Kisah Nabi Allah Khidir
Biarpun tidak disebut dalam al-Quran, Nabi Khidir menjadi sebutan umat Islam
sejak zaman berzaman, malah ada juga yang percaya beliau masih hidup sehingga
sekarang.
Siapakah sebenarnya Nabi Khidir sehingga dianggap sedemikian rupa?, Sedangkan 25
orang Rasul yang dinyatakan Allah secara qatie (putus) didalam Al-Quran semuanya
telah wafat kecuali Nabi Isa.
Kita wajib percaya ujutnya Nabi Khidir sebab didalam Al-Quran dan Hadis begitu
jelas menerangkan , tapi kalau kita kata baginda masih hidup itu tidak dapat
kita terima. Apa perlunya Nabi Khidir dihidupkan sedangkan jujungan besar kita
Nabi Muhamad s.a.w diwafatkan oleh Allah. Malah Nabi Isa juga sebenarnya
diwafatkan Allah, Cuma caranya berlainan yaitu roh dan jasadnya diangkat
kelangit.
Didalam Al-Quran ada menceritakan pertemuan Nabi Musa dengan lelaki soleh yang
disebut sebagai hamba-Nya yang diajarkan ilmu laduni. Nabi Musa berguru beberapa
ketika dengannya sebelum meneruskan dakwah baginda keatas kaum Bani Israel.
Lelaki itulah diyakini para ulama tafsir seperti Ibnu Abas, Ibnu Kathir dan Al-Tabari
sebagai Nabi Khidir. Dalam bahasa Arab Khidir bermaksud hijau.
Berdasarkan dalil Al-Quran Nabi Khidir diujutkan semasa zaman Nabi Musa, pada
suatu ketika Nabi Musa berdakwah kepada kaumnya tentang ajaran Allah, selesai
Baginda berucap, bangkitlah seorang lelaki lalu bertanya, � Wahai Musa! Siapakah
manusia yang paling pandai?� dengan pantas Nabi Musa menjawab �Aku!�, Lelaki itu
bertanya lagi �Adakah pernah kau tau, ada orang lebih berilmu daripada kau!�
�Tidak!� jawab Nabi Musa. Tetapi jawapan Nabi Musa segera ditegur Allah kerana
ucapannya itu tercermin riak kesombongan. Lantas Allah menurunkan Wahyu
menyatakan ada lagi seorang hamba-Nya yang lebih berilmu (Sahih Bukhari, Hadis
ke 72). Insaf dengan teguran Allah itu, Bersama seorang pengikutnya, Yusak Bin
Nuh, Nabi Musa bermusafir mencari lelaki soleh tersebut hingga menemuinya disatu
tempat dimana bertemunya dua lautan. (Surah al-Khafi:60-82).
Dikatakan tempat itu ialah dipertemuan Teluk Suez dengan Teluk Akabah dilautan
Merah. Ini karana disitulah lokasi peredaran sejarah kehidupan Bani Israel yang
dipanggil Daratan Sinai setelah mereka keluar dari bumi Mesir.
Sebagai Pesuruh Allah Nabi Musa memiliki ketinggian ilmu sehingga baginda dapat
menghadapi kezaliman dan keangkuhan Firaun, Haman dan Qarun. Malah Baginda juga
berhadapan perbagai kerenah Bani Israel sehingga dikurniakan Mukjizat yang hebat
seperti boleh membelah lautan, Tongkat menjadi ular dan diturunkan makanan dari
langit.
Kata-kata Nabi Musa itu telah dicelah Allah dan mengutuskan Nabi Khidir untuk
menyedarkan Baginda bahawa masih terdapat hamba-Nya yang lebih berilmu. Nabi
Khidir adalah seorang yang Soleh yang berperanan menyebarkan risalah Allah
kepada orang disekitarnya. Tetapi Nabi Khidir tidak diutuskan seperti Nabi-Nabi
lain yang bertaraf Rasul.
Nabi Khidir ditugaskan membimbing Nabi Musa yang hidup dizamannya, sebagaimana
kita sekarang wajib menyampaikan dakwah kepada orang lain disekeliling kita.
Baginda tidak dikurniakan Mukjizat seperti Nabi Musa sebaliknya diajarkan ilmu
secara Laduni.
Hal ini turut dimiliki Para Wali Allah dan Alim Ulama yang dianugerahkan Allah
Ilmu Makrifat serta Kasyaf. Golongan ini selalunya berhati-hati daripada
mendabik dada dengan Ilmu yang mereka miliki. Sifat Warak dan merendah diri pada
Baginda inilah yang diamalkan oleh Wali Allah sehingga orang ramai
menyebut-nyebut namanya sampai kehari ini.
Biarpun ada golongan Sufi mendakwa ada bertemu malah bersahabat dengan Nabi
Khidir, Tetapi sebenarnya yang ujut adalah semangat kewarakan Baginda, Seperti
Syiekh Kadir Jailani, namanya sentiasa disebut-sebut walaupun telah wafat ribuan
tahun yang lampau.
Begitu juga orang yang mati syahid seperti Para Sahabat Rasulullah, Al-Quran
sendiri menyebut mereka ini tidak mati walaupun hakikatnya jasad mereka telah
disemadikan. Oleh itu marilah kita ambil jalan tengah, Setiap manusia itu pasti
mati, Begitu juga Nabi Khidir, memikirkan sama ada Nabi Khidir masih hidup atau
tidak adalah lebih baik kita menanamkan sifat Nabi Khidir dalam diri kita. Ini
kerana bukan saja Nabi Musa mesti mencari Khidir untuk menambah ilmu malah
sesiapa saja perlu mencari Khidir. Orang yang mempunyai watak seperti Khidir
memang sukar ditemui. Namun kita sering ditemui orang alim yang bertutur penuh
hikmah dan kejernihan buah fikirannya dapat dijadikan pedoman hidup. Dipandang
dari satu segi dikata ujut ramai Khidir dan dia tidak mati melainkan sentiasa
silih berganti. Marilah kita amalkan semangat Nabi Khidir dalam menyebarkan ilmu
tanpa sifat angkuh dan sombong. Insyaalah!!.