi dasar penswastaan ialah dapat

mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan seperti

gaji,pencen, pinjaman kewangan."Dapat meningkatkan kecekapan mutu perkhidmatan atau barangan, kerana sektor swasta lebih mengutamakan keuntungan, ia lebih cenderung untuk

meningkatkan produktiviti.

Dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan serta saiz sektor awam

dalam sesebuah negara.

Dapat mempercepatkan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara

melalui pelaburan dan penyertaan sektor swasta.

Huraikan cara perlaksanan dasar penswastaan di negara kita dengan

memberikan contoh-contoh yang sesuai

Cara-cara perlaksanaan dasar penswastaan di negara kita melalui:

Penswastaan secara sebahagian :

Melalui cara ini sebahagian sahaja hak milik kerajaan dipindahkan kepada

sektor awam. Contoh : Sykt Airod Sdn Bhd.

Penswastaan secara terpilih :

Melalui cara ini hanya sebahagian sahaja daripada perkhidmatan yang

terpilih diswastakan. Contohnya : Dermaga Kontena Pelabuhan Kelang

Penswastaan bercorak perniagaan :Walaupun sebahagian besar hak milik kerajaan diswastakan, tetapisebahagiannya masih dipegang oleh pihak kerajaan.

Penswastaan Secara kontrak :

Melalui cara ini penswastaan dibuat secara kontrak dan biasanya dalam

tempoh tertentu. Ia melibatkan pengeluaran tender oleh pihak yang berkuasa.

Contoh : Penswastaan kerja-kerja pembakaran sampah oleh DBKL.

Penswastaan Secara Pajakan :

Melalui cara ini hak milik tertentu akan dipajakkan kepada pihak swasta

untuk diuruskan. Ia melibatkan pengeluaran tender oleh pihak yang berkuasa,

misalnya kerajaan-kerajaan tempatan. Contoh : Penswastaan tempat meletak

kereta.

SOALAN 2 Dasar Persyarikatan Malaysia :

Dasar persyarikatan ini dicontohi dari negara Jepun. Melalui dasar ini Malaysia dianggap

sebagai sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh kerajaan dan sektor swasta.

Seluruh rakyat sama ada kakitangan kerajaan dan swasta mejadi pemilik dan pekerja untuk

memajukan negara.

Untuk mewujudkan kerjasama yang erat dan berkesan di antara sektor awam dan swasta.

Tujuannya untuk menghapuskan salah faham di antara sektor awam dengan swasta.

SOALAN 3 Dasar Pertanian Negara

Dasar Pertanian Negara bertujuan untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke paras

yang maksimum melalui penggunaan sumber-sumber negara dengan cekap.

Tujuan dasar ini juga untuk mempergiatkan semula penglibatan sektor pertanian dalam usaha

pembangunan ekonomi negara keseluruhannya.

Dasar ini memberi tumpuan kepada memoden dan memperkenalkan kegiatan pertanian

berasaskan perdagangan di kalangan pekebun kecil. Ia menggalakkan penglibatan meluas

sektor swasta dalam sektor pertanian.

Antara program yang djalankan di bawah dasar ini ialah seperti menyatukan dan memulihkan

tanah terbiar dengan menanam tanaman kekal seperti getah,kelapa sawit, juga tanaman kontan

seperti tembakau atau sayur-sayuran.

SOALAN 4 Dasar Perindustrian Berat

Dasar Perindustrian Berat dijalankan melalui penubuhan Perbadanan Industri Berat

Malaysia(HICOM), tujuannya untuk menggalakkan perkembangan pengeluaran barangan dan

perkhidmatan sokongan serta pekerja mahir.

Strategi yang dilakukan oleh HICOM ialah mengenalpasti, memula, melaksana dan meguruskan

rojek perusahaan berat.

Melalui dasar ini negara telah mengimport teknologi dan kemahiran yang diperlukan bagi

mempertingkatkan perusahaan berat.

SOALAN 5 Bincangkan langkah-langkah yang dijalankan untuk menjayakan Dasar Perindustrian

Negara.

Langkah-langkah yang dijalankan termasuklah menguatkuasakan Akta Galakan Pelaburan

1968 yang menggalakkan pelabur asing melabur di negara kita.

