10 WASIAT HASAN AL BANNA
1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau
bagaimana keadaan kamu sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang
baik atau
berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.
3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana ia
merupakan satu satu syiar islam.
4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong
tidak membawa kepada sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu
sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan
serius dalam setiap perkara.
7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.
8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan
jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.
9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat
demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk
memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa
perlaksanaannya.