Kelebihan Bulan Rajab
Asslamulaikum saudara/i sekalian;
Bulan Rejab
datang kembali. InsyaALLAH kita akan mengharungi bulan Rajab. Oleh itu
bersama-samalah kita memanfaatkan kelebihan bulan Rajab.
(8hb
September 2002 � I hb Rejab 1423)
Diriwayatkan
bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Ketahuilah
bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu
hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang
besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa
yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa
berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari
bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di
kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya
syaitan dan dajjal.
Barangsiapa
berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka
Jahanam.
Barangsiapa
berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga
baginya.
Barangsiapa
yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh
ALLAH SWT.
Barangsiapa
berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya
yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan
barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan
pahalanya."
Sabda
Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih
manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu
saya bertanya Jibril as: "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Berkata
Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk
engkau dibulan Rajab."
Dalam sebuah
riwayat Tsauban bercerita:
"Ketika kami
berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan
Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT.
Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda
menangis?"
Lalu
Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur
mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas
mereka."
Sabda
Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa
satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan
Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur."
Tsauban
bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah
satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda
Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai
nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan
mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH,
kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan
solat malam satu tahun."
Sabda
Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku
(Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."
"Semua
manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi,
keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan
Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus
bagi mereka."
KELEBIHAN BULAN REJAB
|
Beberapa hadis Rasulullah saw
menunjukkan kelebihan bulan rejab:
|
|
1. |
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
|
|
2. |
Bulan Rejab bulan Allah, bulan
Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
|
|
3. |
Kemuliaan Rejab dengan malam Isra'
Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan
Lailatul-Qadarnya.
|
|
4. |
Puasa sehari dalam bulan Rejab
mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari
dilipatgandakan pahalanya.
|
|
5. |
Puasa 3 hari pada bulan Rejab,
dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya
setahun perjalanan).
|
|
6. |
Puasa 7 hari pada bulan Rejab,
ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
|
|
7. |
Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan
dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang
pertama menziarahi Allah dalam syurga.
|
|
8. |
Kelebihan bulan Rejab dari segala
bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
|
|
9. |
Puasa sehari dalam bulan Rejab
seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
|
|
10. |
Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah),
diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat
kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
|
|
a.
|
Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
|
|
b.
|
Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
|
|
c.
|
Terlepas daripada dahaga di akhirat.
|
|
11.
|
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya
dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
|
|
12.
|
Siapa bersedekah dalam bulan Rejab,
seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap
helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah,
dihapus seribu kejahatan.
|