PERGINYA SEORANG INSAN

 

Lima belas hari bulan May

Tahun Dua Ribu Dua,

Nafas terakhir kau hembuskan

Tepat jam tujuh empat puluh lima malam.

Nafas yang sentiasa terngiang-ngiang di sanubariku.

Kesal di hati ku kerana tiada disisimu

Tatkala malaikat maut menjalankan tugasnya.

 

Kepergianmu membuat ku rasa kehilangan.

Bak anak merindui ibunya.

Kehilangan sebuah istana,

Di mana ku curahkan segala,

Masalah dan kepahitan hidupku

Di mana ku menumpang kasih, melepaskan lelah

Di mana ku bergurau senda

Di mana ia menjadi taman permainan ku.

 

Status mu setinggi seorang ibu bagiku.

Sekecil tapak tanganmu, aku dibesarkan,

Dengan penuh cinta dan kasih,

Dibelai, dijaga, disusu, dimanja,

Seperti anakmu sendiri.

Wajahmu sentiasa bermain-main dikelopok mataku,

Berteduh di hatiku.

Tidak mungkin ku lupa segala pengorbananmu.

Tidak mungkin ku lupa kata-kata yang telah menjadi

Dorongan bagiku untuk terus berjaya.

 

Kini ku dewasa, ingin ku membalas budimu.

Namun, Tuhan lebih menyayangi dirimu.

Sudah sampai masanya kau kembali kepadanya.

Hanya doa yang dapat ku limpahkan, sebagai,

Balasan budimu terhadapku.

Jasamu, keluhuran hatimu tidak kan luput dari ingatan.

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan senantiasa

Bersama mereka yang beriman.

Warkah terakhir buat mu wahai,

Ibu saudaraku.

Amin

 

17th may 2002

Hosted by www.Geocities.ws

1