Langkah yang kedua ialah memberi taraf perintis dan mengadakan kawasan perindustrian

khas. Contohnya Petaling Jaya.

Langkah yang ketiga ialah menubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian(MIDA) untuk

menguruskan projek-projek perindustrian di dalam pelbagai pengeluaran seperti tekstil, alat

elektronik, perabot dan sebagainya.

Langkah yang keempat ialah menubuhkan HICOM untuk menguruskan projek-projek

perindustrian berat.

Langkah yang kelima ialah melancarkan Kajian Dasar Perindustrian Negara (KDPN) untuk

menyemak dan mengubahsuai kegiatan perusahaan yang ada untuk menggalakkan pelaburan

asing.

Langkah yang terakhir ialah melancarkan Pelan Induk Perindustrian untuk menentukan

perusahaan negara seharusnya berasaskan sektor perkilangan yang meggunakan sumber asli

tempatan melalui penyelidikan dan perkembangan teknologi tempatan.

SOALAN 6 Bincangkan tujuan dan langkah-langkah Dasar Peningakatan Produktiviti Dalam

Perkhidmatan Awam?

Tujuan :

Untuk meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan awam dengan cara mengubah sikap

pegawai kerajaan supaya bersikap positif terhadap tugas.

Langkah-langkah yang dilaksanakan :

Dengan menggalakan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah. Pegawai kerajaan harus berdisiplin

tinggi, berkebolehan menghasilkan kerja bermutu dan mesti bertanggungjawab serta ikhlas

dalam melaksanakan tugas.

Dengan mengamalkan dasar Pandang Ke Timur untuk mencari teknologi, kemahiran, etika

kerja dan pengurusan dari Jepun dan Korea Selatan.

Dengan mengadakan Dasar Kepimpinan Melalui Teladan untuk menanam ciri-ciri kepimpinan

yang berkesan di kalangan pegawai kerajaan agar dapat diteladani oleh pekerja bawahan.

Dengan memperkenalkan Etika Perkhidmatan Awam untuk melahirkan pegawai kerajaan yang

bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri, berkerjasama dan berpegang kepada

ajaran agama.

SOALAN 7 Tujuan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menggerakkan pembangunan sektor di

luar bandar. Bincangkan peranan Majlis Amanah Rakyat(MARA).

Peranan MARA

Peranan MARA ialah untuk menggalak, membimbing, melatih, membantu serta menjalankan

usaha pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan ke arah pembentukan satu masyarakat

pengusaha dan peniaga bumiputera yang kukuh dan berdikari.

Program yang dirancang merangkumi pelbagai bidang sosial, pendidikan, ekonomi dan

pelaburan.

Peranan MARA juga untuk menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil di luar bandar

berasaskan pertanian seperti kilang padi, perusahan kampung, memproses makanan dan

buah-buahan.

MARA juga berperanan memperkenalkan program latihan bagi meningkatkan kemahiran di

kalangan penduduk di luar bandar terutama di kalangan belia.

MARA juga akan menyedia bantuan modal sebagai permulaan untuk menggalakkan bumiputera

menceburi bidang perusahaan dan perniagaan.

SOALAN 1 Apakah yang anda faham dengan Komanwel?

Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini merupakan

pertubuhan negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain.Syarat-syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah merdeka, persamaan taraf dan taat setia kepada Raja Britain. Pertubuhan ini dianggotai oleh 49 buah negara termasuk Malaysia.

Apakah tujuan penubuhan Komanwel?

Tujuan penubuhan Komanwel ialah mempereratkan perhubungan dan perpaduan di negara

anggota.Komanwel juga ditubuhakan dengan tujuan dapat bersatu padu dibawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.Tujuan Komanwel juga untuk menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota. Komanwel juga bertujuan memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain. Selain itu di kalangan pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota. Penubuhan Komanwel juga dapat memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel.

Apakah peranan yang telah dimainkan oleh Malaysia setelah menyertai Komanwel.

Peranan Malaysia :

Peranan Malaysia dalam Komanwel ialah menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan

terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan.

Malaysia juga menyokong penuh sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar

apartheid dijalankan oleh orang kulit putih.

Malaysia juga telah menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.

Pada tahun 1989 Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur.

Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia, dengan

mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar.

Melalui Komanwel Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara

menanam getah kepada Sri Lanka.

