TIPUDAYA SYAITAN SEMASA SAKARATUL MAUT


Semasa manusia menghadapi sakaratul maut, syaita-syaitan datang lalu
menyamar menyerupai orang-orang yang sangat dicintai oleh orang yang
nazak tadi, tetapi mereka itu telah mati seperti ibu, bapa atau abangnya
yang telah mati. Syaitan yang menyamar tadi duduk di kiri dan kanan
manusia sambil berusaha keras untuk menyesat dan mengodanya.

"Mungkin engkau akan mati sebentar lagi, kami telah mengalaminya
terlebih dahulu. Kami merasakan mati sebagai Yahudi atau Nasrani itu
adalah lebih baik. Oleh kerana itu baik kamu mati secara Yahudi atau
Nasrani". Begitulah antara rayuan yang akan didengar oleh orang yang
nazak.

Dalam keadaan yang sangat dahaga, orang yang nazak tentulah inginkan air
dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi jika dia mampu. Pada
ketika ini syaitan berusaha memusnahkan iman seorang mukmin.

Maka syaitan yang menyamar tadi mendatangi di sekitar kepalanya sambil
membawa semangkuk air lalu menunjukkan kepada si nazak tadi.

Maka orang mukmin itu berkata :"Berikan air itu kepadaku".

Lalu syaitan menjawab :"Katakanlah, tiada seorang yang berkuasa di alam
ini, barulah aku memberi air kepadamu".

Bayangkan bagaimana keadaan kita....tertipukah kita ???

Kemudian, syaitan mendatangi sekitar tapak kaki orang mu�min tadi sambil
mengerakkan mangkuk berisi air.

Lalu kata mukmin tadi : "Berikan air itu kepadaku". S

yaitan menjawab : "Katakanlah bahawa Rasulullah dusta, barulah aku
berikan air ini kepadamu".

Alangkah malangnya orang menyahut permintaan syaitan itu, pasti
nerakalah habuannya angkara terlalu dahaga tertipu juga akhirnya,
keluarlah ia dari dunia dalam keadaan KAFIR. Semoga kita termasuk dalam
golongan yang celaka ini.

Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah diriwayatkan bahawa Abu
Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya berulangkali
menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu Zakaria
memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan
serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : "Aku tidak akan
mengucapkannya".

Binggunglah seluruh teman dan ahli keluarga. Kemudian dia tersedar dan
kedua matanya terbuka lalu berkata : "Adakah kalian mengatakan sesuatu
kepadaku"

Mereka menjawab : "Ya, tetapi engkau memalingkan mukamu sebanyak dua
kali". Kali ketiga engkau mengatakan : "Aku tidak mengucapkannya".

Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis mendatangiku sambil membawa
semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku sambil menggerakkan
mangkuk.

Ia berkata kepadaku : "Apakah engkau memerlukan air"

Lalu saya berkata : "Ya memang".

Seterusnya iblis berkata : "Katakanlah bahawa Isa anak Allah".

Maka saya berpaling dari arahnya.

Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil berkata kepadaku seperti
tadi sebanyak 3 kali.

Kemudian dia berkata lagi : "Katakanlah, tidak ada tuhan".

Lalu aku mengatakan : "Aku tak akan mengatakannya".

Iblis itu terus membalingkan mangkuk di atas bumi dan mengambilnya
semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan.

Saya tetap menolak ajakan iblis itu sambil berkata : "Aku tidak akan
mengikuti kamu semua".
 

1
Hosted by www.Geocities.ws