KITAB BIMBINGAN MUKMIN - Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali

 

 

Kitab

Uzlah (Menyendiri) Dan Pergaulan

 

 

          Ketahuilah, bahwasanya setengah-setengah para salaf, ada yang suka beruzlah atau memencilkan diri dari orang ramai (menyendiri), kerana di dalam uzlah itu terdapat berbagai-bagai faedah; seperti senang beribadat tanpa gangguan atau melapangkan diri untuk berfikir-fikir ataupun menumpukan perhatian kepada pendidikan ilmu pengetahuan. Selain itu dengan uzlah dapat menjauhkan diri dari melakukan larangan-larangan Allah yang biasanya dilakukan oleh orang ramai disebabkan pergaulan seperti riya’, mengumpat meninggalkan perintah membuat kebajikan dan menjauhi dari melakukan kemungkaran, meniru-niru tabiat dan akhlak yang buruk atau perbuatan-perbuatan yang jelek dari kawan-kawan yang jahat atau seumpamanya.

 

          Sementara para salaf yang laian menggalakkan pergaulan dengan orang ramai dan mencari seberapa banyak kenalan dan kawan untuk menempa perpaduan dan kasih sayang antara kaum Mu’minin. Kemudian bertolong-tolongan antara satu dengan yang lain dalam urusan-urusan agama, yakni untuk menegakkan kebaktian dan ketaqwaan kepada Zat Allah yang Maha Agung Subhanahu wa Ta’ala.

 

          Hanya dengan jalan bercampur gaul sajalah segala faedah uzlah atau memecilkan diri dapat terhasil; iaitu dengan tekad bersungguh-sungguh serta mengalahkan hawa nafsu. Pendekata percampur gaulan itu mempunyai bayak faedah yang besar mengatasi faedah-faedah memencilkan diri.

 

          Mungkin anda akan bertanya; Apakah dia faedh-faedah bercampur gaul itu, dan apakah pula pendorong-pendorong yang menyebabkan kita wajib bercampur gaul? Faedahnya ialah: Memberi pengajaran kepada orang lain atau mengambil pelajaran daripadanya. Melakukan sesuatu pekerjaan yang bermanfaat kepada orang lain, atau mengambil manfaat dari sesuatu pekerjaan yang dilakukan orang. Mendidik atau menerima didikan. Menempa hiburan atau menghiburkan. Mendapat pahala kerana menunaikan sesuatu hak yang wajib. Selain itu dapat mempraktikkan diri supaya bertawadhu’ dan mendapatkan faedah dari berbagai-bagai pengalaman orang lain, serta mengambil I’tibar dari contoh tauladan.

 

          Berikut disenaraikan faedah-faedah bercampur gaul serta huraikan secara terperinci agar manfaatnya tinggal berkesan di dalam diri.

 

 

Memberi pengajaran atau menerima pelajaran

 

          Kedua-duanya terkira antara sebesar-besar ibadat yang boleh dilakukan oleh seseorang di dalam dunia ini. Yang demikian itu tidak akan tercapai, melainkan menerusi percampur gaulan. Orang yang sangat berhajat kepada pengetahuan dan menuntut pelajaran ilmu agama yang wajib adalah dosa kepada Allah, kiranya ia memencilkan diri dan beruzlah. Orang yang mempunyai bakat dan mampu ke depan untuk mempelajari ilmu pengetahuan syariat dan ilmu pemikiran, baginya memencilkan diri sebelum mempelajari ilmu-ilmu tersebut adalah suatu kerugian yang besar. Sebab itulah Nakha’I dan orang-orang yang seumpamanya berkata: Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu pengetahuan terlebih dahulu, kemudian baru pencilkan diri atau duduk beruzlah.

          Seseorang yang memencilkan diri sebelum menerima ilmu pengetahuan terlebih dulu, adalah orang yang mensia-siakan masanya dengan banyak tidur atau memikirkan sesuatu yang tidak berfaedah. Paling banyak aia menghabiskan masanya dengan membaca berbagai-bagai wirid dan mengulangi-ulanginya, padahal amalan-amalan yang dilakukan menerusi bdan dan hati itu, tiada terjamin akan terlepas dari kemegahan dan kebanggaan diri. Cara serupa ini selalunya menjadi tertawan syaitan belaka, sedangkan ia mengganggap dirinya orang yang banyak beribadat. Ketahuilah bahwa ilmu pengetahuan itulah yang menjadi puncanya agama, dan tidak ada gunanya beruzlah atau memencilkan didi bagi orang umum yang jahil dan bodoh.

