Sakaratul Maut.
Di satu malam yang hening, seorang O/B rebah di kamar mandinya, diserang lemah
jantungnya, yang mengugat nyawanya.
Di tengah malam, baru pulang dari sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur bersama
isteri mudanya, bersama mulut dan lidahnya yang dinajisi alkohol. Puan muda
segera menalipon doktor peribadi O/B, dan doktor pun berkejaran bersama beg
perubatannya. Sebatang jarum injeksin dibenamkan keurat O/B. Dan
berombak-ombaklah nafasnya, bergelombang dadanya, dilambung ombak
hempas menghempas, Tujuh hari tujuh malam O/B bergeletekkan, golek gelentang di
pembaringan. Dan seluruh isi dunia berkumpul di dalam kepalanya, "bangloku,
mercedesku, rumah-rumah sewaku, pengarah-pengarahku, wangku di dalam bank,
kuda-kuda lumbaku, padang golfku, anak-anakku di luar negeri dan isteri mudaku".
Nazak hempas menghempas, pulas memulas dan pintal memintal.
Mau makan? geleng kepala, minum? geleng kepala, isteri muda? geleng kepala, mau
ke G/highland? geleng kepala, mau melancung ke Eropah? geleng kepala, ke Mekah
naik haji? geleng kepala.
Habis apa yang engkau mau..........................................?
Oh! Tuhan panjangkan umurku.
Panjang umur? Berapa yang engkau mahu? 100 tahun cukup? 63 tahun
tidak cukup? tidak puas hidup? tak kenyang makan maksiat? belum bosan mengumpul
dosa? kau mahu panjang umur lagi?.
Sedetik lagi sakaratul maut datang, sedetik lagi Izrail datang, sedetik lagi
Malaikatul Maut datang.
Kau di ambang sakaratul maut............................kau nazak sekarang wahai
O/B. Dia semakin tegang dan semakin sendat nafas di dadanya, kedinginan mulai
memanjat kakinya, perlahan-lahan menjalar keseluruh jasad dan tubuhnya, dia di
lambung resah gelisah dan keluh kesah, keluhan dan rintihan:
Panas, dahaga, haus, panas..................air dari tujuh lautan mau di
teguknya, sebesar tujuh dunia kelaparan merobek usus-ususnya.
dan syaitan datang berbondong- bondong, meninjak-injak dan mengoda mau
'memurtadkannya'. Neneknya datang.........kau datang nenek?............... Kau
dahaga
cucuku? kau lapar cucu? mau minum? ini bijana penuh air madu, kalau cucu mau
masuk syurga minumlah air ini.
Ibu? kau datang ibu?................. ibunya mengoyang-goyangkan buah susunya,
ini ibumu nak, air susu ini yang membesarkanmu, 'buangkan Islam', matilah dalam
agama Yahudi.
Ayah? kau juga datang ayah?................ matilah dalam agama Yahudi, matilah
dalam agama Nasrani, matilah dalam agama Kristian, itulah agama yang akan
membawa kau masuk ke syurga katanya.................
Ucaplah......................LAILLAHAILLAH.................................
Tidak......................tidak.................................tidak......
................ Ucaplah
.....................LAILLAHAILLAH.................................
Tidak......................tidak.................................tidak......
................ Ucaplah
.....................LAILLAHAILLAH.................................
Tidak......................tidak
.................................tidak....................
Semuanya kini menahannya, "rumahku, mercedesku, wangku dalam bank,
saham-sahamku, kuda-kuda lumbaku, padang golfku, isteri-isteriku dan duniaku".
Sakaratul-maut semakin hampir tiba datangnya, Pak Lebai tua dari rumah setinggan
di kaki bukit banglonya dijemput oleh pemandunya dengan kereta mercedesnya,
memanjat bukit ke banglonya di puncak desir angin.
Tetapi lidahnya sudah kelu, dan Sakartul-maut kian hampir detik tibanya,
tiba-tiba manusia berjubah hitam datang, katanya " mari ikut kami" kemudian
manusia berjubah hijau membawa payung hijau datang, katanya " marilah ikut kami"
Datang sinar putih, datang kilatan hitam dan datang cahaya merah,
Apa ini................................?
apa ini...................................................?
"AKULAH
SAKARATUL-MAUT................................................."
Kedinginan merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut, dan kini
seluruh jasadnya di seliputi sejuk, dan akhirnya 'dingin' singgah di
'tenggurukkan' nya, kemudian datanglah Malaikatul-maut di hujung kepalanya. "Hai
jiwa yang keji, keluarlah engkau kepada kemurkaan
ALLAH..................................."
Maka rohnya berselerakkan keseluruh tubuhnya..............LALU................:
'INNALILLAH HI WAINA ILAI HI RAJIUN'
Para malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah
bau bangkai sebusuk-busuknya.
"TULISKAN SURATANNYA DI DALAM 'SIDDIN'
PADA BUMI YANG TERBAWAH"
Rohnya lalu dicampakkan, di kembalikan kedalam jasadnya, kemudian datanglah dua
Malaikat lalu di 'dudukkan' dia.
SIAPA TUHAN MU?...........................A.............A.............
Aku tidak tahu...........................
APA AGAMAMU?..................................A..............A.............
Aku tidak tahu...........................
SIAPA LELAKI INI YANG DI UTUSKAN
KEPADAMU..............................................
A...........A.........Aku tidak tahu..................................
Lalu datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh wajahnya, buruk pakaiannya, busuk baunya.........siapakah engkau?
"Akulah amalanmu yang keji.............................."
Kini dia diazab dan diseksa di dalam kuburnya, menunggu-nunggu doa dari anak-
anaknya yang soleh. "Mana doa dari anakku seorang doktor? mana doa dari anakku
seorang jurutera? mana doa dari anakku seorang peguam? mana doa dari anakku
seorang akitek? mana doa dari anakku seorang profesor?........................................."
MANA?..........................................MANA?........................................MANA?...................................???
DI SATU MASA ANDAKAN DITANYA,
DI MUKA SIDANG MAHKAMAH TUHAN,
KEMANA UMUR HARTA YANG BANYAK,
KEMANA ILMU TUAN GUNAKAN.
JANGAN DI HARAP MEMBELA DIRI,
DENGAN ALASAN DICARI-CARI,
MATA TELINGA TANGAN DAN KAKI,
SEMUA AKAN MENJADI SAKSI.
HIDUP INI HANYA SEJENAK ,
BERAMAL JUA YANG DIBAWA SERTA,
JANGANLAH LALAI KERANA ANAK,
JANGANLAH LUPA DISEBABKAN HARTA.
DARI ITU WAHAI SAHABAT,
PERBANYAK AMAL PETANG DAN PAGI,
KERJAKAN SURUH SEBELUM TERLAMBAT,
JAUHI LARANGAN SEBELUM PERGI.
"SETIAP AMALAN AKAN DIBALAS MENGIKUT APA YANG DILAKUKAN
SEMASA KITA HIDUP DI DUNIA INI"