PESANAN ROH KEPADA MANUSIA.
Buat tatapan dan peringatan kepada semua ....
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama
ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan
pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
menuang- kan airmu dalam
keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah,wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikatkan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta
mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri
atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari
Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah
meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah
kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku
dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah
supaya jangan mempercepat- kan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara
anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai
anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu
lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku
dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
-----------------------------------------------
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari
perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga
sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan
sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail
A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.akan menebarkan sayap
di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka
dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut
maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang
ini sentiasa menjadikan lidahnya berziki kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari
arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan
sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga
gagal melakukan sebab kaki berkata:
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki
ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki
ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri
telinga maka telinga pun berkata:
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa
mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh
orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah
mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak
di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.