Mengenai Qarin
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat
Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk
terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli
keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta
seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada
semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan
mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam
kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan
memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam,
salam ceria dan sejahtera diucapkan.
Dengan izin barisan
moderator budiman. Sedikit mengenai qarin.
Ada orang yang
mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis ini,
akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan
tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan
manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang
itu
dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang
bersama manusia.
Perkataan qarin berasal
daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh
jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi
manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.
Kewujudan qarin di
samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan,
sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya
melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa
besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara
lain
ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik
atau murtad.
Dosa-dosa itu tidak
diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi
Allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.
Selain itu, qarin juga
berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun
dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia
menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti
orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah
kegiatan sihir.
Rujukan: Utusan Malaysia 31 Mac 2002 - Soal Jawab
Agama Bersama Dr. Amran Kasimin
Assalaamu'alaikum,
Saya ingin bertanya
tentang Qarin, di katakan setiap anak Adam lahir bersama Qarin, siapa di sebenar
menurut pandangan Islam, kemana pergi nya Qarin itu setelah anak Adam itu
meninggal dunia, boleh kasi huraian tentang Qarin dengan terperinci tak ?
terima kasih