Sejarah ringkas Bani Israel

Bangsa Yahudi merupakan pendokong utama fahaman zionis
semenjak zaman kelahiran Nabi Isa lagi. Yehuda merupakan
gelaran asal bagi orang Yahudi. Walaubagaimanapun,
sebutan Bani Israel adalah yang kerap digunakan dizaman
lampau serta didalam Al-Quran. Golongan Yahudi sangat
suka membangga diri terhadap semua bangsa selainnya.

Mereka ini merupakan bangsa yang istimewa di kalangan
semua manusia yang diciptakan Allah s.w.t. begaimana
telah berfirman didalam Surah Al-Baqarah ;

"Hai Bani Israel, Ingatlah akan nikmat-Ku yang telah
telah Aku anugerahkan kepadamu, dan ingatlah bahwasanya
Aku telah melebihkan kamu atas segala umat"

{Al-Quran; Al-Baqarah 47}

Apabila Nabi Isa a.s membawa ajaran Allah sebelum
kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, beliau
telah berdakwah khusus untuk bangsa Israel. Meskipun
begitu, terdapat ramai Nabi Allah yang diutus selain Nabi
Isa. a.s Tidak hairanlah jika bangsa Yahudi menerima Nabi
yang paling ramai diantara puak dan bani arab yang lain.
Atas itulah bangsa Yahudi mendakwa mereka merupakan
bangsa yang "terpilih".

Mereka sebenarnya silap sedangkan merekalah bangsa yang
paling ramai membunuh para Nabi terdahulu (seramai 300
dibunuh), berbanding bani arab yang lain. Apabila Nabi
Isa a.s berdakwah kepada Bani Israel, mereka berniat
untuk membunuh Nabi Isa sendiri. Hinggalah Allah telah
mengangkat Nabi ke langit untuk meyelamatkan beliau dari
dibunuh.

Pembunuh itu mendakwa telah membunuh Nabi Isa dan di
Salibkan pada tiang berpalang, kerana lemparan fitnah
yang di dakwa oleh golongan ekstremis Yahudi. Mereka
telah memfitnah Nabi Isa sebagai anak tuhan (anak Allah).
Walaubagaimanapun pembunuh itu sebenarnya telah membunuh
orang lain yang hampir menyerupai Nabi Isa. Kesan dari
tindakan ini telah mewujudkan ajaran baru di takrifkan
sebagai Kristian Yahudi.

Mereka cuba membunuh Nabi Isa kerana untuk menyembunyikan
kebenaran catatan Taurat dan Injil menyebut akan lahir
seorang Nabi yang bukan berbangsa Yahudi dan berdakwah
untuk seluruh manusia. Nabi ini berasal dari puak Bani
Hashim yakni, baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Bani Israel
akan dipimpin oleh oleh seorang bangsa Arab. Keangkuhan
mereka menyebabkan Bani Israel cuba membunuh Nabi Isa
a.s. Dengan cara itu mereka dapat menyembunyikan
kebenaran Islam serta pengganti Nabi Isa iaitu Nabi
Muhammad s.a.w. Tetapi mereka tetap angkuh untuk tidak
menyembah Nabi yang selain dari bangsa Israel.

Dan mereka akan menghalang manusia menganut agama baharu
yang dikenali Islam. Akhirnya setelah ketiadaan Nabi Isa,
paderi-paderi Yahudi yang dikenali sebagai Rabbi, telah
mengubah fakta dan kandungan sebenar kitab Taurat dan
Injil. Kemudian Bani Israel telah mendakwa Nabi Isa
Al-Masih sebagai anak tuhan dan Mariam sebagai Ibu tuhan.
Allah pula pula sebagai bapa tuhan.

Nauzubillah, Yahudi laknatullah. Akhirnya Bani Israel ini
telah mengkhianati Nabi Isa dan derhaka kepada ajaran
Allah. Bahkan mereka menuduh Nabi Isa a.s kufur dan hina.
Manakala ibunya Mariam dituduh berzina. Walaubagaimanapun
Al-Quran tetap mengangap Mariam suci kerana kelahiran
Nabi Isa adalah mukjizat yang diturunkan Allah.

