Tak Boleh Keluar Dari Kubur
Renungan Untuk Kita Bersama Dari Seorang Teman.....
Ini baru Balasan Allah S.W.T. di Dunia, macam lagi di Akhirat nanti??
Dan Balasan~Balasan'Nya untuk Dosa~Dosa yang lain?!?!
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari
itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas
seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam
hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.
" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari
kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab
saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu,
ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia
pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak
keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari
kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun
itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar
Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan
memberikannya wang.
" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia
mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.
" Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata
gadis itu.
" Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja !" si gadis berkata.
" Tak ada ," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut
menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi
kalau saya minta duit, mesti tak ada !"
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan
menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.."
katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di
lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam
bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar,
suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya
dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan
dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran,
kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan
ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak
masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.
" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan.
Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut
dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba
kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis
mula cemas.
" Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang
menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis
tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya
keluar, juga tidak berhasil.
" Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis
menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir
kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya
beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di
tanah. Tangisannya bertambah kuat.
" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ? " kata si
gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak
tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya
itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil
itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di
empang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida
menyesal...Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil
memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama
mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di
kambus.
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? "
kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua
sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas
imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan,
upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk
talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup
untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia
meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu,
orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas
itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok
apa yang terjadi," kata Jaimi.
" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal
masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta
polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang
di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang
bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling
hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan
kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter
daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan
adalah kenalan saya. " Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie
yang
perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah
saya. " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya
perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan
khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di
pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan
berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa
kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut
di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku
kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara
yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis
memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke
arah sebuah kubur.
Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.
Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan
merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak,
Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus
berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon
keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan
saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun
tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk
menyelamatkan gadis berkenaan.
" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan
sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak
mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus
meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka , cerita
datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa
menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie
memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu ,
terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran
lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya
Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..."
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air
matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan
lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun
datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu
bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu
terpaksa di tolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida
masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu
tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di
telinga.
Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih
tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di
sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.
Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh
bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan
merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni
perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida
meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin
juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih
sangat dengan apa yang di lakukannya.
Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti
mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka.