Pahala
Bismillah
Pada suatu
ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati
beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu
menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu
sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di
rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat
orang lelaki.
Wanita
yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
Wanita
yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita
yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai
di Baitullah.
"Wahai Fatimah, untuk setiap
wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7
parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah
sejauh langit dan bumi."
"Wahai Fatimah, bagi setiap
wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik
sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai Fatimah, untuk setiap
wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat
khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi setiap
wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka
Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan
kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak
berpakaian."
"Wahai Fatimah, bagi setiap
wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan
mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik
sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat
dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya."
Sabda Nabi
s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya,
memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari
sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan
didapatinya kuburnya menjadi sebuah
taman
daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api
neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Wanita
yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang
dibuat daripada yakut.
Semua
orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan
datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di
dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini
adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita isteri) yang solehah.
Salah satu
tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya
dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Sebaik-baik
wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia
menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat)
dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.