 

          Adapun tentang pengajaran dan menaburkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai, maka pekerjaan ini memang besar pahalanya, apabila niat si pengajar dan si pelajar itu bersih dan jujur.

 

 

Memberi manfaat dan mengambil manfaat.

 

          Mengambil manfaat dapt dihasilkan menerusi usaha dan bermu’amalah, dan yang demikian itu tidak boleh berlaku melainkan dengan bercampur gaul dengan orang ramai. Oleh kerana itu orang yang suka berusaha sendirian. Lalu suka pula bersedekah dari amal usahanya, maka ia adalah lebih utama daripada orang yang suka memencilkan diri dengan banyak melakukan amal ibadat saja.

 

          Adapun memberikan manfaat pula, ialah dengan membuat sesuatu perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain, sama ada dengan membelanjakan wang ringgit mahupun dengan memeras tenaga sendiri; umpamanya menolong orang lain dalam segala keperluannya, semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah Ta’ala. Menyediakan diri untuk menunaikan hajat-hajat kaum Muslimin ada pahalanya dan yang demikian itu tidak akan terlaksana melainkan dengan bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang mampu menjalankan kerja-kerja serupa ini dengan menjaga batasan-batasan, adalah lebih diutamakan daripada orang yang hanya memencilkan dirinya kerana sesuatu pekerjaan yang tak berfaedah.

 

 

Pendidikan

 

          Adapun mendidik orang lain dengan berbagai-bagai nasihat ataupun mengambil pelajaran-pelajaran pendidikan bagi dirinya sendiri; iaitu dengan melatih diri untuk menanggung

 

 

Penghiburan

 

          Menghibur diri atau menghiburkan orang memang amat digalakkan dalam urusan agama, iaitu bagi orang yang benar-benara merasa terhibur, bila melihat hal-ehwalnya atau ucapannya dalam urusan agama, dan ada kalanya berkaitan juga dengan kepentingan diri.

          Penghiburan juga kadang-kadang menjadi sunnat, kalau tujuannya ialah untuk melapangkan hati, agar sesudah itu akan timbullah sebab-sebab yang bakal mencergaskan diri semula dalam melakukan ibadat, sebab hati itu apabila terlalu sedih atau risau, niscaya ia akan menjadi buta. Jiwa manusia itu tidak selamanya dapat dipaksa membuat yang hak semata-mata, selagi tidak diberi kelapanganuntuk dihiburkan dan dalam memaksanya menunaikan kewajiban-kewajibannya terus-menerus akan menimbulkan rasa bosan dan perasaan meleset.

          Ibnu Abbas telah berkata: Andaikata tidak kerana takutkan perasaan waswas timbul dalam diri saya, niscaya saya tidak akan mengajak orang ramai duduk bersenang-lenang.

          Nyatakan seorang yang memencilkan dirinya itu, tidak boleh tidak mestilah berkehendakkan seorang teman yang dapat diajak bertemu dan berbual dalam sehari semalam, walaupun sebentar saja. Oleh itu hendaklah ia berusaha mencarai seorang teman yang sesuai dan mengerti kehedaknya. Jangan sampai masa sebentar bersenang-lenang dengan teman itu, kelak akan merosakkan pula segala masanya yang lain, yang dihabiskan dalam memencilkan diri atau berzlah itu.

          Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

 

          “Seseorang itu menurut perjalanan temannya, maka hendaklah seseorang mau memerhatikan siapa yang patut diajak berkawan.”

 

          Dalam pertemuan dengan kawan itu nanti, biarlah semua perbicaraannya berkisar di sektar urusan-urusan agama, dan perkara-perkara yang dapat menetapkan hati atas yang hak dan kebenaran. Dalan perbcaraannya serupa itu, jiwang akan merasa lega dan senang. Itulah satu-satunya cara yang paling baik untuk melapangkan hati, bagi seorang yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan peribadi.

 

 

Mencari Pahala.