Zionis & Kristianisasi

Kitab ajaran Yahudi; Talmud adalah tonggak utama fahaman
ideologi Zionis bagi memerangi Islam. Kitab ini adalah
dikhususkan bagi bacaan orang Yahudi manakala yang lain
tidak dibenarkan. Antara kandungannya menyebut bahawa
Nabi Isa di dakwa sebagai Yeshuah .

Yeshuah juga dikenali sebagai Jesus Christ bagi orang
Kristian bukan Yahudi. Darah yang keluar menerusi tangan
yang disalib merupakan darah "penyelamat" suci untuk ke
syurga . Agama Yahudi ini hanyalah dikhususkan untuk
bangsa Yahudi sahaja, bangsa yang bukan berdarah Yahudi
tidak pula dituntut. Mana-mana bangsa yang bukan Yahudi
digelar 'Goyim' .

Walaupun istilah ini digunakan untuk membezakan bangsa
Yahudi dan bukan Yahudi, ia lebih menjuruskan kepada kaum
sasaran untuk disesatkan. Harta Goyim adalah milik bagi
orang Yahudi. Tetapi harta orang Yahudi tetap dimiliki
Yahudi. Goyim berperanan untuk berkerja dibawah Yahudi
samada sebagai pengikut atau hamba.

Orang Yahudi berhak membuat penipuan kepada Goyim demi
kepentingan mereka sendiri. Mereka juga telah mendakwa
sebagai bangsa yang dipilih tuhan untuk memerintah bangsa
lain di seluruh dunia .

Ajaran Kristian Yahudi adalah berbeza dengan Kristian
Goyim. Ajaran Kristian Yahudi didakwa ajaran yang asli
manakala penganut Kristian Goyim didakwa penyembah
berhala . Kitab Injil atau Bible bukannya ditulis oleh
Nabi Isa sendiri. Ia ditulis oleh Rabbi yang dikenali
sebagai John, Luke, Matthew dan Mark . Pendapat ini
dikukuhkan lagi menerusi catatan bahawa tidak wujudnya
sebarang Kitab Injil yang benar dari Nabi Isa sendiri.

Berdasarkan rumusan ini fahaman Zionis bermula dari
catatan Talmud sendiri. Apabila golongan Goyim menganut
agama Kristian, unsur zionis telah diserap secara halus
sebagai propaganda Yahudi. Akhirnya para pendita Yahudi
telah telah membuat kesimpulan bahawa ajaran Kristian
adalah bertujuan untuk menyesatkan dan memurtadkan umat
Islam.

Gerakan Missionari dan Kristianisasi

Pada kurun ke -17 beberapa buah negara Kristian telah
mengambil inisiatif untuk mengadakan perhimpunan muktamar
bagi memerangi pengaruh Islam. Muktamar Kristianisasi di
wakili oleh pelbagai bangsa dan negara. Pada pertengahan
kurun ke -20 Majlis Kristian Antarabangsa telah bergabung
dengan Majilis Gereja Antarabangsa demi matlamat
Kristianisasi.

Resolusi pengkristianan telahpun berlaku di negara-
negara Islam. Antaranya, pembukaan sekolah Kristian bagi
kanak-kanak muslim. Melalui ini mereka dapat menyerapkan
unsur-unsur barat bermula dari anak kecil. Institusi
pendidikan tinggi juga merupakan boleh menjadi saluran
penyebaran halus ideologi barat.

Manakala pekerja dan majikan asing semakin ramai melabur
di negara Islam. Tetapi sesiapa yang bekerja dibawahnya
terpaksa akur dengan beberapa peraturan-peraturan yang
bertentangan dengan Islam. Antara prasyarat yang paling
lazim ialah melarang pekerja wanita memakai tudung
ditempat kerja. Akibat kelalaian pemimpin, terdapat
pekerja majikan bukan Islam melarang mengerjakan solat.

Ini semakin keterlaluan apabila majikan Islam sendiri
melarang untuk mengerjakan solat sedang mereka berdiri di
negara 'Islam'. Ada tali barut dan pengkhinat agama yang
bersekongkol dengan musuh Islam lalu membiarkan masalah
ini berlaku. Terdapat pula golongan yang bertopengkan
muslim yang mukmin tetapi mempunyai niat yang salah
sehingga mempengaruhi sahabat handai murtad yakni keluar
Islam.

Saudagar asing yang bukan Islam kini telah membuka
kelab-kelab esklusif, bar, pusat hiburan dan pusat riadah
untuk menarik orang Islam datang masuk dan bergelumang
dengan dosa. Ini pernah berlaku kepada seorang pelawat
yang ingin masuk ke pusat riadah untuk berenang.
Pemiliknya mensyaratkan supaya pelawat yang hendak masuk
mestilah menggunakan pakaian renang yang diperkenalkan
barat. Satu perkara yang bertentangan didalam ajaran
Islam ialah mendedahkan aurat dan tubuh badan.

Bar yang disediakan dipenuhi arak kepada pengunjungnya .
Manakala disko dipenuhi ramai tetamu yang menari didalam
suasana suram bersertakan pergaulan lelaki dan wanita
yang sangat bebas. Pengunjungnya akan dilayan oleh
pelacur untuk perkhidmatan seks. Dari masalah arak
hinggalah kewujudan kelab malam telah menjadikan
pelacuran sebagai 'industri bersama'.

Para missionari pula telah mempelajari bahasa Arab dan
Al-Quran bagi memutarbelit fakta yang terkandung
didalamnya. Ini telah mewujudkan fahaman yang menyimpang
sehingga kewujudan ajaran sesat seperti Syiah yang
memuliakan Saidina Ali, cucu Nabi Muhammad s.a.w.
Penyelewengan ini menular di negara-negara Arab.

Tatkala ini menyebabkan perselisihan fahaman Islam
sehingga menjadi persengketaan hangat. Ini membuka
peluang musuh Islam untuk melaga-lagakan umat Islam.

Perkara ini pernah berlaku di Mesir apabila padri Zwimmer
yang terlibat dalam gerakan Missionari yang fasih
berbahasa Arab menyamar sebagai pelajar jurusan agama di
Universiti Al-Azhar di Kaherah. Beliau telah menyebarkan
risalah yang mengelirukan sehingga mewujudkan persilihan
dan fitnah keatas umat Islam.

Begitu juga paderi Henri Lamens yang berjaya melakukan
tugasan sama di Syam, Syria. Kegemparan ini telah berlaku
pada tarikh 1919 Masihi . Serangan komunikasi media juga
merupakan gerakan untuk mebaratkan negara-negara Islam.
Mereka telah menunjukan kisah dan drama 'swasta' dengan
mengagungkan peradaban barat.

Hari ini terbuktilah ceritera yang ditayang dimedia
dipenuhi dengan tayangan filem barat yang menganjurkan
seks bebas, keganasan dan tahyul yang melampau. Tidak
cukup dengan filem yang ditayangkan, iklan juga
mempengaruhi penonton untuk pergi melihat sendiri dan
datang ke tempat yang dianjurkan seperti mana taman tema
yang meyediakan pusat hiburan bebas bersama judi dan
kasino haram

Objektif Zionisme melalui Kristianisasi

Para orientalis telah membawa budaya barat kedalam negara
Islam. Tujuan utama mereka ialah menghapuskan amalan
Islam dalam setiap orang Islam. Melalui media mereka
telah menunjukkan filem sebagai wira bangsa dan
mempengaruhi penonton supaya mencontohi apa yang di
pertontonkan.

Sehinggalah penonton Islam itu lali melihat adengan yang
berulang kali seperti babak memegang tangan hinggalah
adengan peluk cium yang haram. Bagi penonton yang lemah
imannya akan mengaggap ia perkara biasa dan mecubanya
pula. Maka tergugat pula aqidah bangsa kita.

Usaha bagi mencabut aqidah umat Islam ditambah dengan
penemuan sains seperti Teori Darwin .Manakala falsafah
Marxist telah melahirkan ideologi Atheis iaitu fahaman
yang langsung tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Teori
Mantiq pula berasaskan logik semata-mata. Melaui falsafah
sedemikian, mereka bukan sahaja mengenepikan kewujudan
asal manusia dari keturunan Adam bahkan kebenaran
Al-Quran.

Perpaduan utuh umat Islam kini semakin retak menanti
belah. Hanya sedikit perselisihan faham sahaja
menyebabkan masalah diperbesarkan barat. Seperti yang
berlaku perpecahan umat Islam seperti konfrontasi Kuwait
dan Iraq. Pencerobohan tentera Iraq ke negara Kuwait
telah menambah campur tangan Amerika sehinggalah perang
berlaku.

