|
KITAB BIMBINGAN MUKMIN - Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali
|
|
Kitab Adab Pergaulan, Persaudaraan Dan Persahabatan - (Bahagian 3) (Bersambung
dari Bahagian 2)
Hak
seorang Muslim, keluarganya dan tetangganya. Ketahuilah, bahwa manusia perlu bercampur-gaul dengan manusia yang sebangsa dengannya, maka oleh itu, tidak boleh tidak ia mesti mempelajari tata-tertib pergaulan dengan mereka. Setiap manusia yang bergaul dengan satu-satu golongan manusia, tentulah ada cara-caranya yang tertentu, dan cara-cara itu menurut kadar hak masing-masing, dan hak masing-masing menurut perhubungannya. Perhubungan itu berlain-lainan pula, sama ada dikeranakan kekeluargaan; iaitu perhubungan yang khusus, ataupun perhubungan dikeranakan persaudaraan Islam; iaitu perhubungan yang umum. Termasuk ke dalam maksud persaudaraan ini, ialah perhubungan antara kawan dan kawan atau perhubungan persahabatan. Perhubungan juga dikeranakan rakan tetangga, ataupun dikeranakan rakan pelayaran, rakan sepejabat, rakan sepersekolahan, ataupun dikeranakan persahabatan atau persaudaraan semata-mata dan bagi setiap satu dari perhubungan-perhubungan ini mempunyai darjat masing-masing. Perhubungan kerana kekeluargaan dan haknya. Akan tetapi hak kerabat atau mahram adalah lebih utama lagi. Sebagaimana bagi mahram itu ada haknya, akan tetapi hak kedua ibu-bapa lebih penting lagi kemudian hak tetangga pula. Akan tetapi keutamaan tetangga itu berbeda pula di antara yang dekat dengan rumah dan yang jauh. Sebagai misalan untuk menampakkan perbedaannya; iaitu orang yang senegeri bila sama-sama berada di negeri orang lain, akan nampaklah ia sebagai salah seorang keluarga sendiri di negeri itu kerana sememangnya ia mempunyai hak ketetanggaan senegeri. Begitulah hendaknya, hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain, harus dikukuhkan dengan terkukuhnya pengenalan dan pergaulan. Hak
seorang Muslim Pertama: Mula-mula hendaklah engkau memberi salam kepadanya, setiap kali bertemu dengannya. Bila ia mengundangmu, hendaklah engkau mengabulkannya Bila ia bersin, engkau mendoakanna dengan yarhamukallah (moga-moga Tuhan merahmatimu). Bila sakit, engkau menziarahinya. Bila mati engkau hadiri jenazahnya. Bila bersumpah, engkau tunaikan (penuhi) sumpahnya. Bila meminta masihat engkau menasihatinya. Bila ia tidak ada, engkau memelihara nama baiknya. Kedua: Hendaklah engkau mencintainya, sebagaimana engkau mencintai dirimu sendiri, ataupun engkau membencinya sebagaimana engkau membenci dirimu sendiri juga. Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Perumpamaan
orang-orang Mu’min dalam saling kasih-mengasihi dan saying-menyayangi, laksana
sebatang tubuh, bila salah satu anggotanya mengaduh sakit, seluruh anggota yang
lain sama-sama merasa demamnya dan berjaga malam.” Sabdanya lagi: “Seorang
Mu’min kepada Mu’min yang lain, bagaikan suatu bangunan yang satu
mengukuhkan yang lain.” Ketiga: Jangan sekali-kali menyakiti sesama Muslimin dengan perbuatan atau percakapan. Sabda Rasulullah s.a.w: “Seorang
Muslim ialah orang yang terselamat kaum Muslimin yang lain dari bencana lidahnya
dan tangannya. Dan seorang Mu’min pula ialah orang yang teraman daripadanya
kaum Mu’minin lainnya ke atas diri dan harta benda mereka. Dan orang Muhajir
(yang berpindah negeri), ialah orang yang meninggalkan kejahatan dan menjauhi
daripadanya.” Sabdanya lagi: “Tiada
halal bagi seorang Muslim menakut-nakutkan Muslim yang lain.” Keempat: Hendaklah engkau merendahkan diri terhadapnya Muslim yang lain, dan jangan berlaku sombong terhadapnya. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya
Allah Ta’ala mewahyukan, agar kamu merendah diri sehingga seseorang kamu tiada
membesarkan diri ke atas yang lainnya.” Kelima: Janganlah engkau mendengar berita-berita buruk yang disampaikan orang yang berlaku antara satu dengan yang lain, atau pun menyampaikan berita-berita yang didengarnya itu dari seorang kepada yang lain. Ada sebuah Hadis yang berbunyi: “Tidak
akan masuk syurga orang yang suka menyampaikan berita-berita buruk kepada yang
lain.” “Keenam:
Jangan sampai tiada bertegur sapa terhadap seorang Muslim yang dikenalnya lebih
dari tiga hari berturut-turut, betapa pun dia marah kepada Muslim itu. Sabda
Rasulullah s.a.w.: “Tiadalah
halal bagi seorang Muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) saudaranya Muslim
yang lain lebih dari tiga hari, mereke keduanya berjumpa lalu yang satu
memalingkan muka dari yang lain, dan adalah sebaik-baik orang di antara keduanya
ialah orang yang memulakan salam terlebih dulu.” Berkata Saiyidatina Aisyah r.a.: Rasulullah s.a.w tidak pernah merasa jengkel sama sekali, melainkan apabila dilanggar larangan-larangan Allah lalu Allah akan turut sama merasa jengkel terhadap pelanggannya. Dalam sebuah Hadis yang lain pula: Tiada seseorang yang menerima keampunan dari Allah Ta’ala, melainkan ia bertambah mulia di sisiNya. Ketujuh: Hendaklah engakau berbuat baik kepada semua orang sekadar keampunanmu, tidak kira sama ada ia dari ahlinya (patut menerima kebaikan itu) ataupun bukan ahlinya (tak patut menerimanya). Dalam sebuat atsar disebutkan: Berbuat baiklah kepada ahlinya (ahli kebaikan) dan bukan ahlinya. Kiranya kebetulan engakau temui ahlinya, maka sudah tepatlah engkau letakkan kebaikan itu kepadanya. Tetapi kiranya engkau terkhilaf, tidak meletakkan kebaikan kepada ahlinya, maka cukuplah engkau telah menjadi dari ahlinya.
