KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah
S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar,
maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan
orang-orang Yahudi lalu berkata :' Ya Muhammad, kami
hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah
diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak
diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau
malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang
5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W. :'Sembahyang Zuhur jika
tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuaatu
kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika
Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib
itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,
maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan
ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah
maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan
oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah
sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari
terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di
situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari
Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa
yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami
apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang
sembahyang.'

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu
sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,
sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam,
orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu
akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada
hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar,
adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi.
Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.,

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang
bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
sekali sembahyang yang pertengahan., sembahyang Maghrib
itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima.
Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang
Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah
akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (atamah).
Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga
pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam
malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya'
berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya
api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi
sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh
pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh
selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T.
dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari
Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah
apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini
katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T.
mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah
pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam
perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah
S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar
selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu
adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa
yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami
ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa
dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T.
dia akan diberi oleh Allah S.W.T. 7 perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya
(daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).

2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat
mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat
untuk menyeberang titian sirath.

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua
para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa
mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap
menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat
pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla
illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya
bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan
Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu,
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada
orang2 yang sabar." (Al-Baqarah :155)

 

1
Hosted by www.Geocities.ws