Ditarik Ke Neraka

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat 
golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. 

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu 
supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta 
berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul! 

1. Ayahnya 
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak 
perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama 
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-
anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan 
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka 
oleh anaknya. 

2. Suaminya 
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. 
Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi 
untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam 
diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa 
tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya. 

3. Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh 
ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya 
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran 
ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 

4. Anak Lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg 
haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & 
sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di 
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. 

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia 
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang 
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman ALLAH SWT:- 
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI 
MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..." 

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan 
seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga 
(sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita 
membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan 
pada kita.

 

1
Hosted by www.Geocities.ws