TANDA APAKAH ITU 

Letupan Bom kian menular

Tidak kira negara barat Mahupun Asia

Ribuan nyawa terkorban

Hanya meninggalkan seribu kenangan

 

Jari-jemari menuding ke sana ke sini

Tetapi, siapakah yang sungguh berani?

Adakah kerana dendam?

Tetapi, yang tidak berdosa tetap terkorban

 

Kenapakah dunia kita begini?

Inikah tanda manusia dimurkai

Tuhan yang sentiasa mengawasi

Penderhakaan manusia yang menjadi-jadi?

 

Sungguh kejam pembunuh durjana

Mereka tiada hak mengambil nyawa manusia

Tidakkah mereka sedar kerugian yang melanda

Terhadap diri mereka serta keluarga?

 

Hanya kepada Tuhan kita mampu berserah

Segala bencana mungkin kehendaknya

Adakah untuk menyedarkan manusia

Hari pembalasan kian menghampiri dunia

 

27th October 2002

Hosted by www.Geocities.ws

1