Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau
para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada
tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan
masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang
tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua,
dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa
nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya
dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.
Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah
dia. Orang itu menjawab ?Aku
adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu
bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut.
Syaitan menjawab ?Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain
terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan,
semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan,
dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan
terampun. Sebab itu aku menolongmu.?
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala
orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala
mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk
solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada
sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus
malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih
kekal....