Malaysia juga memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain-lain negara

untuk belajar dinegara kita.

Apakah faedah-faedah yang diperolehi oleh Malaysia setelah menyertai Komanwel.

Faedah kepada Malaysia :

Apabila Malaysia menyertai Komanwel, Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan

dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand.

Ketiga-tiga negara itu membantu negara kita semasa konfrantasi Indonesia.

Malaysia juga dapat menyertai Perjanjian Pertahanan Lima negara. Melalui perjanjian ini Britain

secara automatik akan membantu negara kita jika diserang musuh.

Negara Britain banyak menanam modal di negara kita dalam sektor ekonomi perlombongan dan

perladangan.Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran

ke Britain, Australia dan New Zealand.

Apakah yang dimaksudkan dengan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)

OIC telah ditubuhkan pada Mei 1971. OIC dianggotai oleh 48 buah negara Islam. Malaysia telah

menyertai OIC dan memainkan peranan yang aktif.

Jelaskan peranan OIC terhadap negara-negara Islam.

-Mengeratkan hubungan antara negara-negara Islam

-Menentang sebarang bentuk penindasan terutamanya terhadap umat Islam

-Menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapat Palestin kan kemerdekaan

-Menganjurkan pelbagai seminar dan simposium untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman

Seminar masyarakat Islam. Contohnya seminar Sains dan Teknologi di Pakistan.

Memberi bantuan ekonomi kepada negara-negara"Bantuan Islam yang miskin seperti Chad, Mali dan Senegal." Memberikan bantuan pendidikan melalui Tabung Pendi- Perpaduan Islam di Lebanon dan Afghanistan dikan serta bantuan kewangan kepada UIA.

(c) Apakah sumbangan Malaysia dalam OIC

Bersama negara Islam yang lain berusaha selesaikan peperangan antara Iran dan Iraq.

Memulihkan hubungan antara Mesir dengan negara

Bantu Arab lain setelah dipulau kerana membuat hubungan Mesir dengan Israel.

Menubuhkan UIA dan menyediakan biasiswa kepada "UIA pelajar dari Bangladesh, Sri Lanka, Nigeria dll."

SOALAN:37

(a) Huraikan perkembangan yang membawa kepada terbentuknya Malaysia dari tahun 1961 hingga 1963.

(b) Huraikan reaksi di dalam negara dan di luar negara terhadap cadangan penubuhan Malaysia.

(c) Nyatakan sebab-sebab utama berlakunya konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia.

(d) Huraikan pengajaran yang dipelajari oleh Malaysia akibat daripada konfrantasi Indonesia.

(a) Tunku Abd Rahman dalam satu ucapan di Persidangan Wartawan asing di Singapura membuat cadangan Cadangan mengenai gagasan Malaysia yang terdiri daripada " Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei" JK Setia Sebuah jawatankuasa setiakawan ditubuhkan untukKawan menjelaskan konsep Malaysia. Satu persetujuan dicapai antara Tunku Abd Rahman

Perse- dan Lee Kuan Yew bagi mencantumkan Tanah Melayu

kutuan dengan Singapura

Ke- Tunku ke London untuk mendapatkan persetujuan

London kerajaan British.

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau

S/Jaya pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Hasil laporan

Cobbold Suruhanjaya menunjukkan 70% penduduk Sabah dan

Sarawak bersetuju menyertai Malaysia

Pungutan Suara diadakan di Singapura mengenai

Rere- syarat-syarat percantuman dan majoriti rakyat

rendum Singapura menyokong syarat-syarat percantuman

itu.

A.M. Azahari melakukan pemberontakan di Brunei

A.M. kerana menentang kemasukan Brunei ke dalam

Azahari Malaysia

Konfrantasi - Indonesia melancarkan konfrantasi manakala Filipina menuntut Sabah

Persidangan Manila diadakan di Manila. Pemimpin

Maphilindo- ketiga buah negara bersetuju menubuhkan MAPHILINDO.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar PBB rombongan ke Sabah dan Sarawak untuk mengesahkan pandangan rakyat negeri tersebut. Malaysia diisyhtiharkan pada 16 September 1963

(b) Sambutan positif daripada semua parti politik dan pertubuhan semua kaum.

