Tiada Alasan Di Hadapan Allah SWT Nanti...
PADA hari Kiamat kelak, ada empat golongan manusia yg mengemukakan pelbagai
alasan mengapa mereka tidak sempat beribadah kepada Allah SWT ketika di dunia.
Ahli sufi Al-Faqih Abu Laits memberitahu, keempat-empat golongan itu ialah orang
kaya, orang melarat, hamba abdi dan orang sakit.
Golongan pertama iaitu golongan kaya mengemukakan alasan : �Aku adalah orang
kaya. Aku terlalu sibuk menguruskan hartaku hingga tidak sempat mengabdikan diri
kepadaMu.� Maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : �Sesungguhnya Nabi Sulaiman
adalah seorang raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka kepada
Tuhannya. Jadi alasan kamu tidak diterima.�
Golongan kedua, iaitu orang melarat mengemukakan alasan bahawa kemiskinannya
menghalang untuk beribadah kepada Allah SWT. Allah SWT kemudian berfirman yg
bermaksud : �Benarkah kamu lebih melarat daripada Nabi Isa? Kemelaratannya tidak
menghalangnya daripada mengabdikan diri kepadaKu.�
Golongan ketiga, iaitu hamba abdi pula mengemukakan alasan terlalu sibuk
menguruskan kerja yang diarahkan majikannya. �Tuhanku, saya dulu seorang hamba
dan diperlakukan macam budak suruhan hingga menghalang aku untuk mengabdikan
diri kepada Tuhan.�
Tetapi Allah SWT membandingkan dengan nabi Yusof yang tidak lupa mengabdikan
diri kepada Tuhan walaupun pernah menjadi hamba.
Golongan keempat ialah orang yang sakit yang mengemukakan alasan tidak terdaya
dan mendakwa penyakitnya menghalang daripada mengabdikan diri kepada Tuhan. Lalu
Allah SWT berfirman yang bermaksud : �Benarkah sakit kamu itu lebih berat
daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub? Walaupun sakit teruk, Nabi Ayub tetap
beribadah kepada Tuhannya.�
Maka di hari Kiamat kelak, tiada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan
mengapa tidak beribadah dan tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT ketika di
dunia.
**Bersiap sedianya para mukminin bukan pula bermakna mereka hanya sibuk memburu
dunia atau asyik mengurung diri menanti Kiamat sahaja, sebaliknya mereka kala
itu amat sibuk mengerjakan ketaatan dan lebih ligat membuat manfaat kepada
sesama manusia.**
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh...
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali...
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh...