Ucaptama IBLIS Kepada Warga Neraka

Menurut sebuah hadith, diterangkan bahawa di neraka disediakan sebuah
mimbar dari api untuk iblis. Dia dipakaikan pakaian dari api, mahkota
dari api dan diikat dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada Iblis : �Wahai Iblis, naik ke atas mimbar dan
bersyarahlah kepada ahli neraka�. Lalu Iblis berkata : �Wahai para
penghuni neraka !� beliau terus berkata : �Wahai orang-orang KAFIR dan
orang-ornag munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepada
kamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua akan mati, akan dihalau
dan dihisabkan dan menjadi dua kumpulan, satu ke syurga dan satu ke
neraka Sa�ir.�

Tambah Iblis lagi : �Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan
meninggal dunia, bahkan kamu menyangka akan tetap berada di dunia.
Tidaklah ada kekuasaanku ke atas kamu semua melainkan aku hanya
menganggu kamu. Akhirnya kamu semua mengikutku, maka dosanya untuk kamu.
Oleh yang demikian, janganlah kamu mengumpat dan mencaciku, sebaliknya
umpatlah dirimu sendiri kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih
berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat�.

Berkata iblis lagi : �Mengapakah kamu tidak menyembah Allah, sedangkan
Allah SWT yang menciptakan sesuatu ?�.

Seterusnya Iblis berkata : �Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu
semua dari siksa Allah, kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku.
Sesungguhnya pada hari ini aku melepaskan diri dari apa yang telah aku
katakan kepada kamu semua, sesungguhnya aku telah diusir dan ditolak
dari rahmat Tuhan Sekelian Alam�.

Lalu Iblis itu dipukul oleh Malaikat Zabaniyah dengan tombak dari api
dan dia jatuh ke tempat yang paling bawah. Dia kekal bersama-sama
pengikutnya di neraka.

Malaikat Zabaniyahpun berkata : �Tidak ada kematian bagi kamu semua dan
tidak pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalamnya buat
selam-lamanya�.
 

1
Hosted by www.Geocities.ws