Dalam sebuah atsar yang lain pula: Tanda kewarasan pemikiran sesudah menjalankan perkara-perkara agama, ialah mencintai semua manusia dan berbuat baik kepda sekalian yang baik dan yang jahat. Rasulullah s.a.w. ketika ada orang yang berbicara kepadanya baginda sentiasa menghadapkan wajahnya kepada orang yang berbicara itu, tidak pernah baginda memalingkan wajah, sehingga orang tu selesai dari pembicaraanya. Kedelapan: Hendaklah engkau tidak memasuki rumah seseorang, melainkan sesudah engkau izinkan masuk. Engkau boleh meminta izin sampai tiga kali saja, jika ia masih belum memberi izin, maka hendaklah engkau pulang. Kesembilan: Hendaklah engkau mempergauli semua manusia dengan budi pekerti yang luhur, dan melayan mereka menurut cara yang mereka suka. Kesepuluh: Hendaklah engkau menghormati orang tua-tua, dan mengasihani anak-anak yang kecil. Dalam sebuah Hadis:
“Bukanlah
dari golongan kami, siapa yang tiada menghormati orang tua kami dan tiada pula
mengasihani anak kecil kami.” Baginda Rasulullah s.a.w. gemar sekali berlemah-lembut dengan anak-anak kecil. Biasanya bila kembali dari setiap pelayaran, baginda terlebih dulu mendapatkan anak-anak kecil, dan memanggil mereka untuk dating. Kerap anak-anak kecil itu secara kemanjaan meminta baginda mendukung mereka. Maka baginda pun mendukung mereka itu, setu demi satu di antara kedua belah tangannya, dan ada pula yang lain bergantung dari belakang baginda. Seringkalii juga baginda menyruh para sahabatn melakukan sama seperti yang dilakukannya. Ada kalanya pula anak-anak kecil itu di bawa ke hadrat Rasulullah s.a.w. untuk didoakan, atau diberikan nama. Maka baginda pun menyambut anak-anak itu, seraya dipangkunya ke atas haribaannya Seringkali pula anak-anak itu terkencing di atas pangkuannya, maka oleh Rasulullah s.a.w. dibasuhnya tempat kencing itu tanpa merasa marah. Kesebelas: Hendaklah engkau selalu bergembira, dan menunjukkan muka manis kepada orang ramai seraya berhati lunak. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tahukah
kamu kepada siapa api neraka itu diharamkan? Para sahabat menjawab: Allah dan
RasulNya sajalah yang mengetahui. Baginda menerangkan lagi: Kepada Orang yang
lemah lembut, mudah dalam segala hal, senang berurus dengannya dan sentiasa
dekat dengan sesiapa pun.” Sabdanya lagi:
“Takutilah api neraka itu
walaupun dengan bersedekah setengah biji kurma. Kalau tak ada yang hendak
disedekahkan, maka dengan ucapan yang baik.” “Kedua belas: Janganlah engkau berjanji dengan seseorang Muslim, melainkan engkau menepati janji itu, tiada memungkirinya. Sabda Rasulullah s.a.w.: Janji itu adalah suatu pemberian. Dan sabdanya yang lain: Janji itu adalah hutang. Dan sabdanya yang lain lagi: “Tiga
sifat bila salah satu daripadanya ada pada diri seseorang maka ia adalah seorang
munafik, meskipun ia berpuasa dan bersembahyang. Bila berbicara ia bohong, bila
ia berjanji ia mungkir dan bila diamanatkan sesuatu, ia khianat.” Ketiga belas: Hendaklah engkau berlaku adil terhadap orang ramai, tiada dibuatnya sesuatu terhadap orang lain, jika ia tidak suka perkara yang sama diperlakukan kepada dirinya sendiri. Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Darda’, katanya: Wahai Abu Darda’! Lakukan yang baik kepada tetangga yang berjiran denganmu, niscaya engkau menjadi seorang Muslim yang sebenarnya. Dan cintailah bagi semua orang apa yang engkau citai bagi dirimu sendiri, dengan itu maka engkau menjadi seorang Muslim yang sejati.
