USAMA BIN LADEN - MUJAHIDIN ABAD KE 20

Usama adalah anak kepada Muhammad bin Ladin. Sebagai seorang anak muda,
beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan
penglibatan syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula
Masjidil-Haram dan Masjid-an-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi
kesan yang mendalam kepada beliau.

Pada tahun 1979, sebaik sahaja selepas beliau menamatkan pelajaran di
Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam
bidang Kejuruteraan Sivil, Soviet Union menyerang dan menduduki
Afghanistan. Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonon bantuan
antarabangsa. Usama bin Ladin menyahut seruan itu dengan menghantar
dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak keluarganya ke
Afghanistan. Beliau tersentuh, kata beliau, dengan permintaan dari umat
Islam yang lemah menghadapi 'kuasa-besar' abad ke-20. "Di dalam agama
kita, terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang
menyertai Jihad," kata beliau. "Sehari di Afghanistan adalah seperti
1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa." Pada mulanya
sumbangan beliau lebih kepada sumbagan sokongan.

Beliau merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai
tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih
mereka. Kemudiannya beliau juga telah mereka-bentuk terowong-terowong
pertahanan dan parit-parit di sepanjang sempadan Pakistan, memandu
jentolak, menghadapi risiko tembakan-tembakan helikopter Soviet. Tidak
lama kemudian, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan menyertai
pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama beberapa dozen pejuang
Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas sebuah bandar yang
bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan. Kepada para Mujahideen
Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara bukti pertama bahawa pihak
Russia boleh dikalahkan. Setahun kemudian, Bin Ladin memimpin satu
serangan ke atas tentera Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran
tangan yang hebat menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur shahid.
Walaubagaimanapun Usama dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga
menghalau pihak Soviet keluar dari kawasan tersebut, dengan Pertolongan
Allah SWT. "Beliau merupakan seorang wira pada kami kerana beliau
sentiasa di barisan hadapan, sentiasa mara ke hadapan," ujar Hamza
Mohammed, seorang pejuang Palestin yang menyertai Jihad di Afghanistan
dan kini menguruskan salah sebuah projek pembinaan Bin Ladin di Sudan.
"Beliau bukan sekadar memberikan wang beliau, tetapi beliau juga
memberikan diri beliau. Beliau datang dari istana beliau untuk tinggal
bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab. Beliau
masak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan
mereka. Itulah cara Bin Ladin.

" Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid-an-Nabawi pada sekitar
1980-an, Raja Fahd sendiri menawarkan Usama kontrak untuk membesarkan
Masjid Rasulullah SAW di Madinah. Kontrak ini akan memberikan untung
bersih sebanyak $90 juta kepada beliau. Beliau menolak tawaran ini
kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk mengalih perhatian beliau
dari Jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid. Beliau pernah berkata
bahawa kekayaan beliau bertambah dan perniagaan beliau semakin maju
selaras dengan bertambahnya wang yang beliau belanjakan untuk Jihad. Bin
Ladin pulang ke tanahair dan disambut sebagai kenamaan. Tetapi
kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan
kebenaran terutamanya yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan tersebut
sudahpun dikiritik oleh para aktivis Islam kerana penyelewengan dan
tidak melaksanakan perundangan Islam. Semua ini juga ditentang oleh Bin
Ladin. Akhirnya apabila Raja Fahd membenarkan tentera kuffar Barat masuk
ke Saudi ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik kerajaan dengan
terbuka. Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas aktivis
Islam lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah besar
'Arab Afghan' dari pelbagai negara mengikut beliau ke Sudan dan bekerja
di syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha membantu
Sudan dengan membina prasarana. Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau
penjenayah dan kewarganegaraan beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang
banyak juga diletakkan untuk kepala beliau.

Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih besar
dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah dilakukan
di Sudan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun mengalami
kecederaan. Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun,
membiayai Jihad di pelbagai negara di dunia seperti Afghanistan, Bosnia,
Yaman, Chechnia dan lain-lain tempat, sehinggalah kerajaan Sudan
mengusir beliau atas tekanan dari Amerika Syarikat dan atas tuduhan
beliau membiayai gerakan pengganas (gelaran kuffar Barat kepada
Mujahideen) di seluruh dunia. Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan
sekitar $300 juta, beliaulah yang dianggap sebagai 'U.S. State
Department' sebagai, "seorang daripada penaja kewangan utama gerakan
extermist Islam di dunia kini." Ataupun seperti mana yang dikatakan oleh
seorang pegawai Amerika Syarikat, beliau adalah 'ikan besar' kerana
reputasi keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh.

Menurut pegawai ini, "Bin Ladin adalah orang yang boleh pergi menemui
seseorang dan berkata, 'Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka,' dan beliau
akan mendapat cek tersebut serta-merta." Pada musim panas 1996, Bin
Ladin berpindah dari Sudan ke Afghanistan. Beliau kini di Afghanistan
membantu membiaya dan menyusun para Mujahideen seluruh dunia. Selepas
keadaan yang semakin buruk di Saudi Arabia, selepas penahanan para ulama
dan ratusan pemuda-pemuda Mujahideen, selepas kekayaan negara tergadai
kepada Barat dan pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Ladin
membuat keputusan untuk bertindak. Pada 26 Ogos 1996, beliau
mengeluarkan kenyataan yang pertama;. Dokumen berbahasa Arab setebal 12
mukasurat yang bertajuk, "Pengisytiharan Perang" oleh Usama bin Muhammad
bin Ladin. Kenyataan ini memberikan amaran terakhir kepada semua tentera
Amerika agar meninggalkan bumi suci umat Islam, atau mereka akan
menerima tindakan ketenteraan dari para pemuda yang sama, dengan bantuan
Allah SWT, telah mengalahkan kuasa kuffar terbesar di dunia, di
Afghanistan. "Umat Islam terbakar dengan kemarahan kepada Amerika. Demi
kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan [Saudi Arabia - bumi
tanah haram]" - Usama bin Ladin Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah
dengan kekayaan yang tak termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah
yang ada pada Jihad sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan
mewah dengan $300 juta? Masihkan kita sayangkan sedikit kekayaan kita
dari cinta pada Allah, juga Rasul-Nya? Masihkah kita sayangkan dunia ini
hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita
melupakan mati; Mati yang hanya sekali itu.... Untuk siapakah mati kita?
 

1
Hosted by www.Geocities.ws