Reaksi PAS menyokong gagasan Malaysia tetapi ingin dalam memasukkan Indonesia dan Filipina selaras dengan negeri konsep Melayu Raya. Parti Rakyat mahukan Singapura digabungkan terlebih dahulu sebelum disertai oleh Brunei Penduduk Sabah dan Sarawak pada awalnya engan

sertai Malaysia. Penerangan tentang Malaysia Sabah telah dibuat oleh Jawatan Kuasa Perundingan dan Sarawak Perpaduan Malaysia. Laporan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan 70% penduduknya ingin sertai Malaysia. Singapura berminat untuk sertai Malaysia kerana Singapura dapat menyekat pengaruh komunis Brunei enggan sertai Malaysia selepas Brunei pemberontakan Parti Rakyat Brunei. Negara-negara barat seperti Britain dan Amerika menyokong gagasan Malaysia

Indonesia membantah dengan alasannya gagasan

Indonesia berunsur imperialis baru dan menjejas cita-citaIndonesia Raya

Filipina menuntut Sabah adalah sebahagian Filipina daripada wilayahnya

(c) Sebab konfrantasi :

Sukarno anggap Malaysia sebagai neo-koloniialis yang diwujudkan oleh Britain

Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding Sukarno mempunyai rancangannya tersendiri terhadap masa depan rantau ini. Beliau mahu menubuhkan

Indonesia-Raya

Sukarno dipengaruhi oleh Parti Komunis Indonesia yang menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan bentuk baru bagi mengukuhkan penjajahan British.

(d) Pengajaran : Merapatkan hubungan dikalangan rakyat dan Hubungan wilayah-wilayah negara kita untuk sama-sama rapat menghadapi ancaman musuh.

Menyedari betapa pentingnya hubungan baik dengan

Jiran negara jiran dan serantau untuk mengelakkan perselisihan faham.

Wujud kesedaran supaya negara kita tidak terlalu bergantung kepada sebuah negara atau blok kuasa sahaja tetapi harus bersifat berkecuali.

Menjelaskan betapa bahayanya Republik Rakyat

Bahaya China. Ini adalah kerana negara tersebut telah

negara berhubung rapat dengan pemimpin Indonesia dalam

China kempen propaganda menentang Malaysia

SOALAN:38

(a) Malaysia lantang memperjuangkan nasib negara membangun membangun. Apakah yang dimaksudkan dengan negara yang sedang membangun?

(b) Nyatakan peranan Malaysia dalam memperjuangkan hak negara tersebut.

(a) Maksud : Negara yang ketinggalan dalam pelbagai aspek.

Mengalami penindasan oleh negara yang maju.

Dikenali juga sebagai Negara Dunia Ketiga.

" Kebanyakannya terletak di Asia, Afrika dan Amerika" Selatan.

Menghadapi tekanan perdagangan dari negara maju.Bergantung kepada sumber asli.

Negara yang miskin - pendapatan perkapita rendah.Penduduk yang padat dan kurang kemudahan asas.

(b) Peranan / sumbangan :

Penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan pada bulan S/jaya Julai 1989. Selatan Ditubuhkan atas cadangan Dr Mahathir. Selatan Bertujuan untuk mengatasi masalah harga barangan eksport. Menganjurkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan teknikal. Penubuhan G-15 yang dianggotai oleh 15 buah negara. Bertujuan untuk meningkatkan pelaksanaan G-15 program Kerjasama Selatan-selatan.

Menganjurkan perdagangan secara terbuka.

Penubuhan EAEC - dicadangkan oleh Dr Mahathir.

EAEC Ia bertujuan untuk menyediakan satu forum perundingan ekonomi dan menjaga kepentingan ekonomi

Asia Timur Peranan lain ialah memperjuangkan isu antartika.

Antartika- Malaysia mahu supaya kekayaan antartika dikongsi bersama.

SOALAN:39

a) `Dasar Luar Malaysia dalam tahun-tahun awal selepas merdeka dikatakan pro-Barat'

i) Mengapakah keadaan seperti kenyataan di atas wujud ?

ii) Zaman pemerintahan Dato` Seri Dr. Mahathir Mohamed telah merombak semula hala tuju dasar luar negara. Terangkan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan ke atas dasar luar Malaysia dalam dekad 1980an.

b) SEATO (1954) adalah salah satu pertubuhan serantau yang diwujudkan untuk membenteras komunisme. Mengapakah Tanah Melayu pada waktu itu mengambil keputusan tidak menganggotai pertubuhan tersebut ?

