Solat cara
Rasulullah
SOALAN
BOLEHKAH seseorang itu menggerakkan jari telunjuknya menulis nama Allah ketika
membaca kalimah syahadah ketika bersembahyang dengan tujuan supaya lebih khusyuk?
Apa perlakuan yang makruh dan tidak seharusnya dilakukan apabila menunaikan
sembahyang?
JAWAPAN
Solat adalah
ibadat yang mesti dilaksanakan sepertimana diajar Nabi. Tidak boleh ada
penambahan perlakuan dalam solat apa bentuk sekalipun, sama ada ucapan atau
pergerakan.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud �Solatlah kamu seperti mana kamu
nampak aku solat,� ertinya solat mestilah sama seperti mana solat Nabi.
Menggerakkan jari telunjuk menulis nama Allah ketika membaca syahadah tidak
pernah dilakukan Nabi, oleh itu tidak boleh melakukannya dalam solat atas apa
tujuan pun.
Ada banyak cara yang diajar Nabi untuk mendapatkan khusyuk, antaranya: pemusatan
pemikiran, menumpukan penglihatan serta tafahum iaitu pengertian mengenai solat.
Antara perlakuan makruh dalam solat ialah; meninggalkan perkara sunat dengan
sengaja, menggerakkan anggota, memejamkan mata dan menoleh atau bergerak yang
tidak perlu dalam solat.