KOMA DI TANAH SUCI
Selama hampir sembilan tahun menetap di mekah dan membantu ayah saya menguruskan
jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti
tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita
yang berusia di pertengahan 30-an.
Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu
rombongan haji. ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti
al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke mekah sekejap untuk
menghabiskan cuti semester. Saya menetap di mekah mulai 1981 selepas menamatkan
semester. Saya menetap di mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di
sekolah agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di mekah,
cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk
menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam
keluarga.Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan
haji di lapangan terbang Jeddah. Kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak
riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. sebaik sampai, saya
membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah,
segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.
Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.turunlah mereka seorang
demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. tapi tanpa apa-apa
sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu
tumbang tidak sedarkan diri.sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus
jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "kakak ni sakit,"
kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. suasana yang tadinya tenang serta merta
bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku
.
"badan dia panas dan menggigil. kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita
bawa dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital
madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain
dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. berbagai-bagai
usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa
meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. Namun dalam
kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital madinah untuk mengetahui
perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak
sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya
makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan
situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar
ke hospital abdul aziz jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa
itu hospital di jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah.
Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti
diteruskan. kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.
Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di
Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut
masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu,
saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut
matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja
terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil
menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya.
Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis? Saya bertanya kepada wanita
tersebut, "kenapa kakak menangis?
"Mazlan ...kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi
benda-benda yang tak baik. kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan
saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan
demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang
putih. tapi kakak silap. kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.
Ibadat satu apa pun kakak tak buat. kakak tak sembahyang, tak puasa, semua
amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. rumah kakak penuh dengan botol
arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya
tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang
kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat,wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha
Besar, Maha Agung, Maha Kaya. semasa koma itu, kakak telah diazab dengan seksaan
yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang
balasan yang Allah beri kepada kakak. balasan azab Lan, bukan balasan syurga.
kakak rasa seperti diazab di neraka. "kakak ni seumur hidup tak pernah pakai
tudung. sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api. sakitnya tak
boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. menjerit-jerit kakak minta ampun
minta maaf kepada Allah.
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang
dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api
neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panansnya bukan main. kakak menjerit,
menangis kesakitan. kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah
dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururta itu terus bercerita. menurutnya
lagi, rapa tari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi
peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman.
Sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.Dengan suara
tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu
meneruskan ceritanya, "hari-hari kakak diseksa. bila rambut kakak ditarik dengan
bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. panasnya pula
menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. azab itu cukup pedih...pedih
yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia
betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan
menggigil mendengar ceritanya. begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang
ingkar.
"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan
segala macam dosa besar. kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan
allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang
berduri tajam.tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak
perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila
sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. sedangkan jari yang tercucuk jarum
pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut
kita.
"Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api.
bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut seluruh badan kakak rasa
seperti terbakar hangus panasnya cuma Allah saja yang tahu. api yang ada di
dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
"Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula
dengan minuman yang dibuat dari nanah. baunya cukup busuk.tapi kakak terpaksa
minum sebab kakak sangat dahaga.semua terpaksa akak lalui...azabnya tak pernah
rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh kebesaran
Allah.
"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa
sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidupsekali lagi. tak berhenti-henti
kakak memohon. kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi
kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat
yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung
segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu Maha Agung dan
Maha Berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. kalau
baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan
kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah
menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi Mazlan. kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu
sekali. kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak
dahulu. kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. bila saya membawanya ke mekah,
dia menjadi jemaah yang paling warak. amal ibadahnya tak henti-henti. contohnya,
kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke
biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. kakak kena jaga juga
kesihatan diri kakak. lepas sembahyang isyak tu kakak baliklah, makan nasi,
berehat..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. kakak ada bawa buah kurma. bolehlah kakak makan semasa kakak
lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam masjidil haram, dia
mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. selain itu dia
berdoa, mohon kepada allah supaya mengampunkan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan
perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. jadi saya menasihatkan
supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh mazlan. kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. mazlan
tak rasa, mazlan tak tau. kalau mazlan dah merasai azab itu, mazlan juga akan
jadi macam kakak. kakak betul-betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan
islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.
cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain
pula jadi macam kakak.
"Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai
rambut wanita islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan
muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. kalau 10 orang lelaki bukan muhrim
tengok sehelai rambut kakai ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang
tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. kalau 10
orang tengok, macam mana? kalau 100 orang tengok? itu sehari, kalau hari-hari
kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."kakak berazam, balik saja dari
haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang,
puasa, mengaji, buat ibadat. akak nak ajak suami pergi haji. seperti mana kakak,
suami kakak tu islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. kakak sudah
bawa dia masuk islam, tapi kakak tak bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula
yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita
tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar
solehah. adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. saya percaya dia bercakap benar. jika dia berbohong, kenapa dia berubah
dan bertaubat nasuha? satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu
dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam al-Quran dan Hadis.
adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara
saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara
ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah
kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan.
aku menyesal"... itu dah terlambat.