Saidina Ali Dan Peminta Sedekah
Siti Fatimah,
isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali
mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah
jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah.
Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali
lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham
kepada pengemis itu.
Selang beberapa
hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor
unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina
Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu
dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa
hari.
Dalam
perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli
unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun
menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun
menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.
Beberapa hari
kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah
kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Apabila Saidina Ali mengatakan
tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya
ialah Mikail.
MORAL &
IKTIBAR
Allah membalas
atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam
kesusahan.
Memberikan
bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan
diterima di dunia lagi.
Berikanlah
bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan
kita semasa kita berada dalam kesusahan.
Keyakinan
kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan
dengan lebih banyak.