MAYAT DISIKSA
Pernah berlaku di zaman Khalifah Abu Bakar As-Sidiq terhadap seorang sahabat
yang meninggal dunia. Setelah dimandi dan dikafankan, lalu diletakkan di satu
sudut rumah untuk disolatkan. Semasa solat hendak dimulakan, tiba-tiba mayat itu
bergerak-gerak. Tampillah seorang daripada mereka untuk menghuraikan ikatan
kafan kerana menyangka mayat itu masih hidup. Tatkala kafan itu terbuka,
alangkah terperanjatnya mereka kerana mayat itu dililit dan digigit oleh seekor
ular. Lalu mereka mengambil kayu untuk memukul ular tersebut.
Sekali lagi mereka terkejut kerana ular itu mengucap dua kalimah syahadat serta
berkata :
"Apakah sebabnya kamu hendak membunuhku. Aku tidak bersalah dan
tidak pula menyakiti kamu. Aku hanya menjalankan perintah Allah menyiksa
mayat ini sehingga Hari Akhirat".
Para hadirin bertanya : "Apakah yang menyebabkan mayat ini disiksa?"
Ular tersebut menjawab : "Mayat ini selama hidupnya telah melakukan tiga
kesalahan iaitu,
Pertama : Ia mendengar azan tetapi tidak diindahkan malah tidak pula mengerjakan
solat.
Kedua : Ia tidak mengeluarkan zakat hartanya.
Ketiga : Ia tidak mahu mendengar nasihat yang baik-baik dari para alim ulama'.
Itulah yang menyebabkannya disiksa sedemikian rupa."