SEKSA NERAKA
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan
waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti
sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan
sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari
waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan
dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang
yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu
sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah
menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar
dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Wallahua'lam
SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia
dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga
jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih
tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar
tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang
Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak
hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian
dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar
ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh
semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
CUAI SOLAT LIMA WAKTU
Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya
adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya
sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-
orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa
ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun
sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka
kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.
PEMINUM ARAK
Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu ditengkuk dan ditangan
mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang
menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari
kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk(bau arak),
hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar
dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta
dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat
panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh
pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api
selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam
penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan
mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala
rantai-rantai di tengkuk mereka.
MENGKIANATI HARTA
Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang
berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke
dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan
menekan kepada mereka supaya men-yelam semula serta dipukul kepala mereka itu
dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di
laut itu.
AZAB BAGI YANG KEDEKUT
Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada di-sedekahkan atau
dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa,
yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.
SAKSI BOHONG
Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada
alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70
ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dn tulang
mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnya
selama-lamanya seksaan bagi mereka.
MENGUMPAT
Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus
hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian
bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih
dan digunting lagi. Didalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan
pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu
ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu
ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka
dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.
Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan,
setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang
dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi
70 ribu jenis racun berbisa.
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan
derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar
daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang
kerdil ini tidak mampu menghadapinya.
Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah
seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita
dijemput Allah, perbanyakkanlahtaubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan,
memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah.
Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa
kita.
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang
kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan
diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada
kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta
dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon
keampunanAllah swt.
Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong
kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah
berusaha mencegahnya.
Wallahua'lam.