Kisah 5 sen
Assalmmu'alaikum wbt.
Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia
sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi
tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat
terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata "tolong
bebas kan aku". Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim
akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.
Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah
terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar
langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh
ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak
jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya
dia dapat menyelesaikan mimpinya.
Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut
ialah roh ayahnya. Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni
dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya.
Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi.
Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu
meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang diterima, ayahnya
adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal
kebajikan untuk kabaikan Islam. Setelah terpisah ketika perang Jepun, aruah
ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa.
Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan
rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak
perempuan.
Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui
jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. Ibu
tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik
setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati. Dia takut
Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati. Bagimanapun daripada
peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan
dan tidak ada satu pun yang tinggal.
Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan memohon
semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap
diampunkan.
Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.
Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu
tirinya tentang mimpi yang dialaminya.Mimpi tersebut bermula setelah kematian
ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang
yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak
pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya.
Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah
suaminya. Mungkin orang lain.
Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan
untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang
lelaki. Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi
(bukan nama sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya
lelaki tua tersebut.
Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur
aruah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan
orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya
Azlan. Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku
tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa
dengannya.
Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz
Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik ber- selisih paham
dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia
telah mengampunkan segala dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan
hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.
Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat
peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. Ketika itu kami sedang
minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia
membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu. Dia
berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan
kami terus berpisah. Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku
halalkan hutang
lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku.
Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi.
Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).
Moral cerita;
Renungilah hadith nabi berikut:
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka
tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh
itu hingga dibiarkan hutangnya itu"
Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh
(Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu
kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat
kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu
Roh teawang-awang diantara langit dan bumi.
Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada
hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah
kita mati.
Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada
waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.
Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:
"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara
berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah
kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang
menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan
menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu
mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa
kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau
kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik
dengan sempurna."
Sekian, wassalam