Sepatutnya perselisihan faham ini perlu diselesaikan
bersama, kerana musuh Islam senantiasa mencari peluang
bagi melaga-lagakan umat Islam . Manakala usaha
memburukkan Islam giat dijalankan diseluruh dunia. Ini
juga bertujuan untuk menyekat penyebaran Islam di seluruh
pelusuk dunia.

Apabila sebut sahaja mengenai pengganas, mereka akan
menuding terus terhadap orang Islam. Mereka telah menutup
kebaikan Islam melalui propaganda yang menuduh orang
Islam itu mundur dan berkonsepkan pengganas. Usaha ini
dapat dilihat melalui filem barat yang menayangkan
keganasan Islam melalui pelakon kristian sendiri .

Mereka juga prejudis dalam media pendidikan yang menuduh
bahawa Islam disebarkan secara paksa bersama pedang.
Penawanan Israel di kota suci Baitul-Maqdis bermula
apabila pihak barat memecahbelahkan umat Islam.
Orang-orang yahudi telah menubuhkan sekolah yang
berunsurkan semangat kesukanan dan toleransi diantara
Yahudi dan Islam.

Mereka berjaya menghilangkan perasaan syak wasangka di
padang sukan dari pandangan umat Islam. Kelalaian inilah
menyebabkan pelajar Islam menerima lebih ramai kemasukan
orang Yahudi dan menambahkan lagi kegiatan ekonomi
Yahudi. Sehinggalah umat Islam telah kehilangan kuasa
memerintah ditanah sendiri seperti penindasan erjim
Zionis di Palestin pada hari ini.

Kristianisasi melalui Orientalis Fahaman orientalis
merupakan gerakan bagi mempelajari ilmu-ilmu, peradaban,
kebudayaan dan ketamadunan Islam. Dengannya mereka dapat
mengenal pasti sejauh mana mentaliti, hala tuju,
kecemerlengan dan kekuatan Islam.

Obektif utamanya ialah untuk membendung kekuatan Islam di
satu pihak. Ia dijalankan semenjak kejatuhan Empayar
Turki Uthmanniyah apabila revolusi Mustapha Kemal
"Attaturk" telah membawa ideologi baru agar masyarakat
setempat berpandukan kejayaan pemodenan barat. Kesannya
dari fahaman ini, warisan Islam di tanah para anbiya
telah dipisahkan antara agama dari kehidupan.

Jelaslah bahawa ini merupakan muslihat misionari untuk
mejatuhkan pengaruh Islam di Eropah. Muslihat Mustapha
Kemal berhasil apabila beliau telah memerintah secara
kuku besi dan melemahkan akidah rakyatnya. Rahsia
Mustapha Kemal telah diketahui bahawa beliau berdarah
Yahudi meskipun ibunya hanya seorang arab muslim.

Kesedaran rakyat Turki terlewat kerana Turki kini
telahpun menjadi negara Islam yang sekular . Setelah
jatuhnya Empayar Uthmaniyah di Turki, para Orientalis
telah mensasarkan negara-negara mundur di Asia Tenggara.
Di samping perluasan kuasa, secara tidak langsung mereka
menguasai masyarakat setempat. Orientalis juga telah
berusaha mencedok hasil bumi.

Ia di lakukan semasa penjajahan ke wilayah baru seperti
yang berlaku di tanah Melayu sendiri. Pihak Inggeris
telah mengeksploitasi sumber galian secara tidak sah lalu
membawanya pulang ke negaranya sendiri. Manakala rakyat
kita tidak mendapat apa-apa faedah langsung.

Penjajahan Inggeris di tanah Melayu telah membuka
cawangan baru bagi memperluaskan pelbagai bentuk jajahan
baru kristian. Ia terbukti dengan pembukaan kedai arak
dan judi. Inggeris telah memasang perangkap dengan
menggunakan kuasanya untuk memerdekakan tanah Melayu.

Tetapi, pemerintah di tanah Melayu telah dikenakan
perundangan British ditanah Melayu. Akibatnya,
perundangan Islam tidak lagi digunakan. Ini menunjukkan
mereka para penjajah menyekat tuntutan hukum Islam yang
mahu kita laksanakan. Akhirnya negara kita sendiri telah
menuju kearah masa depan 'sekular' yang cerah.

