Kunci rahsia ke syurga
DARIPADA Abu Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Kamu
tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman sehingga
kamu berkasih-kasihan. Adakah tidak aku tunjukkan kamu suatu? Bila kamu kerjakan,
kamu akan berkasih-kasihan? Iaitu sebarkan salam di kalangan kamu. (Muslim dan
Abu Daud)
Pengertian
Dalam hadis ini Rasulullah telah menunjukkan kepada kita sebagai umatnya satu
rahsia yang paling senang menyebarkan salam dengan seluas-luasnya di kalangan
umat Islam, berkasih sayang sesama sendiri bersama keimanan yang mendalam.
Kesimpulan
Salam dapat mempengaruhi manusia ke arah hidup yang lebih harmoni. Oleh itu
sebarkanlah salam di kalangan kamu kerana itulah kunci rahsia ke syurga.