 

          Adapun untuk mencari pahala dari sesuatu amalan, maka ini dapat dilakukan dengan sentiasa menghadiri jenazah-jenazah, melawat pesakit-peasakit ataupun hadir bersembahyang jemaah pada semua shalat, sebab tidak ada kelonggaran untuk meninggalkan jamaah, kecuali kerana khuatir sesuatu bahaya yang yang nyata akan menimpannya yang bila diimbangkan dengan bahaya terluputnya keutamaan sembahyang berjemaah sama beratnya, ataupun lebih sedikit dan perkara serupa itu tentulah jarang sekali terjadinya.

          Begitu pula, untuk mendapatkan pahala, ialah dengan menghadiri pertemuan-pertemuan yang baik, undangan-undangan, kerana yang demikian itu boleh menimbulkan kegembiraan dalam hal seseorang Muslim.

 

 

Menyebabkan orang lain mendapat pahala

 

          Untuk melakukan sesuatu agar orang lain boleh memperoleh pahala, ialah dengan membenarkan orang melawatnya ketika ia sakit, atau menyampaikan kepadanya ta’ziah bila berlaku kematian dalam keluarganya, atau mengucap tahniah atas kenikmatan-keniknatan yang baru dicapainya. Cara macam ini akan mendatangkan pahala kepada orang-orang yang melakukannya.

          Bagi dirinya, hendaklah ia mempertimbangkan segala pahala-phala yang akan diperolehi disebabkan percampur gaulan ini dengan bahaya-bahaya yang kami sebutkan satu persatu di atas. Ketika itu akan jelaslah persoalannya. Mungkin sekali baginya uzlah atau memencilkan diri itulah yang lebih diutamakan atau diberatkan. Mungkin pula bercampur gaul dengan orang ramai yang patut diikuti.

 

 

Merendah diri.

 

          Tawadhu’ atau merendah diri itu adalah darjat paling utma sekali bagi manusia. Ini tidak akan berlaku, selagi dia menyendiri atau duduk berjauhan dari orang ramai. Mungkin seseorang itu lebih suka beruzlah atau memencilkan diri dikernakan beberapa sebab misalnya:

(1)               Kerana sudah terlalu tua umurnya.

(2)               Kerana khuatir dirinya tidak diberikan penghormatan dalam satu-satu keramaian atau tidak dikedepankan.

(3)               Kerana dia merasakan dirinya akan lebih dihormati, bila dia menjauhkan diri dari bercampur gaul dengan orang ramai.

(4)               Kerana dia menganggap bahwa memencilkan didi itu akan lebih meyakinkan orang ramai dalam kerja-kerja ibadatnya atau keuzuhudannya atau sebagainya.

 

Tanda orang-orang ini ialah mereka lebih suka diziarahi oleh orang ramai, tetapi mereka sendiri tidak suka menziarahi orang lain. Mereka merasa senang sekali, bila orang-orang umum datang untuk mendekatkan diri kepada mereka, apatah lagi kalau yang datang pula orang-orang yang berpangkat, maka hatinya akan terus berlonjak-lonjak kegembiraan. Kalaulah kerana terlalu sibuk menguruskan diri sendiri itu yang menyebabkan mereka tidak suka bercampur gaul dan terus memencilkan diri dari orang ramai, tentulah mereka tidak ingin pula orang ramai datang menziarahi mereka. Yang sebenarnya sebab pemencilan diri dan uzlah mereka itu, adalah kerana hendak menguruskan kedatangan orang ramai kerana hati mereka terpikat oleh pandangan orang ramai terhadapnya dengan penuh penghormatan dan sanjungan.

 

Ketahuilah, bahwa uzlah dan pemencilan diri kerana sebab-sebab serupa ini, adalah suatu kejahilan dan kebodohan dan boleh ditinjau dari beberapa segi seperti berikut:

 

(1)               Bersifat tawadhu; dalam percampuran gaulan dengan orang ramai, tidak sama sekali mengurangkan kedudukan atau darjat orang yang merasa sombong dan congkak, disebabkan banyak ilmunya atau mendalam agamanya.