Keempat belas: Hendaklah engkau melebihkan penghormatanmu terhadap orang, yang menerusi gaya dan pakaiannya menunjukkan bahwa ia seorang yang tinggi kedudukannya dalam masyarakat. Sebab setiap orang harus diberikan penghormatan menurut darjat kedudukannya. Kelima belas: Hendaklah engkau berusaha untuk mendamaikan perselisihan faham antara kaum Muslimin, di mana ada peluang untuk mendamaikan antara mereka. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sedekah
yang paling utama, mendamaikan dua orang yang berselisih.” Dalam sebuah hadis yang lain: “Bukan
pendusta namanya, jika seseorang cuba mendamaikan antara dua orang yang
bertelagah, lalu menyampaikan segala kata-kata yang muluk-muluk (yakni kata-kata
itu sebenarnya bohong).” Hadis tersebut menunjukkan bahwa tugas mendamaikan antara manusia itu wajib, kerana meninggalkan cakap bohong juga wajib. Sesuatu hokum yang wajib tidak akan terluput, melainkan dengan hokum wajib yang lebih utama atau penting dari yang mulanya. Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Semua
ucapan yang dusta itu ditulis (sebagai dosa), kecuali seseorang yang berbohong
untuk kepentigan berperang, sebab peperangan itu adalah tipu daya, ataupun
berbohong untuk mendamaikan dua orang yang bertelagah ataupun berbohong kepada
isteri untuk mendapatkan keredhaannya.” Keenam belas: Hendaklah engkau menutup segala celaan kaum Muslimin. Berkata Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa
menutup celaan seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup celaannya di dunia dan
akhirat.” Sabdanya lagi: “Tiadalah
seorang Mu’min, bila melihat dari saudaranya suatu celaan, lalu ditutupinya,
melainkan ia akan masuk syurga.” Lagi sabdanya: “Wahai
kelompok orang yang menyatakan iman dengan lidahnya, sedangkan iman itu masih
belum meresap dalam hatinya. Janganlah kamu mencaci orang ramai, dan jangan pula
mengintip keburukan-keburukan mereka. Sebab barangsiapa mengintip
keburukan-keburukan mereka. Sebab barangsiapa mengintip keburukan saudaranya
sesama Muslim, niscaya Allah akan mengintip keburukannya dan barangsiapa
keburukannya diintip Allah, niscaya rahasianya akan didedahkan oleh Allah,
sekalipun ia berada di tengah-tengah rumahnya” Diriwayatkan ada seorang khalifah pada zaman dahulu, pada suatu malam beliau sedang berputar-putar keliling kota lalu, mendengar suara seorang lelaki sedang bernyanyi di dalam sebuah rumah. Beliau pun memanjat rumah itu dan dilihatnya di samping orang lelaki itu ada seorang wanita, dan bersama mereka ada minuman arak. Khalifah berujar: Wahai musuh Allah! Apakah kau kira Allah akan menutupi kelakuanmu yang keji ini, padalah kau sedang berfoya-foya dengan maksiat ini? Lelaki itu segera menjawab: Dan engkau juga wahai Amirul Mu’minin, jangan terburu nafsu. Kiranya aku telah bermaksiat kepada Allah, hanya satu maksiat saja. Tetapi kau ini telah membuat tiga maksiat sekaligus dalam suatu masa. Tuhan telah berfirman: Jangan kamu mengintip-mengintip, sedangkan perbuatanmu ini adalah mengintip hal orang lain. Tuhan berfirman lagi: Bukanlah kebaikan itu, dengan kamu mendatangi rumah-rumah dari pintu belakangnya, tetapi kini kau telah memanjat rumahku. Tuhan berfirman: Jangan sekali-kali kamu memasuki rumah selain rumah kamu sendiri (yakni tanpa izin), tetapi kini kau telah memasuki rumahku tanpa memberi salam pula. Berkta khalifah: Adakah padamu sesuatu yang baik (untuk mempertahankan dirimu), andaikata aku mengampunkan kamu. Berkata lelaku itu: Saya, ada! Demi Allah jika engkau ampunkan perbuatanku ini, aku berjanji tidak akan kembali kepada perbuatan yang sama lagi sepanjang umurku. Maka khalifah pun mengampunkannya dan beredar dari situ. Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekalian
ummatku mendapat keampunan, melainkan orang yang suka menghebohkan rahasianya.
Dan cara menghebohkannya ialah bila dia melakukan kejahatan secara rahasia, lalu
dia menceritakan kejahatan itu kepada orang lain.” Misal mengheboh-hebohkan rahasia itu, ialah bila ia membuat sesuatu keburukan secara bersembunyi-sembunyi, kemudian ia menceritakan rahasia itu kepada orang ramai. Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa
mencuri pendengaran berita sesuatu kaum, sedangkan mereka tidak senang kepada
perbuatan itu, kelak di Hari Kiamat telinga orang itu akan dituang timah yang
mendidih.” Ketujuh belas: Hendaklah engkau menjauhkan diri dari tempat-tempat yang menimbulkan berbagai-bagai tuhmah atau sangkaan buruk untuk menjaga hati orang ramai dari mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang tak baik, dan mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang tak baik, dan memelihara lidah-lidah mereka dari mengumpat. Kiranya mereka telah bermaksiat kepada Allah tersebab oleh kelakuannmu, maka bersyarikat engkau dengan dosa mereka itu. Allah telah berfirman: “Jangan sekali-kali kamu mengeji orang-orang yang menyeru Tuhan selain dari Allah, sehingga mereka pula mengeji Allah secara berlampauan, tanpa pengetahuan.” (al-An’am: 108) Dalam sebuah Hadis berbunyi: “Tahukah
kamu bagaimana seseorang itu memaki-maki ibubapanya sendiri? Mereka berkata:
Adakah orang yang mahu memaki-maki ibu-bapa sendiri? Rasulullah menjawab: Benar
ada. Iaitu dia memaki-maki kedua ibu-bapa orang lain, lalu orang itu pula
membalas memaki-maki kedua ibu-bapanya.” Berkata Umar Ibnul Khattab r.a.: Sesiapa yang meletakkan dirinya di tempat-tempat yang akan menimbulkan sangka-sangka yang tak baik, maka janganlah ia menyalahkan orang-orang ysng menyangka buruk terhadapnya. Kedelapan belas: Hendaklah engkau menolong orang-orang Muslimin yang mempunyai hajat dan keperluan dan menjamin mereka kepada orang yang berpangkat, agar orang itu dapat menolongnya dan memenuhi hajat dan keperluannya sekadar termampu. Rasulullah s.a.w. bersabda: Jaminkanlah (hajat seseorang), niscaya kamua akan menerima pahala. Kesembilan belas: Hendaklah engkau memulakan salam kepada sesiapa yang engkau temui sebelum engkau mengajaknya bercakap-cakap. Sesudah itu hendaklah engkau berjabat tangan pula. Allah berfirman: “Apabila
kamu diberi salam sesuatu salam, maka hendaklah kamu membalas salam itu dengan
salam yang lebih baik, ataupun balaslah dengan salam seumpamanya.” (an-Nisa’
: 86) Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi
jiwaku yang berada di tanganNya, kamu sekalian tidak akan memasuki syurga
sehingga kamu beriman dan kamu sekalian tidak akan beriman selagi kamu tidak
berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu amalan, jika kamu lakukannya
niscaya kamu akan saling kasih-mengasihi? Para sahabat berkata: Bahkan, wahai
Rasulullah, tunjukkanlah! Berkata Rasulullah s.a.w.: Amalkanlah memberi salam
antara satu dengan yang lain di antara kamu!” Dari Rasulullah s.a.w. lagi: Orang yang berkenderaan, hendaklah memberi salam kepada yang berjalan kaki. Andaikata seorang dari orang ramai yang memberi salam, cukuplah ia menggantikan yang lain. Anas r.a. sendiri bila menemui anak-anak di jalanan, dia sering memberi salam kepada mereka. Kata Anas: Saya pernah melihat Rasulullah s.a.w membuat macam itu. Diceritakan lagi bahawa suatu kali pernah Rasulullah s.a.w. melalui sebuah masjid sedang di situ ada banyak orang yang sedang duduk-duduk, maka baginda pun mengisyaratkan dengan tangannya memberi salam. Kemudian baginda berkata: Jika seseorang kamu sampai ke suatu majlis, maka hendaklah ia memberi salam kepada orang-orang yang ada di situ. Kemudian jika ia suka duduk, duduklah. Sesudah itu bila ia bangun pula, maka hendaklah ia memberi salam lagi. Tidaklah salam yang pertama tadi lebih berhak (utama) dari yang kedua pula. Diberitakan juga bahwa kesempurnaan salam itu ialah dengan berjabat tangan. Berkata al-Hasan: Berjabat tangan itu akan menambahkan kasih sayang antara orang yang berjabat tangan itu. Diharuskan pula untuk mencium tangan orang yang banyak ilmunya dalam urusan agama, untuk mendapatkan berkat daripadanya, atau untuk memberikan penghormatan kepadanya. Rasulullah s.a.w. sendiri membenarkan orang mencium tangannya dan kepalanya. Menundukkan diri ketika berjabat salam adalah terlarang dalam agama. Tetapi berpeluk dan mencium pernah dilakukan ketika kembali dari pelayaran. Begitu juga tentang memegang tali kenderaan, kerana menunjukkan penghormatan kepada seorang alim yang menunggangnya, pernah disebutkan dalam atsar. Ibnu Abbas sendiri pernah melakukan yang demikian ketika menyambut Zaid bin Tsabit. Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah seseorang kamu membangunkan seorang yang lain dari tempat duduknya, kemudian dia duduk di tempat itu. Tetapi hendaklah kamu meluaskan tempat bagi yang baru dating dan lapangkanlah.” Sunnat bagi orang yang baru datang dalam sesuatu majlis, sesudah memberi salam, lalu tiada mendapat tempat duduk di hadapan, hendaklah ia duduk saja di belakang dan tidak pulang meninggalkan majlis tersebut. Sekali peristiwa sedang Rasulullah s.a.w duduk dalam majlisnya di masjid, tiba-tiba dating tiga orang. Dua antaranya menuju ke majlis Rasulullah s.a.w., maka salah seorangnya mendapat tempat kosong lalu ia pun duduk. Seorang lagi terus duduk di belakang orang ramai. Manakala yang ketiga oleh kerana penuh sesaknya majlis itu, ia pun pulang meninggalkan majlis itu.