JAWAPAN :

" a) i) - Latar belakang pendidikan pemimpin , contohnya"

Tunku Abdul Rahman (Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu mendapat pendidikan Barat.

- Kepentingan ekonomi iaitu Amerika Syarikat dan Britain adalah pembeli terbesar bahan mentah Tanah Melayu dan pelabur-pelabur asing rata-ratanya datang dari Barat.

- Tanah Melayu pada waktu itu adalah anggota blok sterling iaitu menggunakan mata wang dalam sebutan pound British.

ii) - Melancarkan dasar `Pandang ke Timur'. Korea dan Jepun dijadikan sebagai model pembangunan ekonomi Malaysia. " - Mengurangkan kebergantungan kepada Barat, sebalik" nya bersuara lantang berhubung dengan sikap berat sebelah pihak barat dalam beberapa isu semasa dunia. - Mencabar ketuanan barat dalam beberapa isu antara bangsa seperti isu Antartatika dan isu alam sekitar demi menegakkan keadilan dan kepentingan negara- negara kecil.- Meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara sedang membangun melalui dialog Selatan-Selatan kumpulan negara G15.

b) - Tanah Melayu tidak mahu terlibat dalam kancah perang ideologi antara Amerika Syarikat dengan Rusia.

- Tanah Melayu enggan melibatkan diri supaya negara initidak menjadi kancah peperangan tidak lansung kuasa- kuasa besar dunia.- Tanah Melayu ingin mengurangkan perbelanjaan " ketenteraan, sebaliknya menyalurkan perbelanjaan itu" untuk projek-projek pembangunan.

SOALAN:40

" a) Pada tahun 1945, kuasa-kuasa besar dunia telah" berhimpun di bandar San Francisco dan menandatangani Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

i) Jelaskan kandungan piagam tersebut.

ii) Huraikan struktur badan yang terkandung dalam " organisasi PBB , iaitu"

- Majlis Keselamatan

- Perhimpunan Agung

b) Apakah sumbangan-sumbangan Malaysia kepada PBB dalam dalam usaha badan ini mengekalkan keamanan dunia.

JAWAPAN :

a) i) - Memelihara keamanan dunia.

- Mempertahankan hak-hak asasi manusia.

- Mempertahankan kesetaraan hak lelaki dan perempuan

- Menghalang berulangnya bencana peperangan dunia.

- Menyelesaikan konflik dan sengketa melalui rundingan.

Kekerasan hanya digunakan dalam keadaan terdesak.

ii) Majlis Keselamatan :

" - Terdiri daripada 5 anggota tetap, iaitu Amerika," " Rusia, Britian, Peranchis dan China."

- 6 anggota tidak tetap menjadikan jumlah keseluruhan 11 anggota.

" - Anggota tetap menikmati kuasa `veto', iaitu hak" menafikan keputusan majoriti.

Perhimpunan Agung :

- Menjadi forum negara-negara anggota PBB membincangkan isu-isu semasa.

b) - PBB digunakan sebagai saluran oleh negara kita mengutuk pencerobohan kuasa besar ke atas negara kecil yang berdaulat. - Malaysia menyuarakan bantahan terhadap perbuatan puak Serb ke atas rakyat Bosnia dalam Perhimpunan Agung PBB. - Malaysia menghantar anggota tentera membantu PBB dalam " misi keamanan. Contohnya di Congo, Namibia, Kampuchea," dan Bosnia-Herzegovina. - Malaysia menyarankan agar segala konflik diselesaikan di meja rundingan bukannya melalui peperangan.

SOALAN:41

a) Senaraikan ciri-ciri negara yang menganggotai Pertubuhan Komanwel.

b) Malaysia telah lama menyertai Pertubuhan Komanwel. Apakah kepentingan keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan Komanwel dalam aspek berikut :

i) Politik dan keselamatan. ii) Ekonomi.

JAWAPAN :

a) - Bekas tanah jajahan British.

- Rakyatnya berbilang bangsa

. - Menggunakan sistem perundangan British.

- Bahasa Inggeris digunakan sebagai alat komunikasiutama.

