Wang yang
dijumpai tidak boleh diambil
SOALAN
SAYA pernah
beberapa kali menjumpai wang di tengah jalan yang jauh dari rumah orang.
Biasanya jumlah wang itu tidak melebihi RM10. Bolehkah saya ambil wang itu atau
biarkannya di situ? Adakah ia haram digunakan?
Jika diambil, bolehkah digunakan untuk membeli makanan atau keperluan lain?
Bagaimana pula jika wang berkenaan disedekahkan ke tabung masjid? Apakah yang
perlu dilakukan jika menjumpai wang seperti itu?
JAWAPAN
Wang yang dijumpai di jalanan sebenarnya bukan milik kita dan jika diambil untuk
kegunaan sendiri seperti membeli makanan atau keperluan, ia sama seperti mencuri
atau membelanjakan wang yang haram.
Jika tidak mahu dibiarkan kerana khuatir akan membazir dengan rosaknya wang
berkenaan di jalanan, ia boleh diambil untuk diiklankan mencari tuannya atau
disedekahkan pada tabung masjid dengan niat disampaikan pahalanya pada tuan
empunya wang. Bagaimanapun, jika ditakdirkan tuan empunya mendakwa miliknya,
mestilah kita maklumkan mengenai sedekah ini.