1. Sembahyang Subuh
- Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam/font>
Neraka bersamaan 60,000 tahun
dunia.
2. Sembahyang
Zuhur - Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang
Islam.
3. Sembahyang
Asar - Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
4. Sembahyang
Maghrib - Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya
(bagi lelaki) atau dengan
ayahnya (bagi perempuan).
5. Sembahyang
Isyak - Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini
dan digesa agar ia mencari
bumi lain.
KELEBIHAN
BERSELAWAT KE ATAS NABI
Rasulullah S.A.W telah bersabda
bahawa,"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata
kepadaku.
Berkata Jibril A.S. :
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca
selawat ke atasmu tiap-tiap
hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya
bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail
A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum
dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. :
"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah
S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku
sehingga Allah S.W.T mengampuni
orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula
berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke
atasmu, akan aku
cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya
seperti aku mencabut ruh para
nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta
kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat
memberikan jaminan masing-masing
untuk orang-orang yang berselawat
ke atas Rasulullah S.A.W.
PESAN
ROH KEPADA MANUSIA
Apabila roh keluar dari jasad,
ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi
akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu
roh berkata :
"Wahai orang yang memandikan,
aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan
sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara
sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan
menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya
roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali
lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan,
telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan
lagi supaya jangan diikat terlalu kuat
serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat
kali terakhir kerana tidak dapat melihat
lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu
ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku,
aku telah meniggalkan isteriku
menjadi janda. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah
menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu
aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak
akan dapat kembali kepada
mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya kepada
jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum
mendengar suara anak-anak
dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah
sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku
dan wahai anak-anakku, jangan
kamu diperdaya dunia sebagaimana
ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan
apa yang aku telah aku kumpulkan untuk
warisku dan sedikitpun mereka
tidak mahu menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab
aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak
mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah
mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.
Lalu mayat-mayat itu keluar
dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang
pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.
Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan
yang sama.
Lalu dia bertanya kepada mayat
jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya
bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak
dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat
itu, Abi Qalabah pun terjaga.
Pada malam itu juga dia memanggil
anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai
bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak
jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi
melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya
dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
HUKUM
BERKAHWIN DAN FADILATNYA
Menurut Saidina Abbas r.a,
bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin.
Persoalannya adakah kahwin itu suatu ibadat?
Saidina Abbas lebih cenderung
untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun
ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.
Yang dimaksudkan oleh Saidina
Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT
kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali
setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang
tok lebai yang baik
budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan
yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya
sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu
jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.
Lebih-lebih lagi di zaman yang
penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-perkara
yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu
pun beliau telah merasakan tidak selamat
tanpa berkahwin, betapa pula
di zaman sekarang yang begitu banyak pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan
keinginan seseorang terhadap syahwat.
Oleh yang demikian perkahwinan
menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan menjadi perisai
kepada keimanan.
Tidak sempurna suatu ibadat
kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan ketenangan
hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan.
Jika seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal
bagi menjaga kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah
kurniakan itu juga
memerlukan penyelesaian. Jika
itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai.
Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan
anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata
kepada anak-anak remajanya itu:
"Wahai anak-anakku, jika kamu
semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada
ku, Insya Allah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila
seseorang manusia telah
melakukan zina maka ketika
itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."
Keimanan adalah suatu hidayah
kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sekiranya iman itu telah dicabut lantaran
hamba tersebut melakukan zina maka tidak mudah Ia hendak dibina kembali
atau diperolehi semula.
Kerana perbuatan zina itu
adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat hidayah
dari Allah SWT.
Demikian beberapa pendapat
dan pandangan seorang sahabat Rasulullah SAW tentang perkahwinan dan keperluannya.,
Sesungguhnya banyak keterangan di dalam al-Quran tentang adab-adab nikah,
dengan adanya
ayat-ayat yang mendorong ke
arah perkahwinan itu. Terdapat begitu banyak kisah para nabi-nabi yang
menjelaskan kehidupan mereka bersama isteri-isteri serta mempunyai anak
dan cucu.
Terdapat di dalam ungkapan
dan doa para nabi yang bermohon kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengurniakan
kepada mereka anak-anak dan cucu sebagai seuatu yang menjadi tenang mata
memandang (Qurrota
Aaayun). Doa-doa tersebut
membuktikan bahawa nabi-nabi atau orang yang soleh melakukan perkahwinan.
Rasulullah juga menjelaskan
di dalam hadithnya yang bermaksudkan: "Sekiranya kamu mempunyai anak-anak
perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang,
jika kamu dapati laki-laki yang
masuk meminang itu baik akhlaknya,
agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya."
Hadith tersebut membayangkan
ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menikahkan anak-anak perempuan mereka
yang remaja, kerana untuk menjaga kebajikan anak-anak remaja itu dan melindunginyadengan
perkahwinan itu agar ia terselamat dan terjerumus ke lembah perzinaan yang
membawa kepada keruntuhan akhlak dan iman.