- Pengeluar utama bahan mentah.

- Mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Ke 2.

b) i) Politik dan keselamatan :Negara-negara Komanwel (Australia, New Zealand,"Britain) membantu Malaysia membenteras pemberuntakan bersenjata PKM.

- Pertubuhan Komanwel telah memberi bantuan ketenteraan kepada Malaysia ketika mengadapi konfrantasi Indonesia.

" - Perjanjian Pertahanan 5 Kuasa (Australia, New Zealand,"" Britain, Singapura dan Tanah Melayu) melindungi negara" kita daripoada ancaman luar.

ii) Ekonomi :

Memberi kemudahan melanjutkan pelajaran tinggi dan latihan teknikal kepada pelajar-pelajar Malaysia di Negara-negara Komanwel.

- Memberi kemudahan biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia di negara-negara Komanwel.

" - Membiayai projek pembangunan di Malaysia, khususnya" dalam aspek infrastruktur dari segi kewangan dan teknikal.

- Membantu Malaysia mendirikan pusat-pusat latihan teknikal dan latihan kemahiran.

SOALAN:42 a) Sekumpulan negara di benua Asia telah menggelarkan diri mereka sebagai Afro-Asia pada tahun 1955. Apakah pendirian kumpulan negara tersebut berhubung dengan usaha Amerika Syarikat memerangi Komunisme ?

b) i) Apakah tujuan-tujuan Pergerakan Negara-Negera Berkecuali (NAM) ditubuhkan ?

ii) Malaysia telah mengutarakan beberapa pandangan berhubung dengan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Huraikan pendirian Malaysia itu dalam Sidang Kemuncak " NAM di Cairo, Mesir (1994)."

a) - Mengecualikan diri daripada usaha Amerika Syarikat membendung Komunisme.

b) i) - Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota

- Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.

- Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.

- Memperjuangkan hak dan kepentingan negara-negara sedang membangun.

ii) - Menukar nama pergerakan negara-negara berkecuali memandangkan 2 kem yang bermusuhan sebelum ini telah berkubur.

- Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.

SOALAN:4 " a) Pada dekad 1980an, sekumpulan negara dari Hemispera"Selatan telah bersatu dalam sebuah pertubuhan yang di kenali sebagai G15.

i) Mengapakah negara-negera tersebut mengambil tindakan di atas ?

ii) Jelaskan ciri-ciri ekonomi negara-negara yang menganggotai G15.

b) i) Apakah yang anda faham tentang `Dasar Perlindungan Negara' ?

ii) Andaikan diri anda adalah salah seorang pemimpin negara G15. Apakah tindakan-tindakan yang harus dilakukan sebagai langkah menyaingi dasar perlindungan perdagangan barat ?

a) i) - Hala tuju perdagangan dunia sedang menuju ke arah perlindungan perdagangan.- EC (Kesatuan Ekonomi Eropah) telah mengumumkan rancangan nya membentuk pasaran tunggal dan mata wang tunggal

- Kadar syarat perdagangan sentiasa merugikan negara sedang membangun

- Rata-ratanya merupakan pengeluar utama bahan mentah yang menghadapi turun naik harga yang teruk.

- Suara negara sedang membangun lebih dihormati sekiranya mereka bersatu.

ii) - Pengeluar utama bahan mentah.

- Menggunakan kaedah pengeluaran intensif buruh.

- Bergantung sepenuhnya kepada pasaran negara barat

- Sektor industri masih mundur dan tidak berdaya saing

b) i) - Melindungi pasaran dalam negeri.

- Menyekat kemasukan keluaran luar melalui kuota dansubsidi.

ii) - Mengenalpasti bidang-bidang yang boleh diadakan kerja sama sesama negara sedang membangun.

- Menubuhkan biro maklumat mengenai peluang-peluang ekonomi dan pelaburan.

SOALAN:44

" a) Pada dekad 1980an, wujud satu persidangan yang" dikenali sebagai berikut

i) Dialog Utara-Selatan

ii) Dialog Selatan-Selatan

Apakah perkara-perkara utama yang menjadi tumpuan perbincangan kedua-dua persidangan di atas?

b) Mengapakah Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) ditubuhkan ?

a) i) Dialog Utara-Selatan :

- Kadar syarat perdagangan yang berat sebelah.

