Sayangnya Allah Pada Wanita
assalamualaikum...
Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita
tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA
dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki,
diantaranya adalah seperti berikut:-
1- lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh menekala dosa
gadis bujang ditanggong oleh bapanya.
2- lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan
yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !
3- Hukum menjelaskan
anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN !
4- Suami kena bagi
nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu
isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih
lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki
lebih-lebih
lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak di bayangkan beratnya
dosa-dosa yang ditanggongnya sepert gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian
nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki
mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oleh Allah SWT. Ini orang
lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
Wanita
1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
Tetapi tidak sebaliknya.
3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6- Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.
7- Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8- Wanita kurang dlm
beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg
tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah
sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd
suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih
utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita??
wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu
bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan
oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan
matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun
ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita
ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana mana pintu syurga yg
disukainya cukup dgn 4 syarat shj:
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta
menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala
seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...
Sayangnya ALLAH Pada
Wanita ....kan?