Penciptaan Nabi Adam
NABI Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. di muka bumi.
Baginda juga diutuskan sebagai nabi yang pertama dan merupakan nenek moyang
sekelian manusia. Baginda dijadikan oleh Allah daripada tanah.
Allah menciptakan Nabi Adam sebagai manusia yang pertama mendiami bumi yang
terbentang luas, beranak-pinak dan berketurunan menjadi manusia yang banyak,
bermacam-macam golongan dan bangsa yang berselerak di seluruh pelosok bumi.
Terlebih dahulu Allah memberitahu kehendak-Nya untuk mencipta Nabi Adam kepada
semua malaikat. �Aku hendak menciptakan manusia untuk menjadi pengatur di muka
bumi ini.�
Para malaikat lalu menjawab, �Apakah manusia yang Engkau ciptakan itu untuk
mengatur bumi, ya Tuhan kami? Tidakkah manusia itu nantinya akan merosakkan bumi
dan menumpahkan darah serta berbunuh-bunuhan?�
Lalu Allah berfirman, �Aku lebih mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya.�
Setelah mendengar jawapan Allah yang pendek tetapi mempunyai erti dan maksud
yang sangat dalam itu, semua malaikat terdiam. Mereka hanya berkata dengan
berbisik antara mereka, �Mereka memang benar! Tuhan kita mengetahui segala
sesuatu, daripada perkara yang sekecil-kecilnya sampai kepada perkara yang
sebesar-besarnya.�
Maka pada hari yang dijanjikan, terciptalah Nabi Adam daripada segumpal tanah
liat yang kering, lalu Allah meniupkan roh ke dalamnya supaya hidup, dapat
bergerak, berperasaan dan bernyawa. Selepas itu, Adam pun menggerakkan sekujur
badannya. Seterusnya terbukalah mata Adam, lalu bergeraklah jantung dan
berfungsilah paru-parunya.
Dengan terciptanya Nabi Adam itu, maka bermulalah kehidupan manusia di muka bumi
ini.