Mubaligh AS usaha murtadkan umat Islam
ROVE CITY(OHIO): Golongan mubaligh dan penganut Kristian dari beberapa negeri
Amerika Syarikat dan luar negara dilaporkan berhimpun di sebuah gereja di sini,
Sabtu lalu bagi menghadiri seminar sehari bagi mencari jalan memurtadkan umat
Islam di dunia.
Dalam seminar itu, kumpulan mubaligh Indianapolis dikenali Arab International
Ministry, yang sering menganjurkan kursus pendek, mendakwa sudah melatih 4,500
penganut Kristian AS untuk memesongkan akidah umat Islam sejak enam tahun lalu,
sebahagian besarnya selepas kejadian 11 September 2001.
Akhbar The New York Times melaporkan, seminar itu turut menghina umat Islam yang
akidahnya mudah dipesongkan dengan umpanan cip coklat, kasih sayang, kebajikan
dan kemesraan.
Kitab suci al-Quran turut menjadi sasaran penghinaan dalam seminar itu apabila
seorang mubaligh Kristian dari Beirut, Lubnan, turut memaparkan slaid didakwanya
ayat suci menunjukkan Islam agama ganas, kejam dan penuh dengan tipu muslihat.
"Dalam al-Quran ini jelas menyebut golongan kafir perlu dibunuh,� katanya yang
enggan dikenali kerana mendakwa nyawanya akan terancam kerana sering berdepan
dengan umat Islam.
Seorang peserta yang juga seorang guru pula mencadangkan cara terbaik menjerat
seorang Muslim meninggalkan Islam adalah dengan menyemai kasih sayang dan
kebajikan serta menjadikan buku Kristian New Testament sebagai hadiah.
Guru yang tidak dinamakan itu turut memberi tips bagaimana untuk mendekati
Muslim termasuk �mempelawa mereka makan di rumah, berikan mereka cip coklat.
�Jangan katakan bagaimana, tetapi ajar mereka yang satu-satunya cara untuk
selamat adalah dengan menerima Kristian. Kewajipan kita adalah menjadikan setiap
seorang Muslim sebagai Kristian.�
Peserta termasuk pelajar yang mencatat nota, serta dua paderi yang menyuarakan
keinginan untuk �memurtadkan umat Islam di AS atau menerusi misi di luar
negara.�
Menurut akhbar itu, ramai penganut Kristian di peringkat akar umbi mulai
menerima pandangan negatif mengenai Islam yang disuarakan ketua paderi yang
menghina Islam sebelum ini termasuk Franklin Graham, Jerry Falwell, Pat
Robertson dan Jerry Vines, bekas presiden Konvensyen Southern Baptist
Convention.
Kenyataan mereka itu mencetuskan kemarahan ramai umat Islam apabila Graham
misalnya menggelar Islam agama �syaitan dan amat kejam� manakala Vines pula
menyifatkan Nabi Muhammad saw �dirasuk syaitan.�
Menurut New York Times lagi, pertemuan di gereja di seluruh negara itu yang
sering dipenuhi ceramah dan buku menghina Islam dan mempromosi usaha memurtadkan
umat Islam, semakin popular.
Lebih 12 buku yang baru dicetak di AS yang mengecam Islam, kini dijual di
rangkaian kedai buku Kristian. � Agensi
�Biarpun nada suara penulis buku dan penceramah itu pelbagai, mereka berkongsi
pandangan sama iaitu dua agama terbesar dunia itu akan berbalah dengan Kristian
dianggap memaparkan ciri yang baik dan aman manakala Islam sebaliknya,� kata
akhbar itu.
Mubaligh Kristian terkemuka, Don Richardson yang pernah bertugas di negara Islam
dalam bukunya �Secrets of the Koran� dengan biadapnya menyamakan �ayat suci
al-Quran itu umpama makanan yang dicampur dengan racun oleh pembunuh untuk
melindungi niat jahatnya.�
Bulan ini saja, dia dijadualkan bercakap mengenai Islam di gereja di lima bandar
besar AS. � Agensi
Kebanyakan penulis buku dan pendakwa Kristian itu turut menuduh biarpun majoriti
umat Islam itu tidak �kejam, mereka sudah menjadi mangsa penipuan ajaran agama
palsu.� � Agensi