- Harga barangan utama menguntungkan negara pembelisahaja.

- Dasar perlindungan perdagangan yang menguntungkan negara maju.

- Sekatan kemasukan dikenakan ke atas keluaran negara membangun.

ii) Dialog Selatan-Selatan :\

- Peluang-peluang pelaburan di negara sedang membangun.

- Kerjasama negara sedang membangun dalam meningkatkan`volume' perdagangan.

- Pertukaran maklumat sesama negara sedang membangun dari segi kemahiran dan pengetahuan teknikal.

b) - Memupuk perpaduan ummah.

- Mengeratkan kerjasama dan persefahaman sesama negara Islam.

- Mengelakkan konflik sesama negara Islam sehingga mencetus kan peperangan.

- Menyelesaikan pebezaan pendapat atas dasar persaudaran Islam.

- Pertukaran pengetahuan ilmiah dan mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan. Contohnya : Universiti Islam" Antarabangsa, Pameran Tamadun Islam Sedunia."

SOALAN:45

" Bagi memenuhi matlamat pencapaian Wawasan 2020, penumpuan" ekonomi difokuskan kepada bidang perindustrian. Jelaskan bagaimana bidang ini diperkembangkan sejak 1970

JAWAPAN :

  1. - 1970 negara menghadapi masalah dalam bidang ini.

- Mutu barangan kilang tidak memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara asing disebabkan tahapteknologi yang rendah dan pekerja tempatan kurang mahir.

b) - 1970 kerajaan melaksanakan 2 program :

i. Kajian dasar perindustrian Malaysia -

- berfungsi menyemak dan mengubahsuai dasar perusahan negara yang sedia ada bagi menggalakkan kemasukan pelaburan asing dan meningkatkan hasil pembuatan negara.

ii. Pelan Induk Perindustrian -

- Bertujuan menggubal objektif pembangunan perusahaan

- Mengemukakan cara bagi mempertingkatkan pertumbuhan perusahaan.

- Menentukan bahawa perusahaan negara berasaskan sektor perkilangan.

- menetapkan perusahan negara perlu menggalakkan peng gunaan sumber asli negara sepenuhnya supaya tidak bergantung kepada sumber dari luar negeri.

- mengesyorkan supaya penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan dipertingkatkan bagi mengurangkan pergantungan terhadap teknologi luar

c) - Dasar Perindustrian Berat -

- Kerajaan menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)

- Bertujuan menggalakkan perkembangan pengeluaran barangan dan khidmat sokongan serta pekerja yang mahir.

" - Mengenalpasti, memula, melaksana dan menguruskan"projek perusahaan berat.

- Mengimport teknologi dan kemahiran bagi mempertingkatkan perusahaan berat.

SOALAN:46

Jelaskan faktor-faktor yang menghalang kemajuan pertanian di Malaysia serta galurkan bagaimana kerajaan merangka program pertanian bagi meningkatkan

sektor ini.

JAWAPAN :

" a) - Ramai pekebun kecil, nelayan dan penternak mengguna"kan cara pengeluaran yang tidak cekap.

- Pertumbuhan ekonomi negara terlalu bergantung kepada

" tanaman getah dan kelapa sawit, sedangkan bahan ini"

sangat dipengaruhi oleh harga pasaran di luar negeri.

b) - Dasar Pertanian Negara -

- Bertujuan meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke paras yang maksimum melalui penggunaan sumber yang cekap.

- Mempergiatkan semula penglibatan sektor pertanian dalamusaha pembanguan ekonomi negara.

- Memoden dan memperkenalkan pertanian berasaskan perdagangan kepada pekebun kecil.- Menggalakkan penglibatan sektor swasta.

Contohnya - Kementerian Pertanian telah menswastakan beberapa projek seperti Projek Ternak Air di Puchong (Selangor) dan kilang teh di Cameron Highlands (Pahang).

c) - Kementerian Pertanian dan Agensi

" (FELCRA, MARDI, RISDA)"

- Menyatu dan memulihkan tanah terbiar

Contohnya - Menanam tanaman kekal seperti kelapa sawitdan getah.

- FELCRA telah menjalankan projek pembangunan

kampung tradisional di Kampung Kok (Kedah)dan Ulu Berang (Terengganu).

Hosted by www.Geocities.ws

1