NAMA NAMA IBLIS DAN PERANANNYA
Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis.
Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan
keturunan yang dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan
jin, merupakan moyang kepada syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir.
Syaitan juga mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka. Kota-kota mereka
terletak di-padang padang pasir, gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di
permukaan laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan duduk
beristirehat dan bermain main adalah didalam perigi yang kosong, tempat
terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran.
Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari menteri menteri, pemerintah,
wakil wakil dan rakyat jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang
paling kuat pengaruhnya dan wajib sesaorang itu berwaspada dgnnya.
1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang sedang
dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg
tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang yg
telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah
terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.
2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kerukunan
sesebuah rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa
curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka
terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan
perceraian.
3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan perlakuan zina dan
keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya
bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir
wanita masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya
ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat menlaksanakan
tugasnya dengan sempurna.
4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan
yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan
mereka reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah.
5) Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia.
Ia akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama
manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.
Wassalaam.