MALAIKAT MAUT DENGAN PEMUDA
BERIMAN
Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang mukmin
tersebutpun menjawab salamnya.
Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada hajat hendak disampaikan, tetapi aku
akan beritahumu dekat telingamu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Silakan, sebutkan hajatmu itu”
Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku adalah malaikat maut”
Orang mukmin tersebut berkata : “Selamat datang, sudah sekelian lama baru kamu
datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak aku
pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu”
Malaikat Maut berkata : “Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan dulu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Aku tidak mempunyai
apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan aku hendak
bertemu denganNya”.
Malaikat Maut berkata : “Pilihlah cara bagaimana engkau kehendaki aku mengambil
nyawamu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Sanggupkah engkau melaksanakan kehendakku ?”
Malaikat Maut berkata : “Ya, aku sanggup, katakan saja sebab memang aku
diperintahkan begitu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Tinggallah aku sebentar
kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku ketika aku sujud”
Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika beliau sedang
sujud mengadap Allah SWT.