BERKAT
REZEKI KERANA SEDEKAH
Kekayaan tidak membawa erti
tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit
akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan
akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan
Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang
emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya.
Lantas Allah berfirman:
'Bukankah Aku lakukan begitu
supaya kamu menjadi lebih kaya?'
Nabi Ayub mejawab 'Ya benar,
demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'.
Kisah ini menegaskan betapa
pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Cara untuk
mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1.Bersyukur atas apa yang diberikan
oleh Allah.
2.Belanjakan harta pada jalan
yang diredhai oleh Allah.
3.Berusaha untuk mendapatkan
rezeki yang halal
4.Keluarkan sedekah wajib (zakat)
jika sampai nisab dan berikan sedekah
sunat kepada orang
miskin dan anak yatim.
5.Bersedekah kepada anak yatim/miskin
kalau boleh setiap hari.
(cari anak-anak yatim
untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah
tanpa kita sedari.
6.Ikhlaskan pemberian/sedekah
hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian
tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri).Sedekah mulakan dengan
keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang
yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya
dalam harta kita ada hak mereka.
7.Hulurkan pemberian sunat
secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat)
perlu diberi secara terangan
sebagai menegakkan syiar Islam.
8.Konsep sedekah : berikan
sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat
Quran Ali Imran ayat
92
9.Cari harta dunia untuk dijadikan
bekalan
akhirat. (Dunia untuk akhirat
- bukan dunia untuk dunia)
10.Amalan yang diberkati ialah
hasil peluh sendiri dan juga melalui
jualbeli (perniagaan). Menurut
Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan.
Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus
menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah.
Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul
di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang
makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam.
Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam
berdosa.
11.Hulurkan bantuan kepada
janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap
awal pagi, semasa terbit matahari
ada dua malaikat menyeru kepada
manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya
Tuhanku, kurniakanlah ganti
kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru
'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)' Orang yang bakhil tidak
manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya.
Menginfaqkan (Belanjakan) harta
adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.Dalam hadith lain, nabi
bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya
lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi
amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan
memberi sedekah pada awal
pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki
yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah
akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu
yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan
harta yang
ada, Allah akan tambahkan
lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
Sekian, wallahualam. Semoga
yang baik datang daripada Allah dan yang buruk dari kesilapan sendiri.
HIDUP TANPA
WANITA
Jangankan lelaki biasa , Nabi
pun terasa sunyi tanpa wanita .
Tanpa mereka , hati , fikiran
dan perasaan lelaki akan resah .
Masih mencari walaupun sudah
ada segala-galanya .
Apa lagi yang tidak ada di
syurga , namum Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa .
Kepada wanitalah lelaki memanggil
ibu , isteri atau puteri .
Dijadikan mereka dari tulang
rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki , tetapi kalau lelaki
sendiri yang tak lurus , tak mungkin mampu nak meluruskan mereka .
Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus .
Luruskanlah wanita dengan cara
yang ditunjuk Allah , kerana mereka
dicipta sebegitu rupa
oleh Mereka .
Didiklah mereka dengan panduan
dariNya .
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA
DENGAN HARTA ,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR
.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN
KECANTIKAN ,
NANTI MEREKA SEMAKIN
MENDERITA .
Yang sementara itu tidak akan
menyelesaikan masalah .
Kenalkan mereka kepada Allah
, zat yang kekal, disitulah suisnya
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA , TEBALKAN
DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA , KUATKAN
DENGAN IMAN .
PERASAAN SELEMBUT SUTERA ,
HIASILAH DENGAN AKHLAK .
Suburkanlah kerana dari situlah
nanti mereka akan nampak nilaian
dan keadilan Tuhan .
Akan terhibur dan bahagialah
hati mereka , walaupun tidak jadi ratu cantik dunia , presiden ataupun
perdana menteri negara atau women gladiator . Bisikkan ke telinga
mereka bahawa kelembutan bukan suatu
kelemahan. Itu bukan
diskriminasi Tuhan . Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan , kerana
rahim wanita yang lembut itulah yang Mengandungkan lelaki-lelaki
waja : negarawan, karyawan , jutawan dan " wan-wan" lain .
Tidak akan lahir superman tanpa
superwoman .
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan .
Tanpa ilmu , iman dan akhlak
, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN
OLEH
PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN
YANG DIROSAKKAN OLEH
LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN
PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI
Itulah akibatnya apabila wanita
tidak kenal tuhan . Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri ,
apalagi mengenal lelaki .
Kini bukan saja ramai boss
telah kehilangan secretary , bahkan anak pun akan kehilangan ibu
, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri .
Bila wanita derhaka dunia akan
huru-hara .
Bila tulang rusuk patah ,
rosaklah jantung , hati dan limpa .
Para lelaki pula jangan hanya
mengharap ketaatan tetapi binalah
kepimpinan . Pastikan sebelum
memimpin wanita menuju Allah ,
PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHUKU
KEPADANYA.
Jinakkan diri dengan Allah
, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita .
JANGAN MENGHARAP ISTERI
SEPERTI SITI FATIMAH,
KALAU PERIBADI BELUM
LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI