MALAIKAT ISRAIL DITUGASKAN
MENGAMBIL TANAH UNTUK MENCIPTA ADAM MENCABUT NYAWA MANUSIA
Pada suatu ketika Allah memerintahkan kepada malaikat jibril supaya turun ke
bumi mengambil tanah untuk mencipta Adam. Apabila dia sampai di bumi, bumi
enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam hinggakan bumi bersumpah, demi
kerana Allah, tidak rela sebahagian tanahnya akan dijadikan Adam kerana khuatir
Adam akan membuat maksiat kepada Allah. Lalu Jibril naik mengadap Allah, dia
gagal mengambil tanah setelah mendengar sumpah bumi.
Kemudian Allah memerintahkan malaikat Mikail turun ke bumi dengan tujuan yang
sama. Dia juga turut mendengar sumpah bumi sepertimana yang berlaku kepada
Jibril. Lalu dia naik mengadap Allah dengan tangan kosong.
Lalu tiba giliran malaikat Israfil. Dia juga mengalami nasib yang sama, kembali
mengadap Allah dengan perasaan yang hampa.
Kemudian Allah memerintahkan malaikat Israil menjalankan misi yang serupa. Dia
telah mendengar sumpah bumi dan kembali mengadap Allah menceritakan tentang
kegagalannya.
Lalu Allah berfirman :�Wahai Israil ! Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan
ucapan bagaimanapun jangan engkau mengalah. Katakan bahawa apa yang engkau buat
atas perintah dab namaKu�.
Kemudian Israil turun sekali lagi ke bumi dan berseru kepada bumi : �Wahai bumi,
ketahuilah bahawa kedatanganku adalah atas perintah Allah dan atas namaNya. Jika
engkau membantah pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah dan
sudah tentu engkau tidak ingin menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah SWT !�
Mendengar perkataan Israil, bumi tidak dapat berkata apa-apa lalu membiarkan
sahaja Israil mengambil tanahnya. Menurut Ibnu Abbas, tanah-tanah itu adalah
seperti berikut ;
Kepala nabi Adam dari tanah Baitul Muqaddis kerana di situlah beradanya otak
manusia dan akalnya
Telinganya dari tanah Bukit Tursina ia alat mendengar dan tempat menerima
nasihat
Dahinya dari tanah Iraq kerana di situ tempat sujud kepada Allah
Mukanya dari tanah Aden kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan
Matanya dari tanah Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian
Giginya dari tanah Al-Kautsar tempat memanis-manis
Tangan kanannya dari tanah Kaabah untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama
manusia
Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak
Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus
Kemaluannya dari tanah Babylon, di situlah tempat seks dan tipudaya syaitan
untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa
Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan
Hatinya dari tanah Syurga Firdaus kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu,
kemahuan dsb.
Lidahnya dari tanah Thaif tempat mengucap Syahadah, bersyukur dan berdoa kepada
Allah.
Setelah mengambil tanah dari bumi, lalu Israil mengadap Allah SWT.
Allah berfirman : �Wahai Israil ! Engkau yang Ku tugaskan untuk mengambil tanah
dan kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut nyawa manusia�.
Lalu Israil berkata :�Wahai Tuhanku ! Hamba takut akan dibenci oleh seluruh anak
Adam !�
Allah menjawab melalui firmannya :�Tidak !, Mereka (manusia) tidak akan memushi
engkau�. Aku yang mengaturnya. Lalu Aku jadikan ada sebab untuk mendatangkan
kematian mereka spt terbunuh, terbakar dsb.