Teladan dari kisah mustafa kamal
attaturk..
Assalaamualaikum...
Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher
dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita
di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau
rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah
dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh
bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan
gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf
Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?"
oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan"
beliau tersenyum dan bangga dengan
jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya
juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk
menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana
tidak
tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana
mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka
yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan
dalam
bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau
pengsan selama
48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang
ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia.
sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan
menyembahyangkan
mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang
meminta
ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup
dari itu,
Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.
Bila mayatnya hendak ditanam,
tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak
menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam
muzium yang diberi
nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun
mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak
menerimanya. Habis ikhtiar,
mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44
tan. Mayatnya
ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman
dengan Kamal Atartuk
telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!"
Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku
biarpun satu ayat."
Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain.
Apa yang baik dan benar itu
datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan
manusia itu sendiri.
Wassalam...