TAMAK HARTA
(seperti yang diceritakan oleh Tuan Haji Muda Ibrahim)
Semenjak memulakan kerja memandikan jenazah sewaktu berusia 18 tahun hingga
sekarang, peristiwa yang benar-benar menginsafkan saya ialah memandikan jenazah
yang badannya bengkak-bengkak dan lebam seperti kena belasah.
Suatu hari kira-kira 10 tahun lalu, saya dipanggil untuk memandikan jenazah
lelaki yang umurnya dalam lingkungan 60-an. Apabila saya bertanya anak-anaknya
mengapa dia meninggal dunia, mereka cakap ayah mereka meninggal kerana sakit tua.
Setibanya di rumah Allahyarham, sudah ramai yang menanti saya. Saya merasa lega
kerana ada juga orang yang boleh membantu saya pada hari tersebut. Alhamdulillah...semua
anak dan adik-beradiknya datang untuk melihat dan membantu menguruskan jenazah
Allahyarham.
Anak-anaknya mempersilakan saya masuk dan menunjukkan jenazah ayah mereka pada
saya. Namun begitu, saya tersentak sebaik sahaja menatap jenazah
Allahyarham.Saya perhatikan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, seluruh
jasadnya membengkak dan terdapat kesan lebam seolah-olah ketika menemui ajal dia
dihentak dengan sesuatu benda keras. Kesan lebam itu meninggalkan jalur merah
kehitaman sebesar ibu jari yang menjalar di dada dan belakang badan Allahyarham.
Saya tertanya-tanya mengapa terdapat kesan-kesan lebam pada badannya sehinggakan
sesiapa yang melihatnya pastti merasa hairan. Apa yang benar-benar mengejutkan
saya ialah kenapa badannya teruk sangat, macam orang kena pukul. Siapakah yang
begitu zalim menganiaya Allahyarham sebegitu. Tetapi siapa pula yang sanggup
belasah orang tua yang uzur sepertinya?
Kesian saya melihatnya. Bukan saya seorang sahaja yang rasa hairan dengan
keadaan Allahyarham, bahkan anak-anaknya juga mengadu pada saya kenapa jenazah
ayah mereka berubah jadi sebegitu.
"Pak Da, tengoklah ayah kami ini, saya tak sanggup melihatnya, sedih hati saya..."
kata salah seorang anak lelaki Allahyarham pada saya dengan nada yang sayu. Saya
hanya mampu menyuruh dia bersabar kerana mungkin itu adalah ujian yang hendak
Allah tunjukkan pada Allahyarham.
Saya menjiruskan air sambil menggosok dan merata air ke seluruh tubuh
Allahyarham. Memang saya dapat rasakan kesan bengkak dan lebam yang membonjol
pada badan Allahyarham kerana saya tidak mengenakan sarung tangan seperti saya
mandikan jenazah di hospital.
Semasa memandikan Allahyarham, hati saya sayu kerana mengenangkan nasibnya
sesudah meninggal dunia. Alhamdulillah, saya laksanakan tugas saya dengan
sempurna sehinggalah Allahyarham siap saya kapankan. Tugas saya selesai setakat
itu dan terlepaslah tanggungjawab fardu kifayah bagi mereka yang masih
hidup.mengikut hukum faraid.
Sebaliknya segala harta itu diboSesudah itu, sebelum pulang ke rumah, saya
sempat berbual dengan waris terdekat Allahyarham dan bertanyakan perihal
Allahyarham ketika hayatnya. Tujuan saya bertanya bukanlah sengaja mahu mencari
keburukan peribadi Allahyarham, tetapi sekadar ingin mendapatkan kepastian
kenapa jenazah Allahyarham bengkak-bengkak bagaikan dipukul.
Mengikut cerita warisnya itu, Allahyarham adalah seorang yang terlalu tamak
dengan harta pusaka yang diwarisi daripada arwah bapanya. Bapanya dahulu memang
orang kaya dan banyak meninggalkan harta pusaka.
Meskipun begitu, Allahyarham tidak menunaikan tanggungjawabnya mengagihkan
harta-harta tersebut lot oleh Allahyarham seorang sedangkan adik-beradiknya yang
lain tidak merasa langsung harta pusaka ayah mereka.
Bukan setakat itu sahaja, anak-anak kandung Allahyarham pun tidak diendahkan dan
turut tidak dapat merasa nikmat kesenangan yang dimiliki ayah mereka. Tetapi
mujurlah ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya, semua adik-beradik
serta anak-anaknya datang dan sanggup menguruskan jenazah Allahyarham walhal
semasa hidupnya mereka tidak mendapat layanan sewajarnya.
Hati saya semakin gementar apabila mengetahui balasan bagi orang yang memakan
harta yang bukan haknya. Bukan apa, saya takut nanti anak-anak saya jadi begitu.
Akibat tamakkan harta, sanggup lupakan adik-beradik. Saya harap, janganlah
anak-anak saya melakukan perbuatan seumpama itu.
Kalau saya tinggalkan harta, biarlah anak-anak saya uruskan dengan baik. Ini
kerana soal harta pusaka cukup sensitif, silap hari bulan keluarga jadi
porak-peranda.
Allah Maha Berkuasa, di dunia lagi. Dia tunjukkan balasan pada orang yang suka
mengambil harta pusaka sebagai teladan bagi orang yang masih hidup. Saya sungguh
insaf kerana apa yang saya cerita ini bukan dari orang lain, tetapi saya yang
melihatnya dengan mata kepala saya dan menyentuhnya dengan tangan saya sendiri.