Adalah tugas kita sebagai orang Islam untuk bertindak
kerana apabila perundangan Islam tidak dilaksanakan,
perundangan sekularlah yang pasti muncul. Sebenarnya
perundangan syariah (hudud) boleh dibuat di Malaysia.

Perjuangan Kebenaran Agama Islam

Begitupun usaha untuk memburukkan Islam, perjuangan
menaikkan syiar Islam mestilah diteruskan. Islam
memerlukan nafas yang baharu untuk semua umatnya. Adalah
penting bagi umat Islam mengkaji semula kesucian Al-Quran
kerana Islam adalah agama yang diterima Allah.

Agama Islam adalah disifatkan sebagai kesinambungan agama
nabi-nabi terdahulu termasuklah Kristian sendiri. Ini
berdasarkan Taurat dan Injil sendiri meskipun telah
diolah semula oleh Padri Yahudi dan Vatican. Masih
terdapat lagi ayat yang boleh ditafsirkan Islam itu
sebagai agama kesinambungan Kristian yang mesti
dilaksanakan.

Menurut kitab Bible ;

"Humans all spoke one language at one time. These humans
were trying to build a tower to see God. God Warned them
to cease building the tower, yet they disobeyed God and
continued to build the Tower"

{ Old Testament; Genesis 11:1}

Ayat yang menarik perhatian saya ialah ayat yang pertama
bermaksud; Tatkala kesemua manusia (beribadat)
menggunakan satu bahasa dan masa". Ini secara tidak
lansung merujuk keatas agama Islam yang hanya memfokuskan
ibadah dalam bahasa Al-Quran sahaja. Tiada satupun agama
lain yang memfokuskan penggunaan satu bahasa ibadah
selain Islam.

Terdapat lagi sebuah ayat lagi yang menyebut;

"For then will I turn to the people a pure language, that
they may all call upon the name of the Lord, to serve him
with one consent."

{Old Testament; Zephaniah 3:9}

Berdasarkan ayat ini, Tuhan (Allah) akan menghalatujukan
ibadah dalam satu bahasa (Arab Al-Quran) DAN satu arah
(Kaabah). Ini boleh dilihat sebagai kesilapan
pemutarbelit penulis Injil kerana "terlepas dari
penapisan" yang dibuat sebelum ini.

Jelaslah ini merupakan sandiwara yang bermula oleh Padri
Yahudi sendiri. Tetapi amat pelik mengapa Kristian bukan
Yahudi amat rapat dengan Kristian Yahudi dalam memerangi
Islam. Dari segi fahaman agama mereka, Kristian bukan
Yahudi amat menyanjungi Al-Masih, tetapi bagaimanakah
mereka boleh menerima Kristian Yahudi sebagai rakan karib
yang pernah menghina dan membunuh Al-Masih sendiri?.
Wallahu'a'lam.

Kebangkitan Islam yang semakin tenggelam, memerlukan masa
pemulihan yang amat panjang. Pendakwahan Kristian
terhadap Islam mesti disekat kerana Kristian sebenarnya
bertujuan untuk mengkafirkan orang Islam. Persediaan ini
perlu diambil bermula dari sekarang tanpa melengahkan
masa lagi. Firman Allah;

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras
memusuhi orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan
golongan musyrik'

{ Al-Quran; Al Ma'idah 82 }

Berhati-hatilah dengan golongan yang bermuka -muka untuk
mengkafirkan kita secara tidak sedar. Mereka mempunyai
perlbagai cara untuk memutarbelitkan agama Islam. Mungkin
mereka ingin bertanya dan belajar tentang agama atau
menunjukkan kebaikan agama mereka. Walaubagaimanapun misi
mereka ialah memurtadkan umat Islam.

Penulis ingin menasihatkan supaya bersama-samalah kita
melihat dan membaca kandungan Al-Quran. Sebaik-baiknya
membaca bersama tafsiran yang menarik. Kemudian kita
perlu mengkaji kitab Injil untuk dibandingkan. Tidaklah
haram untuk memegang Injil selagi kita mencari kebenaran
Islam.

Ingatlah usaha pendakwah kita yang ingin dilaksanakan
sebelum kita terlewat diakhir zaman.

1
Hosted by www.Geocities.ws