Seseoranng Islam Yang Mukallaf Boleh Menjadi Murtad Disebabkan I�tiqad Atau
Disebabkan Perbuatan Atau Disebabkan Perkataan.
Seseorang Islam Boleh Menjadi Murtad (Keluar Dari Agama Islam) Disebabkan
I�tiqad (Kepercayaan) Yang Bercanggah Dengan Aqidah Islam.
Diantaranya :
1.
Tidak Mengakui Bahawa Allah Taala Ialah Tuhan Yang Berhak Disembah.
2.
Tidak Mengakui Atau Ragu-Ragu Bahawa Nabi Muhammad Saw Itu Adalah Utusan Allah
Atau Mengingkari Salah Seorang Rasul-Rasul Yang Telah Terdahulu Dari Nabi
Muhammad Saw.
3.
Tidak Mengakui Bahawa Al-Quran Itu Diturunkan Kepada Nabi Muhammad Saw Dengan
Perantaraan Malaikat Jibril
4.
Tidak Mempercayai Dan Meragui Hukum-Hukum Allah Yang Disebutkan Di Dalam
Al-Quran Dan Hadith Rasulullah Saw.
5.
Tidak Mengakui Adanya Malaikat-Malaikat Dan Segala Urusan Yang Diserahkan Oleh
Allah Kepada Malaikat-Malaikat Itu.
6.
Tidak Mengakui Atau Ragu-Ragu Bahawa Hari Qiamat Itu Akan Dating Dan Yang
Berkaitan Dengan Hari Qiamat Seperti Syurga, Neraka Dan Lain-Lainnya.
7.
Tidak Mempercayai Qadha� Dan Qadar Iaitu Buruk Atau Baiknya Semuanya Ditentukan
Dan Datang Dari Allah Swt.
8.
Tidak Mengakui Dan Ragu-Ragu Menerima Ijma� Sahabat-Sahabat Nabi Saw Dalm
Perkara-Perkara Agama.
9.
Menghalalkan Perkara-Perkara Yang Telah Diharamkan Oleh Allah Dengan Dalil-Dalil
Qat�ie Seperti Menghalalkan Zina, Minum Arak, Makan Riba Dan Sebagainya.
10.
Mengharamkan Perkara-Perkara Yang Telah Dihalalkan Oleh Allah Dengan Dalil-Dalil
Yang Qat�ie Seperti Jualbeli, Berkahwin, Sewa-Menyewa Dan Sebagainya.
11.
Mengingkari Perkara-Perkara Yang Telah Diketahui Oleh Semua Orang Islam Suatu
Perkara Yang Telah Ditentukan Dan Ditetapkan Dalam Agama Seperti Mengingkari
Bilangan Waktu Sembahyang Atau Bilangan Rakaatnya.
12.
Tidak Mengakui Kewajipan Yang Telah Disabitkan Dengan Dalil-Dalil Qat�ie Seperti
Sembahyang Lima Waktu Sehari Semalam, Puasa Bulan Ramadhan, Zakat, Haji Dan
Sebagainya.