MALAIKAT MAUT DENGAN SEORANG RAJA
Wahab bin Munabbih telah mennceritakan : “Ada seorang raja hendak pergi
menjelajah ke sebuah tempat, lalu dia meminta pakaian yang cantik-cantik.
Setelah mencuba berbagai pakaian tetapi beliau tetap tidak puas hati, akhirnya
beliau memakai pakaian yang paling baik. Hal yang serupa turut terjadi apabila
beliau berkehendakkan kenderaan yang terbaik. Maka beliau akhirnya memakai
pakaian dan kenderaan yang terbaik sekali”
Setelah berpuashati dengan pakaian dan kenderaannya, maka datanglah Iblis
menghembuskan lubang hidungnya dengan ‘virus’ sombong. Maka beliau menjadi cukup
sombong.
Kemudian datang seorang lelaki memberi salam tetapi tidak dijawabnya salam
tersebut kerana sombongnya. Lalu lelaki tersebut memegang tali kuda yang dinaiki
oleh raja tersebut. Oleh kerana lelaki tersebut memegang tali kuda dengan kuat
lalu raja tadi dengan marahnya berkata : “Lepaskan tali kuda ini, engkau telah
melampau”
Lalu lelaki itu berkata : “Aku ada keperluan yang hendak aku sampaikan kepadamu
sekarang”
Jawab raja : “Sabar, biar aku turun dulu dari kuda ini”
Lelaki itu berkata lagi : “Tidak, aku hendak sampaikan sekarang juga”
Lelaki itu tetap berkeras sehingga raja mengalah dan berkata : “Katakan apakah
keperluan yang engkau hendak ?”
Seterusnya elaki itu berkata : “Ini adalah rahsia”
Maka rajapun mendekatkan telinganya kepada lelaki tersebut dan lelaki
tersebutpun berkata : “Aku adalah malaikat maut”
Apabila terdengar sahaja kata-kata lelaki itu gementarlah seluruh anggota raja
dan berkata : “Wahai malaikat maut, tinggallah aku buat setika kerana aku hendak
kembali kepada keluargaku dan aku berjanji akan kembali setelah aku melihat
mereka”
Malaikat maut berkata : “Tidak ! Demi Allah, engkau tidak akan dapat melihat
keluargamu dan kelengkapan perjalananmu buat selama-lamanya”
Lalu malaikat mautpun mengambil nyawa raja tersebut dan jatuhlah raja itu dari
kudanya serta merta dan menjadi mayat.........