Mandi bunga
kurafat
SOALAN
SAYA sering
dilanda malang yang turut membabitkan orang lain. Jika saya keluar dengan
keluarga atau kawan, sering berlaku perkara tidak diingini. Yang peliknya jika
mereka pergi tanpa saya, tiada berlaku masalah.
Kawan menganggap saya membawa malang. Ada yang menyuruh saya mandi bunga atau
menjalani perubatan tradisional untuk membuang sial.
Ini membuatkan saya lebih suka menyendiri di rumah dan tidak lagi keluar bersama
mereka supaya tidak berlaku kejadian buruk.
Soalnya, apakah definisi sial atau malang dalam Islam?
Adakah ia benar-benar wujud dan bolehkah saya menjalani rawatan tradisional (serta
mandi bunga) untuk membuang sial itu? Apa perlu saya lakukan?
JAWAPAN
Tiada istilah orang malang atau orang suci dalam Islam. Kepercayaan ini
sebahagian daripada kurafat yang dibanteras Nabi sejak zaman jahiliah. Jika
berlaku satu-satu keburukan dengan kehadiran saudara, ia secara kebetulan.
Tuhan tidak zalim untuk meletakkan malang dan sial pada seseorang. Cuba amalkan
membaca doa keluar rumah yang diajar Nabi, di mana dalam doa ini meminta Tuhan
melindungi kita daripada dizalimi atau menzalimi, memperbodohkan atau
diperbodohkan.
Jika doa ini diamalkan, insya-Allah tiada malang berlaku. Tiada syariat dalam
agama menyuruh amalan mandi bunga, Cuma bunga ada khasiat tersendiri, oleh itu
jika mahu mandi bunga kerana khasiat bunga itu tidak menjadi kesalahan, tetapi
jika mandi bunga dengan niat menghilangkan sial atau malang, ia satu kurafat.