Setelah selesai majlis itu, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: Bolehkah saya memberitahu tentang ketiga-tiga orang yang dating tadi? Yang pertama telah memperlindungkan dirinya kepada Allah, maka Allah pun melindunginya. Yang kedua merasa malu kepada Allah, dana Allah pun turut malu kepadanya. Manakala yang ketiga telah membelakangkan Allah, maka allah pun membelakangkan ZatNya daripada orang itu. Ummu Hani pernah memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda bertanya: Siapa itu? Orang memberitahu baginda: Ummu hani yang memberi salam itu. Maka baginda menjawab Selamat datang wahai Ummu Hani. Kedua puluh: Hendaklah engkau memelihara kehormatan kawanmu, dirinya dan harta bendanya dari penganiayaan orang lain sekadar kemampuanmu, menahan segala kesusahan, mempertahankannya dan menolongnya, sebab yang demikian itu wajib atasmu menurut dasar persaudaraan Islam. Dalam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w.: “Tidak ada seorang Muslim pun yang menolong seorang Muslim yang lain dalam suatau keadaan di mana kehormatannya telah diceroboh, dan dirinya telah diperlakukan secara sewenang-wenang, melainkan Allah akan menolong orang itu dalam kesusahannya di tempat lain, di mana ia merasa perlu pertolongan itu dari Allah. Dan tidak ada seorang pun yang mengkecewakan seorang Muslim yang lain dalam suatu keadaan, di mana kehormatannya telah diceroboh, melainkan Allah akan mengkecewakan orang itu pada suatu keadaan lain, di mana ia sangat-sangat mengharapkan pertolongan dari Allah.” Kedua puluh satu: Hendaklah engkau mendoakan bagi orang bersin. Nabi s.a.w. mengajar orang yang bersin itu suapaya berkata: Al-Hamdulillah ala kulli hal (Segala kepujian bagi Allah atas setiap perkara). Orang yang mendoakan pula berkata: yarhamukullah (moga-moga allah merahmati kamu). Dibalas pula oleh orang yang bersin Yahdikumullahu wa Yuslihu Balakum (moga-moga Allah memberi kamu petunjuk dan membersihkan hati kamu). Disunnatkan bagi seseorang apabila mahu bersin, merendahkan suaranya dan menutup wajahnya. Dan bagi orang yang mahu menguap meletakkan tanganya ke atas mulutnya. Kedua puluh dua: Bila engkau diuji dengan perbuatan orang yang jahat, maka hendaklah engkau menanggung dengan sabar dan menjaga dirimu dari kejahatanya. Setengah orang berkata: Berikhlas diri kepada orang Mu’min dengan seikhlas-ikhlasnya, dan tunjukkanlah akhlak yang baik semampu-mampunya kepada orang jahat, sebab orang yang jahat itu selalu suka dengan akhlak-akhlak yang baik pada zahirnya saja. Abu Darda’ berkata: Kita pernah menunjukkan muka manis kepada setengah-setengah manusia, padahal hati kita mengutukinya. Inilah yang dikatakan bergaul secara baik dengan orang-orang yang ditakuti kejahatannya. Allah berfirman: “Tolaklah dengan cara yang lebih baik.” (al-Mu’minun: 96) Ibnu abbas berkata, menerangkan maksud al-Quran berikut: “Mereka menolak keburukannya dengan kebaikan.” (ar-Ra’ad: 22) Yakni: Menolak kejahatan dan penganiayaan orang itu, dengan membuat perdamaian dan pergaulan yang baik. Ibnu Abbas berkata lagi dalam menerangkan ayat al-Quran yang berikut pula: “Andaikata tiada pembelaan Allah terhadap manusia antara satu puak dengan yang lainnya.” (al-Baqarah: 251) Ia berkata: maksudnya ialah dengan mengembirakan dan menakut-nakutkan dengan perasaan malu dan bergaul secara lemah-lembut. Berkata Syaidatina aisyah r.a.: Ada seseorang yang meminta izin untuk menemui Rasulullah s.a.w. lalu baginda berkata: Izinkanlah ia masuk, tetapi ia sebenarnya seburuk-buruknya manusioa yang boleh diajak bergaul. Apabila orang itu masuk, Rasulullah s.a.w pun mempergaulinya dengan lemah lembut, sehingga (kata Aisyah) aku menyangka bahwa orang itu mempunyai suatu kedudukan di sisi Rasulullah s.a.w. Apabila orang itu keluar, aku berkata: Kini ia telah keluar. Aku pun berkata kepada Rasulullah s.a.w.: Bila orang itu hendak masuk tadi, engkau berkata kepadaku macam-macam terhadapnya, kemudian engkau berlemah-lembut pula dalam kata-katamu kepadanya. Maka baginda pun berujar: Wahai Aisyah! Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukan manusia di sisi Allah pada Hari Kiamat, ialah manusia yang disingkirkan oleh orang ramai kerana takutkan kejahatannya. Dalam suatu khabar yang lain: Apa saja yang digunakan oleh seseorang untuk menjaga kehormatannya, maka itu adalah sedekah. Berkata Muhammad Ibnul Hanafiah: Bukanlah seorang bijaksana, bila seseorang itu tidak dapat bergaul secara baik dengan orang yang tidak boleh tidak mesti ia bergaul dengannya, sehinggalah Tuhan melorongkan baginya kelapangan (iaitu suatu jalan untuk melepaskan diri). Kedua puluh tiga: Hendaklah engaku bercampur gaul dengan orang-orang miskin, dan berbuat baik kepada anak-anak yatim. Nabi s.a.w. juga selalu berdoa: “Ya Allah! Ya Tuhanku! Hidupkanlah aku sebagai seorang miskin dan matikanlah aku sebagai seorang miskin juga, serta bangkitkanlah aku (di Hari Kiamat kelak) dalam kumpulan orang miskin.” Diceritakan bahwa Nabi Allah Sulaiman alaihis-salam, meskipun mempunyai kerajaan yang agung, apabila baginda masuk dalam masjid dan melihat ada orang miskin di situ, niscaya baginda akan duduk bersama-sama mereka seraya berkata: Seorang miskin sedang duduk dengan miskin yang lain. Dalam suatu khabar berbunyi: Janganlah kamu merasa irihatri, jika melihat seorang jahat mendapat kurniaan nikmat yang banyak, sebab engkau takkan tahu ke mana kesudahan orang itu setelah ia mati kerana di belakangnya tentu ada seorang yang mencari untuk menuntutnya. Adapun terhadap anak yatim, maka Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa menanggung anak yatim sehingga menjadi kaya, maka telah wajib baginya memasuki syurga.” Sabda Nabi lagi: “Saya dan orang yang menanggung anak yatim seperti kedua ini – sambil baginda mengisyarat dengan kedua belah jarinya (yakni paling hampir sekali).” Lagi sabdanya: “Barangsiapa mengusap kepala seorang anak yatim tanda belas kasihan, maka ia mendapat kebajikan atas setiap rambut yang diusapnya itu.” Dan sabdanya yang lain pula: “Sebaik-baik rumah kaum Muslimin, ialah rumah yang ada di dalamnya seorang anak yatim dimuliakan. Dan sejahat-jahat rumah kaum Muslimin, ialah rumah yang ada di dalamnya seorang anak yatim yang dicuaikan kepentingannya.” Kedua puluh empat: Hendaklah engkau seka memberi nasihat kepada setiap Muslim dan cuba bersungguh-sungguh untuk mengembirakan hatinya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya senddiri.” Sabdanya lagi: “Barangsiapa menyejukkan mata seorang Mu’min (menghilangkan kesusahannya), niscaya Allah akan menyejukkan matanya di Hari Kiamat.” Lagi sabdanya: “Barangsiapa melapangkan diri seorang Mu’min yang sedang dalam kesusahan atau menolong Mu’min yang teraniaya, niscaya ia akan diampunkan dosanya.” Sabdanya lagi: “Di antara amalan-amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah menimbulkan kegembiraan dalam hati seorang Mu’min, melapangkan kesusahannya, menunaikan hutangnya atau mem0berinya makan waktu lapar.” Kedua puluh lima: Hendaklah engkau menziarahi pesakit-pesakit kaum Muslimin. Adab orang yang menziartahi orang sakit ialah memendekkan masa ziarah itu mengurangkan banyak pertanyaan, melahirkan belas kasihan, mendoakan agar segera sembuh dan memalingkan pemandangan dari melihat aurat-aurat pesakit. Bila meminta izin masuk, janganlah engkau menghadap ke pintu dan mengetuknya biarlahg dengan perlahan-lahan. Bila ditanya siapa itu, jangan engkau menjawab: Saya. Dalam sebuah Hadis dari Rasulullah s.a.w. berbunyi: “Apabila seseorang Muslim menziarahi saudaranya yang sakit atau menengoknya, berfirman Allah Ta’ala: Engkau telah melakukan yang baik dan akan baiklah perjalananmu dan engkau telah menduduki sebuah rumah di syurga.” Daripada Saiyidina Usman r.a. katanya: Suatu hari saya sakit, maka Rasulullah s.a.w. datang menziarahi saya, lalu mengucapkan: “Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Penyayang. Aku memohonkan perlindungan bagimu kepada Allah yang Maha Esa, dan Tuhan Tempat meminta tiada beranak dan tiada diberanakkan, dan tiada seorang pun yang serupa denganNya dari bahaya yang telah menimpamu.” Baginda mengucapkannya berkali-kali
Bagi pesakit pula disunnatkan membaca: “Saya mohon perlindungan dengan kemuliaan Allah dan kekuasaaNya dari bahaya yang menimpaku.” Berkata Thaus: Sebaik-baik ziarah kepada pesakit ialah yang paling ringan, yakni singkat waktunya. Di antara adab-adab pesakit pula, hendaklah ia mempunyai sifat-sifat kesabaran kurang mengadu dan tidak lekas bosa, sentiasa merasa takut sehingga memohon doa kepada Allah Ta’ala yang menyebabkan ubat itu menyembuhkan: Kedua puluh enam: Hendaklah engkau menghantar jenazah-jenazah mereka. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa menghantarkan jenazah, maka baginya pahala satu qirat jika ia menunggu hingga jenazah itu dikebumikan maka baginya pahala dua qirat. Dan qirat itu besanta macam gunung Uhud.” Gunung Uhud adalah sebuah gunung yang besar dekat Madinah al-Munawwarah. Tujuan menghantar jenazah itu ialah menunaikan hak kaum Muslimin dan mengambil I’tibar bila berdepan dengan kubur-kubur orang yang sudah mati. Kedua puluh tujuh: Hendaklah engkau menziarahi kubur-kubur mereka. Tujuan ziarah itu ialah memohon doa bagi yang mati dan mengambil I’tibar serta melunakkan hati. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tiada suatu pemandangan yang pernah aku lihat melainkan kuburlah yang paling mengerikan dari yang lain-lain.” Berkayta Hatim Al-Asham: Sesiapa yang berjalan melalui kuburan, sedangkang ia tiada memikirkan mengenainya, dan tiada pula mendoakan bagi orang-orang yang berada di dalamnya, maka ia telah mengkhianati dirinya dan mengkhianati orang-orang yang di dalam kubur itu. Berkata Maimun bin Mahran: Sekali peristiwa, saya pergi bersama-sama Umar bin Abdul Aziz menziarahi kubur, apabila beliau melihat saja kepada kubur-kubiur itu, beliau menangis seraya berkata: Wahai Maimun! Inilah kubur datuk-nenekku, seolah-olah mereka tidak pernah berkongsi kelazatan dengan ahli-ahli dunia. Tidakkah engkau melihat mereka iti kesemuanya berbaringan kini. Mereka terlepas dari segala hukuman yang mereka alami. Sedangkan tubuh badan mereka telah dimakan ulat di dalam tanah. Kemudian beliau menangis lagi. Beliau berkata pula: Demi Allah! Aku tiada mengetahui seseorang yang lebih merasakan kenikmatan daripada orang-orang yang telah berada di dalam kubur-kubur ini, dan mereka telah terselamat daripada azab Allah Ta’ala. Adab
orang yang menyampaikan takziah. Bagi orang yang menyampaikan takziah kepada keluaraga si mati, hendaklah ia menunjukkan sikap merendah diri, melahirkan rasa dukacita, mengurangkan perbualan dan jangan sekali-kali tersenyum atau ketawa. Adab
menghantar jenazah ke kubur Hendaklah memelihara suasana itu dalam keadaan yang khusyu’ tidak banyak bicara, memerhatikan pada yang mati, memikirkan tentang maut yang akan menimpa setiap orang yang hidup serta bersedia untuk menghadapi maut itu. Menyegerakan pengurusan jenazah itu adalah sunnat. Kesimpulan tata cara pergaulan Berikut kesimpulan dari berbagai tata cara pergaulan dengan seumum masyarakat, disebutkan dengan ringkas di bawah:
Demikian kesimpulan tata-cara pergaulan dengan semua peringkat manusia. Hak
tetangga Ketahuilah, bahwa tetangga itu mempunyai hak-hak yang lain sesudah hak-hak yang dipunyai oleh persaudaraan dalam Islam. Seorang tetangga Muslim mendapat hak-hak yang sama seperti Muslim yang lain, ditambah pula dengan hak ketetanggaan. Nabi s.a.w. bersabda dengan menentukan hak jiran: “Jiran atau tetangga ada tida macamnya. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak, dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak, ialah jiran Muslim yang berkerabat, maka baginya hak ketetanggaan, hak keislaman dan hak kekerabatan. Adapun jirang yang mempunyai dua hak ilah jiran Muslim, yang mempunyai hak ketetanggaan dan hak keislaman. Manakala jirang yang mempunyai satu hak, ialah jiran yang musyrik.” Perhatikanlah bagaimana Islam telah menetapkan bagi seorang musyrik haknya, hanya kerana ia menjadi tetangga kepada seorang Muslim saja. Rasulullah s.a.w. telah bersabda lagi: “Berbuat baiklah terhadap jiran yang bertetangga denganmu, niscaya engkau menjadi seorang Muslim (yang sejati).” Lagi Sabdanya: “Malaikat Jibril sentiasa mengingatkan aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka ia akan mewariskannya.” Sabdanya lagi: “Barangsiapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan tentangganya.” Lagi sabdanya: “Tiada sempurna iman seseorang hamba, sehingga tetangganya terselamat dari segala kejahatannya.” Sabdanya lagi: “Jangan sekali-kali seseorang kamu melarang tetangganya memasak sebatang kayu pada tembok rumahnya.” Abu Hurairah r.a. berkata: Mengapa saya melihat kamu sekalian kurang setuju dengan perkara itu.Demi Allah aku meletakknay ke atas bebanan kamu. Setengah ulama pula berpendapat bahwa perkara itu menjadii wajib. Pernah Rasullullah s.a.w diberitahu seperti dalam sabdanya: “Bahwasanya perempuan itu berpuasa di siang hari dan bersembahyang di tengah malam, akan tetapi dia suka menyakiti jirannya. Berkata Rasulullah s.a.w.: Dia akan masuk ke dalam neraka.” Dari Rasulullah s.a.w. lagi: Empat puluh rumah masih dikira tetangga lagi. Mengenai Hadis ini az-Zohri telah memberi pendapatnya, katanya: Yakni empat puluh rumah dari kanan dari kiri dari belakang dari hadapannya masih dikira tetangga juga. Ketahuilah bahwasanya bukanlah hak tetangga itu semata-mata dengan mencegah diri dari melakukan yang boleh menyakitinya saja, bahkan hendaklah menanggung dengan sabar segala kelakuan yang tidak sopan yang mungkin datang daripanya pula. Tambahan lagi mestilah menunjukkan kepada tetangga itu sifat belas kasihan, dan membalasnya dengan segala kebaikan dan kebajikan. Diceritakan bahwa Ibnul-Muqaffa’ diberitahu yang tetangganya akan menjual rumahnya kerana terlalu banyak hutang yang ditanggungnya. Ketika itu Ibnul-Muqaffa’ sedang duduk di bawah teduhan rumah tersebut. Lalu ia pun berkata: Tentulah aku tidak memberikan kehormatan teduhan rumah ini, kiranya tetanggaku menjualnya kerana hendak menggunakan wangnya itu. Maka ia pun membayar harga rumah itu kepada tetangga itu seraya berkata: Jangan jual rumah ini!