(2)               Orang yang suka menonjol-nonjolkan diri untuk mendapatkan keredhaan orang ramai, dan memancing kepercayaan mereka kepadanya, adalah orang yang ditipu oleh kemegahan diri sendiri. Sebab kalaulah ia telah mengenal Allah dengan sebenar pengenalan dam makrifat, tentulah ia akan maklum bahwa semua makhluk tidak dapat memberikan apa-apa manfaat kepadanya dalam sesuatu perkara selain dari Allah. Dan bahawasanya semua bahaya dan manfaat itu adalah dalam kekuasaan Allah dan takdirNya, malah untuk memperoleh keredhaan manusia sepenuhnya, adalah seperkara yang sukar untuk dicapai. Oleh yang demikian maka keredhaan Allah itu adalah lebih utama dituntut.

Kerana hal ini jugalah maka Imam Syafi’I telah berkata kepada Yunus vin Abdul A’la: Demi Allah! Apa-apa yang saya katakana kepadamu ini, ialah sebagai nasihat semata-mata. Ingatlah, tidak ada jalan untuk mencapai keselamatan dari mana-mana manusia pun. Oleh kerana itu, maka hendaklah engkau teliti baik-baik, apa yang boleh mendatangkan kemaslahatan bagimu hendaklah engkau lakukan.

Kalau begitu, barangsiapa yang sengaja memencilkan dirinya di dalam rumah, dengan tujuan agar orang ramai dapat memandangnya dengan pandangan penuh kepercayaan dan I’tikad, adalah dalam bahaya yang besar di dalam dunia, kemudian azab di akhirat pula kan menunggunya dan azab lebih besar kiranya mereka mengetahui.

Kesimpulannya: Tidakkah dipandang baik menguzlahkan diri atau duduk berpencilan seorang diri menghabiskan masa, kecuali kalau kerana tujuan mempelajari ilmu pengetahuan, sekira-kira jika ia bergaul dengan orang ramai niscaya semua masanya akan hilang, dan banyak pula bahaya lain yang akan timbul.

 

 

Mendapatkan pengalaman dan contoh tauladan.                                   

         

          Pengalaman-pengalaman hidup amat berfaedah bagi manusia, dan ia dapat dicapai oleh seseorang menerusii percampur gaulan dengan manusia ramai, dan mengambil tahu tentang hal-ehwal penghidupan mereka. Menerusi akal yang dilengkapi oleh Allah Ta’ala bagi manusia saja, tidak memadai untuk memahami maslahat-maslahat agama dan dunia. Tetapi faedahnya dapat dicapai menerusi pengalaman-pengalaman dan percubaan-percubaan itu.

          Misalnya seorang anak kecil jika dipencilkan dari orang ramai, tentulah ia akan dikelubungi oleh sifat bodoh dan tolol. Yang semestinya bagi anak kecil itu berusaha, untuk menuntut ilmu pengetahuan, dan dalam masa menuntut ilmu itu, ia akan memperoleh segala yang diperlukan dari berbagai pengalaman. Kemudian pengalaman-pengalaman selainnya akan diperolehinya pula, dengan mendengar berbagai-bagai hal yang berlaku di sekitarnya. Kebodohan dan ketololan itu akan melenyapkan banyak amalan-amalan yang berfaedah, tetapi sebaliknya ilmu pengetahuan akan mengharumi amalan-amalan, meskipun sedikt saja bilangannya. Kalaulah tidak kerana demikian, manakah boleh diutamakan ilmu pengetahuan ke atas amalan-amalan.

          Syariat Islam sendiri telah menentukan kelebihan seorang alim ke atas orang ‘abid yang banyak ibadatnya sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri telah bersabda:

 

          “Kelebihan orang alim ke atas orang’abid, laksana kelebihanku ke atas orang yang paling rendah dari para sahabatku.”

 

          Pendekata, bila anda faham penuh teliti segala huraian yang lalu mengenai faedah-faedah dan bahaya-bahayanya, akan menjadi senanglah bagi anda untuk menentukan mana satu yang lebih utama antara bercampur gaul dengan memencilkan diri atau uzlah. Sebenarnya yang demikian itu berbeda-beda menurut perbedaan hal dan keadaan.

 

Senarai Kandungan Penuh
Senarai Kandungan Ringkas

Laman Utama

Bimbingan Mukmin

Kemaskini terakhir pada: 18-Feb-04

Bilangan pelawat halaman ini

Counter

 

Hosted by www.Geocities.ws

1