NABI MUSA DENGAN PENZINA
Pada suatu petang yang tenang kelihatan seorang wanita berjalan terhuyung-hayang.
Pakaiannya serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam kedukaan dan kesedihan.
Dia melangkah terseret-seret menuju ke tempat kediaman Nabi Musa. Diketuk
pintunya perlahan-lahan sambil mengucapkan salam.
Maka terdengarlah jawapan dari dalam, "sila masuk".
Wanita cantik itu lalu masuk sambil kepalanya terus tertunduk. Air matanya
berlinangan sambil ia berkata: "Wahai, Nabi Allah tolonglah saya agar Tuhan
berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu, hai wanita ayu?" tanya Nabi Musa terkejut.
"Sungguh sukar, untuk saya katakan," jawab wanita itu.
"Katakanlah. Jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.
Maka perempuan itu berkata dengan tersekat-sekat: "Saya...saya telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat. Hatinya terkejut.
Perempuan itu meneruskan kata-kata,"Dari penzinaan itu saya pun hamil. Satelah
anak itu lahir. Saya terus..cekik sampai mati."
Nabi Musa merah matanya. Dengan nada marah ia mengherdik: "Perempuan si*al!
Keluar kamu dari sini agar bala Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana
perbuatan mu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil mengalih matanya kearah lain.
Perempuan berwajah sayu itu dengan hati bagaikan kaca jatuh ke batu, hancur
luluh, bangkit dan melangkah keluar dari kediaman Nabi Musa. Tak tahu, mana
hendak mengadu lagi.Bahkan, dia tak tahu ke mana arah yang harus ditujuinya.
Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain akan menerimanya?
Tergambar olehnya betapa besar dosanya. Betapa jahat perbuatannya.
Setelah wanita itu meninggalkan kediaman Nabi Musa. Malaikat Jibril turun
menemui Nabi Musa dan bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang mahu
bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat. Dosa apakah yang lebih besar dari kehinaan wanita penzina
dan pembunuh itu?
Lalu Nabi Musa bertanya dengan perasaan ingin tahu kapada Malaikat Jibril. "Betulkah
ada dosa yang lebih besar dari dosa perempuan yang hina itu."
"Ada," jawab Jibril dengan tegas."Dosa apakah itu? "tanya Nabi Musa semakin
ingin tahu.
"Orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu
lebih besar dosanya daripada seribu kali berzina." jawab Jibril.
Setelah mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil semula wanita itu
mengadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk berdoa
memohonkan keampunan kapada Allah terhadap perempuan itu.
MUTIARA HIKMAH
1. Jangan meninggalkan sembayang dengan sengaja.
2. Tuhan pasti menerima taubat orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan
bersungguh-sungguh.
Oleh itu marilah kita sama-sama mengingati antara satu sama lain supaya kita
tidak lalai dalam menjalankan kewajipan terhadapNYA.