Kisah benar gadis iskandariah

Sesuatu yang cukup menarik saya baca dalam majalah manar Islam
keluaran terbaru tentang citer bagaimana seorang gadis iskandariah yang
menaiki mikrobas (bas kecil) atau bas mini untuk menuju ke sebuah
destinasi di dalam wilayah iskandariah

Pakaiannya agak nipis dan seksi sehinggakan hampir terserlah segala
yang disembunyikan selama ini bagi seorang perempuan. Umurnya dalam
lingkungan 20 tahun.

Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk di sebelah
pintu mikrobas, seorang tua yang rambutnya telah dipenuhi uban
menegurnya.....

Wahai pemudi... alangkah baiknya jika kamu berpakaian dengan pakaian
yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam
kamu....
daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar lelaki..

Lalu gadis itu menjawab.... siapakah kamu hai orang tua? apakah di
tangan ada anak kunci atau sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?

lalu dia ketawa mengejek panjang. lantas cuba memberikan handphonenya
kepada si tua itu sambil berkata..... ambil handphoneku ini dan hubungilah
ALLAH SWT serta tolong tempahkan sebuah bilik di jahannam untukku.. lantas

ketawa lagi..

si tua dan penumpang2 bas itu terdiam. mereka tak menghiraukan lagi
karenah gadis yang tak mengetahui hukum hakam itu. 10 minit kemudian
mikrobas sampai ke perhentian... lalu penumpang mula mengejutkan gadis
tersebut yang tertidur di muka pintu mikrobas.. puas di kejutkan, gadis
tersebut tetap tak sedar.... pulang menemui tuhannya dalam keadaan yang
tak disangka2. para penumpang hanya menggelengkan kepala sambil
beristighfar kepadaNYA

(petikan daripada manar Islam Jumadal Awwal........ nihayat fatat el
sekendari- pengakhiran hidup gadis iskandariah


Subahanallah....

 

1
Hosted by www.Geocities.ws