Kisah Isteri
Yang Taat
Diriwayatkan ada seorang wanita yang sudah bersuami. Pada suatu hari bapa si
wanita ini sakit tenat. Si isteri meminta izin kepada suami untuk keluar
menziarahi bapanya, namun tidak diizinkan. Si wanita memberitahu hal ini pada
Rasulullah dan bertanyakan kepada Rasulullah adakah dia boleh pergi menziarahi
bapanya yang sakit sedangkan suaminya tidak mengizinkan. Rasulullah menjawab
tidak.
Kemudian si wanita mendapat tahu bahawa bapanya sakit tenat, lantas dia meminta
izin suaminya untuk menziarahi bapanya. Si suami tidak mengizinkannya keluar
rumah. Si wanita bertanyakan lagi kepada Rasulullah. Jawapan Rasulullah masih
sama..tidak boleh.
Akhirnya si wanita diberitakan bahawa bapanya telahpun meninggal dunia dan dia
meminta keizinan suaminya untuk ke majlis solat jenazah dan pengebumian bapanya.
Juga si suami tidak mengizinkan. Si wanita bertanyakan kepada Rasulullah.
Rasulullah juga menjawab dia tidak boleh keluar rumah selagi tidak mendapat
keizinan suami.
Keesokan harinya, Rasulullah menyampaikan pesanan kepada wanita itu, bahawa
sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya dan dosa bapanya diatas
ketaatannya kepada suami.
Yang perlu difikir
:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampukan sekiranya bapanya sempat
bertemu dengan si wanita ketika dia sakit tenat?
:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada
di sisi bapanya di saat menjelang ajal si bapa?
:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada
bersama di majlis pengebumian bapanya?
Dosa si wanita dan bapanya diampunkan kerana taatnya si wanita mematuhi perintah
suaminya. Namun harus diingat juga, perlu ada timbangrasa di kalangan suami.
Bukan bermakna si isteri perlu duduk di rumah bagaikan dalam penjara. Perlu
diizinkan isteri keluar andainya perlu.
Yang perting dalam perhubungan suami isteri adalah kepercayaan. Kepercayaan
mudah diperoleh, tetapi sekali ianya dirosakkan, amat sukar didapatkan semula.