Di antara hak-hak kejiranan ialah:
Demikianlah himpunan hak-hak yang kami sebutkan. Yang patut ditunaikan terhadap seumum kaum Muslimin. Hak
kaum kerabat dan keluarga Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berkata Allah Ta’ala: Akulah ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ini pula ar-Rahim (kaum kerabat). Aku pecahkan nama ini dari namaKu. Maka barangsiapa memperhubungi keluarganya, niscaya Aku akan berhubung dengannya dan barangsiapa memutuskan perhubungannya dengan mereka niscaya Aku akan memutuskan perhubunganKu dengannya pula.” Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya: Mana satu manusia yang paling utama? Sabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang paling banyak taqwanya kepada Allah, paling tererat sekali perhugungannya dengan keluarga, paling suka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemungkaran.” Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Bersedekah kepada orang miskin adalah mendapat pahal sedekah saja, tetapi bersedekah kepada kaum keluarga mendapat dua pahala; pahala sedekah pahala perhubungan.” Apabila Abu Talhah ingin menyedekahkan kebunya kerana terharu dengan pahala yang ditentukan oleh firman Allah Ta’ala yang bermaksud:Kamu tidaka akan memperoleh kebajikan, sehingga kamu membelanjakan sesuatu dari apa yang kamu cintakan. (ali-Imran: 92), beliau lalu berkata kepada Rasulullah s.a.w.: Kebun itu dijadikan kerana fi sabilillah dan kerana para fakir dan miskin. Berkata Rasulullah s.a.w.: Telah wajib pahalamu dari Allah dan sekarang bahagi-bahagikan ia di antara kaum kerabatmu. Hak
kedua ibu-bapa dan anak Sudah menjadi jelas sekali, bahwa apabila sudah parti ditunaikan hak-hak bagi kaum kerabat dan keluarga, maka yang paling terutama sekali didahulukan dari mereka itu, ialah yang ada perhubungan dengan keturunan, maka haknya semakin bertambah-tambah lagi dipastikan dan diistimewakan. Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Berbaktilah kepada ibumu, ayahmu, saudara perempuanmu, saudara lelakimu, kemudian yang terhampir denganmu, dan yang terhampir.” Pernah Rasulullah s.a.w. yang ditanya oelh seorang, katanya Wahai Rasulullah! Adakah lagi yang masih diwajibkan atas saya untuk berbakti kepada kedua ibu-bapa saya, setelah keduanya meninggal dunia? Rasulullah s.a.w. menjawab: Ya, iaitu memohonkan kerahmatan kepada keduanya memintakan keampunan bagi kedua-duanya, menunaikan segala janji-janjinya, memuliakan semua rakan temannya serta menghubungkan silatur-rahim yang tidak boleh terhubung, melainkan dengan keduanya. Bersabdanya Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesungguhnya setinggi-tinggi darjat kebaktian, ialah bila seseorang itu suka menghubungi keluarga kesayangan ayahnya, sesudah ia meninggal dunia.” Sabdanya lagi: “Allah merahmati seorang ayah yang mendorong anaknya untuk berbakti kepadanya.” Maksudnya: Menolong anak itu agar ia tiada menderhaka kepada ayahnya, disebabkan keburukan perbuatannya sehari-hari. Lagi sabdanya: Semakan antara anak-anakmu dalam pemberian. Sabda yang lain pula: Adalah menjadi hak bagi anak ke atas ayahnya agar ia memperelokkan budi pekertinya dan memperbaguskan namanya. Selain itu hendaklah menunjukkan belas kasihan kepada anak-anak sekalian. Al-Aqra’ bin Habis, suatu hari melihat Rasulullah s.a.w mencium cucunya al-Hasan r.a., lalu ia berkata kepada Nabi s.a.w.: Saya mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah saya mencium seorang pun dari mereka. Maka Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya orang yang tiada berbelas kasihan tiada akan dibelas kasihani.
Berkata Mu’awiyah kepada al-Ahnaf bin Qais: Apa yang dapat engkau katakana kepada anak-anak? Al-Ahnaf menjawab: Wahai Amirul Mu’minin, mereka itu buah hati kita dan tulang belakang kita. Kita ini laksana bumi yang hina bagi mereka, dan langit yang meneduhi kehidupan mereka. Tersebab merekalah kita berhempas pulas atas setiap jerih-jerih. Oleh itu kiranya mereka meminta sesuau darimu berikanlah kepadanya. Kiranya mereka marah, segera pujuk mereka, niscaya akan diberikan kamu kasih sayangnya, dan diredhai kamu segala usahanya. Jangan sekali-kali kamu menjadi kunci yang berat (penghalang) terhadap kemahuannya, niscaya mereka akan merasa jemu terhadap kehidupan kamu, seraya mencita-citakan kematian kamu dengan segera. Kelak mereka akan merasa benci pula untuk mendekatkan diri dengan kamu.
Selesai mendengar kata-kata itu, Mu’awiyah pun berkata pula: Sunguh tepat sekali kata-katamu itu, wahai Ahnaf. Sebenarnya engkau telah tunjukkan bagiku jalan, bagaimana harus aku meredhai sesiapa yang aku menaruh marah dari anak-anakku. Kemudian al-Ahnaf pun diberikan oleh Mu’awiyah hadiah yang sangat bernilai.
Seterusnya harus kita mengetahui bahwa setengah para alim-ulama, berpendapat, bahwa mentaati kedua ibu bapa itu wajib, sekalipun dalam hal-hal yang berhubungan dengan perkara-perkara syubhat (yakni belum tentu halal haramnya). Hanya yang dilarang mentaatinya ialah dalam perkara-perkara yang sudah jelas haramnya saja.
Seseorang anak tidak boleh meninggalkan kedua ibu-bapanya kerana pelayaran yang mubah (harus) atau yang sunnat melainkan dengan mendapat izin dari keduanya terlebih dahulu. Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Hak saudara yang tua ke atas saudara yang muda, adalah seperti haknya seorang ayah ke atas anak-anaknya.”
|
|