6
Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya...
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul
bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia
lalu muridnya menjawab :
" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'.
Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185
KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia
lalu muridnya menjawab :
" negara China, bulan, matahari dan bintang".
Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul
tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun
kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga
hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di
kemudian hari nanti.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini
lalu muridnya menjawab:
" Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.
Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia
lalu murudnya menjawab :
" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa
semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'.
Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi
manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di
bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah
dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah
ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia
lalu muridnya menjawab :
" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan
bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan
sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang
disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia
lalu muridnya menjawab :
' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan
itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan
lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga
berlakunya perbalahan dan perpecahan.